hpa 1

45 2 1
                                    

Woahhh...tengok Yoora. Lawanya."
"Weh ! Beg tangan Yoora tu, limited edition tau tak? Gila la beruntung dia !"
"Yoora tu cantik kan?"
"Baju Yoora tu lawa la. Sesuai dengan dia."
"Seronoknya jadi Yoora. Semua benda dia ada."

Lee Yoora berjalan lenggang sambil menarik senyum bangga. Kata-kata orang sekeliling dapat dia dengar dan ini membuatkan dia kembang semangkuk. Memang bertuah pun jadi dia. Dia pun rasa dirinya bertuah. Dah la cantik, kaya pulak tu. Hampir perfect ! Apa saja kehendaknya, mesti akan dipenuhi. Duit? Barang kemas? Beg tangan berjenama? Pakaian mahal? Semuanya !
Sebab tu Yoora jadi kerek orangnya.
Dia berjalan persis model di tengah hallway untuk masuk ke dalam dewan kuliah. Rambutnya yang diwarnakan blonde dikibas ke belakang dengan penuh pesona. Dari tadi, Yoora dapat rasakan setiap mata memandang ke arahnya. Dia mula teruja. Sesekali, telinganya menangkap siulan dari para lelaki yang sengaja nak tarik perhatiannya. Yoora sekadar menjeling manja. Langkahnya semakin galak seperti seekor merak yang sedang mengembangkan ekornya.

"Hoi, Cik ! Kau lupa nak bawak buku kau ni ! Nyanyuk betul !"

Langkah Yoora yang megah tadi tiba-tiba menyenget bila dia terdengar suara seseorang yang amat dia kenali. Yoora merengus.

Pelajar-pelajar yang berada di sekelilingnya mula tersengih-sengih dan ada yang mula berbisik sesama sendiri. Mungkin geli hati bila mendengar Yoora dikutuk sebagai seorang yang nyanyuk.
"Seung...cheol !" pemilik nama yang menjerit memanggilnya tadi dipandang dengan mata yang mencerun. Bengang ! Sesuka hati mulut dia saja mengata orang. Depan khalayak ramai pulak tu. Nyanyuk? Excuse me ! Yoora yang cantik macam ni dikatakan nyanyuk? Buta ke apa? Itu la sekolah tak tinggi. Nak bezakan orang nyanyuk dengan orang sihat pun dah tak reti.
Si gadis berjalan sebal sambil menghentakkan kakinya berpatah balik ke arah pemuda yang berdiri tegak di sebelah kereta mewah kepunyaan Daddy Yoora. Senyuman mengejek pemuda berkulit cerah itu membuatkan Yoora semakin membara.
"Bak sini !" buku di tangan Seungcheol dirampas kasar. Seungcheol buat tak endah. Dah biasa dengan kelakuan Yoora yang sebegitu.
"Suka hati kau je nak jerit panggil aku macam tu kan? Siap cakap aku nyanyuk lagi ! Kau ni memang nak cari nahas ke apa?" omel Yoora kepada Seungcheol.
"Kenapa? Suka hati aku la. Mulut aku. Dah betul Cik tu nyanyuk. Buku nak belajar boleh pulak aci tinggal merata. Beg tangan mahal Cik tu ingat pulak nak dibawa kan? Nampak sangat datang sini cuma nak menunjuk. Nak melawa. Bukan nak belajar." sindir Seungcheol selamba. Memang dia dah tak takut dengan majikan dia yang sorang ini. Lee Yoora ni nampak saja berani tapi sebenarnya, hampeh !
"Mulut kau tu jaga sikit ! Aku pecat kau nanti baru tau." ugut Yoora.
"Pecatlah Cik. Sekali cik pecat saya, sepuluh kali daddy cik datang suruh saya kerja balik." balas Seungcheol seraya membuka pintu kereta dan masuk untuk beredar.
Memang itu kenyataannya. Dalam banyak-banyak manusia yang dah pernah jadi pembantu peribadi Yoora, hanya Seungcheol yang mampu bertahan. Sebelum Seungcheol, dah sepuluh orang yang mencuba nasib jadi P.A Yoora tapi semuanya terkandas di tengah jalan dan buat masa ni, hanya Seungcheol yang berjaya. Dah hampir setahun, dia menjalankan tugas sebagai P.A Yoora dan hampir setahun juga la dia terpaksa menghadap kerenah Yoora yang ntah apa-apa. Kena maki, kena sepak, kena tengking walhal dia juga pernah kena simbah dengan air longkang dengan Yoora. Semua tu dah buat Seungcheol lali.
Nak buat macam mana? Kalau dia berhenti kerja, dia nak jadi apa? Cuma ni satu-satunya kerja yang mendatangkan hasil lumayan kepadanya. Dia bukan orang senang. Ibu bapa Seungcheol dah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas dan dia ada empat orang adik lelaki yang tengah membesar sekarang ni. Kalau dia tak kerja, macam mana nak teruskan hidup? Kalau la duit boleh petik dari pokok, Seungcheol memang takkan buat kerja memenatkan macam ni dah. Baik dia panjat pokok hari-hari dan petik je duit. Kalaulah...
"Hoi !" Yoora masih belum puas hati dengan Seungcheol. Setiap hari, ada saja benda yang lelaki tu buat untuk menyakitkan hatinya. Macam hari ni, depan orang ramai dia mengutuk Yoora. Yoora tak boleh terima semua ni.
Cermin kereta diketuk kuat supaya Seungcheol boleh keluar semula dan berhadapan dengannya. Urusan dia dengan P.A itu masih belum selesai. Yoora tak menamatkan lagi pertikaman lidah mereka dengan penyepak keramatnya kepada Seungcheol.

