chapter 3 : It Hurt

127 15 0
                                    

Jangmi mengintai lagi di sebalik tirai.
Senyuman manis terlukis di bibirnya.

Bunga tu..
bunga apakah itu..
Warnanya semerah darah..

Jangmi merenung dengan leka lagi bunga ros halaman rumah Sungjae.
Sekali lagi Sungjae curi-curi pandang Jangmi yang berada di sebalik tirai.
Sungjae merasa ingin tahu apakah yang dipandang Jangmi.

Bunga???..
Jadi selama ni dia memandang bunga tu??..

Sungjae tersenyum.
Dia tahu apa yang patut dia buat.

MALAM TERSEBUT
Tepat pukul 12 malam, Jangmi keluar lagi.
"Hai awak.."Sungjae menegur Jangmi secara tiba-tiba.
"Apa yang awak nak.."Jangmi masih meneruskan langkahnya.
"Saya nak bagi sesuatu pada awak.."Sungjae cuba mengejar langkah Jangmi.
Jangmin berhenti melangkah.
"Nah..inikan yang awak tengok setiap hari.."Sungjae menghulurkan sekuntum bunga ros kepada Jangmi.
"Bunga ni.."Jangmi terpegun lagi.
"Ni bunga ros..juga dikenali dengan nama bunga Jangmi.."Sungjae tersenyum.
"Bunga Jangmi???.." Jangmi memegang bunga tersebut.
Senyuman mula terlukis di wajahnya.
"Ye...sesuai dengan nama awak..Jangmi.."Sungjae gembira melihat senyuman Jangmi.
"Jadi..kita kawan??" Sungjae menghulurkan tangannya kepada Jangmi.
"Kawan???.."Jangmin merenung Sungjae lama.
"Macam ni.."Sungjae menarik tangan Jangmi dan mereka berjabat tangan.
"Ok...done..kita kawan.."Sungjae tersenyum.

KEESOKKANNYA
Sungjae menekan loceng rumah Jangmi.
Namun tiada balasan.
"Dia keluar ke??" Sungjae menjadi hairan.

Lebih baik kita jangan berkawan..
Rasaksa seperti saya ditakdirkan hidup seorang diri.
Bersama dengan saya hanya akan membuat awak menderita..

Jangmi mendengar bunyi loceng itu namun dikeraskan hati untuk tidak membuka pintu.
Matanya merenung lama bunga ros pemberian Sungjae.
Tiba-tiba perutnya berasa mencucuk.
"Arrggghhh..."Jangmi jatuh terduduk kerana perutnya terlalu sakit.
Sejak bertemu Sungjae, Jangmin cuba untuk tidak meminum darah.
Namun sebagai balasannya, kesakitan yang teramat sangat bakal ditanggungnya.
Dengan segala kudrat yang ada,Jangmi melangkah kearah almari simpanan darahnya.
Dengan rakus,dia meneguk darah tersebut.

Burung gagak hitam yang berangan untuk menjadi burung nuri yang cantik..
Apa yang aku harapkan ni..
Mustahil...
Ianya mustahil untuk kehidupan ini..
Aku rasaksa yang disumpah...
Rasaksa yang hidup dengan memakan darah...
Mustahil kita akan berkawan..

JANGMI : The Bloody FlowerWhere stories live. Discover now