Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan pada hari ini telah tamat. Para pelajar di kelas ku berpusu-pusu keluar kelas untuk pulang. Yang tinggal di dalam kelas ialah aku,Dara,Jimin dan Jin."Wei korang kalau korang nak balik dulu baliklah aku nak jumpa dengan cikgu Han sekejap sebab nak bagi nama kita" kata ku kepada mereka. "Okey,nanti balik hati-hati tau" kata Jin kepadaku. "Hmm araseo annyeong" kata ku sambil melambaikan tangan kepada mereka. "Ya..korang nak bagi tahu tak dekat Rasya yang Jungkook main kayu tiga" tanya Dara selepas melihat aku keluar dari kelas."Andwae nanti kalau dia tahu mati lah kita. Korang tahu la perangai dia kalau dia marah habis semua meja kerusi dekat kelas ni dia terbalikkan. Pintu loker pun boleh tercabut disebabkan perangai dia. Korang sanggup ka nak pujuk dia kalau aku tak sanggup" jawab Jimin dengan nada yang sangat resah. "Betul juga kata Jimin tu. Kalau dia marah habislah.Hulk pun kalah dengan dia" kata Jin kepada Jimin dan Dara. Mereka hanya mampu mengeluh dan berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Aku berjalan menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan cikgu Han."Annyeonghaseyo cikgu,saya tujuan saya datang kesini sebab nak bagi nama untuk lawatan yang cikgu cakap di dalam kelas tadi" kataku kepada cikgu Han. "Oh kamu rupanya. Tulis nama kamu dan kawan-kawan kamu yang ingin menyertai lawatan tersebut dekat borang yang cikgu bagi" kata cikgu Han kepada ku. Aku menulis namaku dan kawan baik ku di borang tersebut selesai menulis, aku menyerahkan borang tersebut kepada cikgu Han. Selepas mengucapkan terima kasih kepada cikgu Han aku keluar dari bilik guru lalu menuju ke luar sekolah untuk balik ke rumah aku.
YOU ARE READING
Aku Tidak Mahu Bercinta Lagi (SEMI-HIATUS)
RandomHai nama aku kim song byul. Kawan-kawanku memanggil namaku rasya kerana aku yang menyuruh mereka memanggil nama tesebut. Umurku 17 tahun. Aku mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan. Abangku bernama kim taehyung manakala adik pertama na...