HONNNNNNNN !

Sengaja Seungcheol membunyikan hon kereta dengan kuat dan nyaring agar Yoora tersentak. Gadis itu terundur ke belakang seraya merengus.
"Pergi dulu, Cik ! Bye~"
Kereta dipecut laju meninggalkan Yoora di hadapan bangunan kolej swasta tempat gadis itu belajar. Dah menjadi rutin harian Seungcheol untuk menghantar majikannya itu ke kolej setiap hari.
"Yah ! Seungcheol !"
Laungan Yoora dah tak berguna lagi. Seungcheol sudah lesap dari pandangan matanya. Yoora mula menarik muka masam.
"Tak guna betul la dia ni." gumam Yoora geram.

"Sayang, sapa yang tak guna ni?"

Seseorang muncul di belakang Yoora dan mencuit bahu gadis itu. Yoora tersentak lantas menoleh. Mukanya yang masam berubah ceria demi terpandangkan lelaki di belakangnya.
"Daehyun..." nada suara Yoora berubah manja.
"Ye sayang? Kenapa pagi-pagi macam ni dah bad mood?" Pemuda kacak bernama Daehyun itu menyoal gadis di hadapannya.
"P.A I tu la ! Dia selalu buat I marah." sungut Yoora sambil memuncungkan bibirnya. Daehyun mengangguk.
"Biar la dia. Budak tak berwawasan memang macam tu. Dah ! Jangan marah-marah lagi, jom I belanja You minum." Daehyun tarik tangan Yoora. Gadis itu mengangguk tanda menerima pelawaan Daehyun.
Mereka berpimpin tangan untuk ke kafe sebelum tiba-tiba, nama Yoora diseru seseorang. Aik ! Sapa pulak dah? Yoora dan Daehyun serentak menoleh.

