Kesakitan yang ditanggung Jangmi semakin menjadi-jadi. Tubuhnya semakin melemah. Kini sebahagian tubuhnya sudah berubah biru pucat.
"Jangmi!!! Awak ada tak???" Sungae melaung dari luar pintu rumah Jangmi.
Jangmi cuba mengagahkan diri untuk bangun membukakan pintu untuk Sungae.
Namun tubuhnya yang semakin lemah menyukarkan pergerakannya.
Dummm!!!!
Bunyi sesuatu jatuh dari dalam rumah Jangmi.
Dengan segera Sungjae cuba membuka pintu rumah Jangmi.
Nasibnya baik kerana pintu tidak berkunci.
"Jangmi!!!!" Sungjae segera mengangkat tubuh Jangmi yang terbaring lemah di ruang tamu.
"Jangmi!!! Bangunlah!!!!Awak kenapa!!!" Sungjae menjadi cemas.
"Oh..Sungjae ahhh..."Jangmi cuba bangun namun dihalang Sungjae.
"Awak sakit kan...awak tipu saya selama ni kan..."Sungjae cuba menahan air matanya.
Jangmi hanya tersenyum.
"Hidup saya dah tak lama..."Jangmi berkata perlahan.
"Wae??? Wae???" Sungjae memegang tangan Jangmi erat.
"Saya sangat gembira awak temankan saya selama ni.."Jangmi merenung Sungjae dengan sayu.
"Ani...saya tak benarkan awak tinggalkan saya..ani..."air mata Sungjae mula mengalir.
"Sungjae!!...Tolonglah...saya dah penat hidup begini..tolong lepaskan saya pergi dengan aman.."Jangmi memegang pipi Sungjae.
"Tapi...Saya tak sanggup.."Sungjae merenung ke dalam mata Jangmi.
"Awak akan temui bunga awak sendiri..saya yakin..Kehadiran awak merupakan anugerah terindah dalam hidup saya..Saya bersyukur bertemu dengan awak disaat terakhir hidup saya.."Jangmi cuba tersenyum.
"Baiklah...saya akan cuba..tapi....tolong benarkan saya berada di sisi awak sehingga saat terakhir awak.."Sungjae masih mengalirkan air matanya.
Jangmi mengangguk sambil tersenyum.MALAM TERSEBUT.
Sungjae menggendong Jangmi dibelakangnya sambil berjalan-jalan di taman.
"Bulan tu...sangat cantik.."Jangmi merenung bulan tanpa berkelip.
Sungjae hanya merenung wajah Jangmi dengan perasaan sayu.
"Awak tahu apa harapan terakhir saya??" Jangmi mengalihkan pandangannya kepada Sungjae.
Sungjae cuba mengawal reaksi wajahnya dengan tersenyum.
"Saya nak tengok matahari.."Jangmi tersenyum.
"Saya tak nak mati dalam kegelapan lagi.."Jangmi menyambung lagi.
Sungjae hanya mengangguk.
"Saya akan tunaikan apa saja yang awak nak..Saya akan teman awak sehingga saat itu.."Sungjae memegang erat tangan Jangmi.
YOU ARE READING
JANGMI : The Bloody Flower
Hayran KurguJangmi,Si vampire kecil yang hidup dalam kesuyian dan mengharap keajaiban dalam hidupnya.. Sungjae,Si manusia yang terpukau dengan kecantikan Jangmi .. Jangmi~ "Kita takkan boleh berkawan..." Sungjae~ "Awaklah bunga yang terindah dalam hidup saya...