chapter 4 : PLEASE

136 16 0
                                    

"Malam ni malam gerhana.."Jangmi berkata perlahan.

(Malam gerhana adalah malam dimana vampire hilang kesedaran diri dan memburu manusia dengan kejam sepanjang masa gerhana berlaku.)

Satu-satunya harapan Jangmi adalah dia takkan terjumpa Sungjae malam gerhana tersebut.
Dia tidak mahu melukakan Sungjae.
Dia tidak sanggup melihat darah mengalir dari tubuh Sungjae.
Tanpa disedarinya,Sungjae mula bertempat dihatinya.

MALAM GERHANA
Jangmi berubah.
Matanya merah darah.
Dia hilang kesedaran sepenuhnya.
Dengan perlahan-lahan, Jangmi berjalan mencari mangsanya.

Tiba-tiba dia ternampak mangsa pertamanya.
"Oh mak engkau!!! Terkejut aku..adik,janganlah kejutkan oppa macam ni..adik sesat ke??" Lelaki tersebut menegur Jangmi yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
Dengan segera,Jangmi menerkam mangsanya.
Jeritan kuat kedengaran dan lama-kelamaan jeritan tersebut mula perlahan.

"Jangmi??" Sungjae tiba-tiba menegur dari belakang.
Jangmi berhenti menerkam mangsanya yang sudah tidak bernyawa.
Perlahan-lahan Jangmi berpaling.
Sungjae terkejut.
Darah memenuhi badan Jangmi.
Lebih mengejutkan mayat seorang lelaki yang terbaring dikaki Jangmi.

"Tak mungkin..Jangmin..awak...kenapa.."Sungjae tidak dapat menerima apa yang dilihatnya.
Gadis yang disayanginya berlumuran darah orang lain.
Lebih tepat lagi,dia meminum darah manusia.

Dengan pantas,Jangmi cuba menerkam Sungjae.
Tangannya mencekik leher Sungjae dengan kuat.
Bibirnya mula mendekat pada leher Sungjae.

Jangan...jangan..
Jangan sakiti Sungjae...
Jangan...

Jangmi mula berperang dengan dirinya.
Badannya bergerak tanpa keinginannya.

"Jangmi..sedarlah..ini bukan Jangmi yang saya kenal.."Sungjae bercakap dalam keadaan sesak nafas kerana dicekik.
Bibir Jangmi tiba-tiba berhenti dileher Sungjae.
Kesedarannya mula datang kembali.
Dengan segera,Jangmi bangun dari tubuh Sungjae.

"Jangmi...awak..."Sungjae mengurut lehernya yang sakit.
"Saya bukan manusia..jadi jauhkan diri awak dari saya.."Jangmi berjalan pergi.

Sudah beberapa malam Jangmi tidak berjumpa Sungjae.
Dia merindukan Sungjae namun digagahkan hati untuk tidak mengingati Sungjae lagi.

Tiba-tiba pada suatu malam...
"Aarrrggghhh!!!" Jeritan Sungjae kedengaran di telinga Jangmi.
Jangmi segera mencari Sungjae.
Alangkah terkejutnya Jangmi melihat vampire lain sedang cuba menerkam Sungjae.

"Hentikannya!!" Jangmi menolak kuat vampire tersebut dari Sungjae.
"Sungjae, awak tak apa-apa???" Jangmi panik.
"Saya ok.."Sungjae cuba bangun.
Tiba-tiba..
"Aaarrrggghhh!!!" Jangmi menjerit kesakitan.
Perutnya sakit lagi.
"Vampire yang tidak minum darah adalah vampire yang tidak berguna.."vampire tersebut berkata dengan sombong.
"Manusia ni milik aku..jangan kau sentuh dia.."Jangmi cuba menahan kesakitannya.
Dengan segala kekuatan yang ada,Jangmi cuba melawan vampire tersebut.
Vampire tersebut akhirnya berundur kerana hari sudah hampir siang.

"Jangmi..."Sungjae menyambut tubuh Jangmi yang terjatuh lemah tidak sedarkan diri.
"Hari dah semakin cerah.." sungjae panik.
Dengan segera, dia menutup tubuh Jangmi dengan kotnya dan mengangkat Jangmi balik.



JANGMI : The Bloody FlowerWhere stories live. Discover now