"Yoora! Daehyun !"
Muncul Baekhyun entah dari mana, sedang bercekak pinggang dengan muka yang bengang.
"B...Baek?"
Yoora terasa nafasnya seakan tersekat. Segera, dia melepaskan tangannya yang sedang berpaut pada lengan Daehyun. Satu sengihan innocent dihadiahkan kepada Baekhyun yang memandang mereka berdua seakan mahu mencekik orang.
"Yo ! Baek ! Kau datang tepat pada masanya. Ini awek baru aku, Yoora. Kau kenal kan?" Daehyun berkata selamba sambil menarik Yoora dan merangkul bahu gadis itu.
Yoora menggigit hujung bibir. Masak ! Ini adalah situasi yang sangat cemas baginya. Kerana apa? Kerana dia sudah kantoi curang dengan Baekhyun. Dan tahu apa yang lagi teruk? Dia curangi Baekhyun dengan adik Baekhyun sendiri. Ya. Daehyun adalah adik kepada Baekhyun. Wah ! Memang Yoora saja cari nahas.
"Kepala hotak kau dia awek kau ! Ini awek aku la !" Baekhyun mula melenting. Daehyun ditumbuknya geram. Si adik yang tak tahu menahu soal itu terkejut besar.
Yoora mula cuak. Dia dah buat dua adik-beradik bergaduh kerana berebutkan cinta dia? Patutkah dia rasa bangga. Rasanya tak ! Satu-satu benda yang dia patut rasa sekarang ni adalah rasa bersalah. Memang salah dia. Sapa suruh dia main kayu tiga?
"Apa? Yoora? Apa semua ni?" Daehyun memandang Yoora dengan muka yang keliru. Kesian. Dah la kena tumbuk dengan abang sendiri, awek pula curang. Kesian betul lah !
Yoora pandang Daehyun kemudian pandang Baekhyun. Setapak demi setapak dia berundur sambil tersengih.
"Tiba-tiba I teringat sesuatu. I kena pergi la. Emergency ! Kucing I nak beranak." ujar Yoora sebelum akhirnya membuka langkah meninggalkan Daehyun dan Baekhyun tanpa penjelasan.
"Hoi Yoora !"
"Bye !"
Yoora berlari sekuat hati supaya tidak dikejar oleh dua Hyun itu. Gila lah ! Macam mana boleh kantoi pulak? Hish ! Yoora merengus kuat. Dia menyembunyikan diri di sebalik stor kecil yang ada. Nafasnya yang termengah-mengah diatur semula.
"Rileks, Yoora. Rileks. Ni small matter je." tuturnya bagi menenangkan diri. Dadanya diusap perlahan bagi cuba meredakan denyutan jantung yang berdegup laju.
"Aku tak boleh attend kelas hari ni. Boleh kecoh jadinya." si gadis mula memikirkan sesuatu supaya dia dapat melepaskan diri dari terus diburu oleh Daehyun dan Baekhyun. Hari ni, dia ada satu subjek yang sama kelas dengan Daehyun dan Baekhyun. Memang tak la dia nak datang ke kelas tu jadi, lebih baik dia mengelak.
"Aishhh ! Apa nak buat ni?"


Seungcheol terjenguk-jenguk mencari seseorang dari luar kedai bunga yang dia singgah. Dia bersembunyi di sebalik rimbunan pokok hiasan yang diletakkan di hadapan pintu kedai itu sambil mengendap seorang gadis yang sudah lama mencuri hatinya.
"Kim Nana..."
Seungcheol tersengih bila kelibat Nana menyapa pandangan matanya. Cantik. Nana memang seorang yang cantik. Sejak kali pertama memandang Nana, Seungcheol terus jatuh cinta pandang pertama kepada gadis itu.
Nana bukan saja cantik. Dia lemah lembut, sopan santun dan menghormati orang tua. Nana juga pandai memasak. Memang ciri-ciri wanita idaman Seungcheol.
"Yah ! Seungcheol ! Kau buat apa dekat situ?"
Sengihan Seungcheol mati bila namanya disebut. Pemuda itu bingkas bangun lantas menggaru-garu belakang kepalanya yang tak gatal. Reaksi spontan bila berhadapan dengan Nana.
"Aku...aku tengok bunga. Lawa betul bunga tu." jawab Seungcheol.
"Bunga? Bunga mana? Sejak bila kau minat bunga?" Nana menyoal sambil memerhati sekeliling. Mencari bunga yang dah menarik minat Seungcheol itu.
Seungcheol ketawa kecil.
"K...kau la bunga tu." tuturnya malu-malu. Si gadis ayu itu terpinga seketika sebelum turut ketawa.
"Kau ni...buat lawak apa pagi-pagi macam ni?" Nana tersipu malu. Suka la tu bila dipuji.
Seungcheol memandang Nana lama. Hai lah Nana, kenapa cantik sangat? Kalau ikutkan hati, nak sangat Seungcheol melamar Nana untuk dijadikan isteri tapi mengenangkan keadaan hidup dia sekarang, nampaknya niat itu terpaksa dilupakan.
"Aku tak buat lawak la. Aku...serius." sambung Seungcheol lagi membuatkan si gadis florist itu makin malu. Muka Nana sudah mula naik merah dek kerana pujian Seungcheol.
Mereka berdua bertukar senyuman dan saling berpandangan sebelum tiba-tiba bunyi telefon bimbit Seungcheol memecahkan suasana.
Seungcheol mengeluh. Siapa pulak yang cuba menganggu adegan romantis dia ni? Skrin telefon ditatap dan secara automatik, matanya dijulingkan ke atas. Dengan malas, panggilan itu dijawab.
"Hello..."
"Seungcheol ! Kau kat mana? Datang ambik aku kat kolej sekarang !" dari hujung talian, suara Yoora kedengaran kuat.
"Apahal pulak cik? Kau bukan ada kelas ke?" Seungcheol dah hafal sangat dah jadual hidup Yoora. Semuanya dia dah hafal sampaikan waktu makan dan mandi Yoora pun dia dah tahu. Memang pembantu peribadi sejati.
"Jangan banyak tanya lah ! Datang je la sini !" kata-kata yang lebih kepada arahan itu membuatkan Seungcheol mencebik. Nana sudah meninggalkan dia bagi memberi ruang untuk Seungcheol bercakap dalam telefon. Gadis itu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
"Ye lah ! Ye lah !" Nak tak nak, Seungcheol terpaksa akur. Dah nama pun pekerja, mana boleh ingkar arahan bos kan? Adoyai. Baru nak mengorat Nana, Yoora ni memang potong line la. Seungcheol merengus lagi.
Nana terpaksa dia tinggalkan demi Cik Yoora 'kesayangan' itu.


Seungcheol memberhentikan kereta di kawasan parking. Matanya meliar mencari kelibat Yoora yang entah di mana.
"Psst...Psst..."
Kedengaran ada satu suara yang cuba menarik perhatiannya. Seungcheol menoleh ke arah suara itu.
"Hoi ! Cik buat apa kat situ?"
Mata Seungcheol membulat saat melihat Yoora yang duduk mencangkung di sebalik rimbunan pokok yang ada berdekatan dengan kawasan itu. Dah kenapa dengan majikannya ini? Main hide and seek ke apa?
"Shhh !"
Yoora memberikan amaran kepada Seungcheol supaya memperlahankan suaranya. Jari telunjuknya diletakkan ke bibir. Seungcheol mengerutkan dahinya. Apasal pulak dengan minah sorang ni? Tebiat ke apa?
"Cuba kau tengok, ada orang tak kat sekeliling kita. Kalau tak ada, bagitau aku." arah Yoora dan arahan itu dituruti Seungcheol tanpa banyak soal. Dia tahu, kalau dia menyoal nanti pasti Yoora akan naik angin.
"Takde." jawabnya pendek.
Yoora menghela nafas lega sebelum cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Seungcheol sekadar memandang tingkah gadis itu dengan mulut yang ternganga. Cik Yoora ni memang pelik.
"Cepat la Seungcheol ! Nyawa aku dalam bahaya ni !" kepala Yoora terjengul dari tingkap. Dia mengarahkan agar pembantunya itu bertindak pantas. Yoora tak boleh lama-lama di situ, bimbang Baekhyun mahupun Daehyun akan menangkapnya.
"Nyawa dalam bahaya? Apasal dengan kau ni, Cik? Sapa yang nak ancam nyawa kau sangat? Kau ni banyak tengok filem la. Tu yang terpengaruh tu." Seungcheol mula membebel sambil mengambil tempat di bahagian pemandu.
"Hey ! Jangan nak pandai-pandai cakap ek? Jalan cepat ! Aku nak tinggalkan tempat ni." arah Yoora kasar.
Seungcheol mencebik lagi. Tau mengarah je kerjanya.

"Ponteng kelas lagi ke Cik?"
Teka Seungcheol seraya memandang Yoora melalui cermin pandang belakang. Wajah Yoora yang resah ditenungnya lama. Mereka berdua sudah jauh meninggalkan kawasan kampus.
"Kau jangan nak bagitau daddy pulak. Kalau daddy tau, siap la kau." Yoora mula memberi amaran kepada Seungcheol. Seungcheol angkat bahu tanda tak nak ambil tahu.
Pelik betul dia dengan Yoora ni. Dapat peluang nak belajar tak nak pulak belajar. Kalau Seungcheol ada di tempat Yoora, mesti dia takkan sia-siakan peluang macam ni. Dia teringin sangat nak sambung belajar, biar ada masa depan yang cerah tapi itu cuma impian saja. Kalau dia belajar, siapa yang nak kerja untuk sara hidup dia sekeluarga? Lagipun, dia tak mampu.
Yoora pulak? Dah ada peluang nak belajar, semudah tu je dia sia-siakan. Sambil lewa je dia buat. Tuang kelas tu memang dah perkara biasa dah. Sebab tu selalu fail periksa. Bila dah fail, mula la nak suruh Seungcheol bakar atau sembunyikan kertas periksa dia. Menyusahkan! Haih...memang semua orang kaya tak reti nak hargai peluang ke apa?
"Seungcheol ! Kau dengar tak ni?"
Seungcheol tersentak bila suara Yoora melengking masuk ke telinganya. Lamunan Seungcheol mati serta-merta.
"Apa dia Cik? Kau nak apa?" soal Seungcheol meminta Yoora mengulangi semula kata-katanya.
Yoora mendengus geram. Seungcheol ni memang kuat berangan. Suka tak fokus bila Yoora tengah bercakap. Benci betul. Dia ingat Yoora ni pita rakaman ke apa?
"Seungcheol, kau tolong cover aku. Aku kantoi curang dengan boyfriend aku la." ulang Yoora bersungguh-sungguh. Kali ni, lebih kuat biar Seungcheol tak hilang tumpuan lagi.
"Apa? Dah tu cik nak suruh aku buat apa?" terlopong mulut Seungcheol mendengar permintaan Yoora itu.
Yoora menjeling Seungcheol.
"Fikirlah sesuatu yang boleh selamatkan aku !"arah gadis itu tanpa berfikir panjang. Wah, masalah yang dia buat sendiri, orang lain pulak yang kena fikirkan. Banyak senang hidup dia.
"Kenapa aku?" Seungcheol mula tak berpuas hati.
"Sebab kau P.A aku la !" jawapan Yoora buat Seungcheol rasa nak bagi gadis itu makan penyepak. Oh ! Tak tau pulak dia kerja P.A termasuk jugak untuk menyelesaikan masalah yang majikan dia cipta sendiri. Dah la tu, masalah cinta pulak.
"Apa lagi yang cik dah buat kali ni?" dia tahu yang Yoora memang selalu cari masalah terutamanya dengan lelaki. Dulu masalah dengan lelaki bernama Kai. Lepas tu dengan mamat bernama Ricky. Sebelum dengan Ricky, Yoora jugak pernah buat hal dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Tak silap, namanya Jungkook. Heh. Yoora ni memang dah banyak terlibat dengan lelaki. Kali ni siapa pulak yang dia mainkan?
"Aku tak buat apa-apa pun la. Aku cuma kawan dengan adik dia tapi tiba-tiba abang dia mengamuk dan cakap adik dia rampas aku dari dia. Aku pun tak faham la diorang berdua tu. Dua-dua aku anggap kawan tapi...tiba-tiba diorang bergaduh rebutkan aku." cerita Yoora sedikit bersimpang dari hal sebenar.
Seungcheol tersenyum sinis. Wah, drama betul cik Yoora ni ! Macam tak kena je cerita ni. Rasanya lain sikit.
"Kau couple dengan si abang then kau ngorat adik dia pulak. Kan? Betul tak Cik Yoora?" itu yang Seungcheol rasa sebenarnya. Cerita Yoora dihadam dan diolah semula berdasarkan pengalaman dia sebelum ini. Nah ! Tekaannya betul.
Yoora mati kutu. Susah nak tipu Seungcheol ni sekarang. Gadis itu diam dan berpura-pura tak mendengar kata-kata Seungcheol.
"Apa-apa je la. Aku nak kau cari jalan untuk aku selamatkan diri." Yoora berkata semula sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi bahagian belakang. Kaki panjangnya disilangkan sambil fikirannya melayang jauh.
"Sendiri buat, sendiri tanggung la." gumam Seungcheol perlahan.
"Aku benci kau, Seungcheol. Kau tunggu la. Suatu hari nanti, aku akan mintak juga daddy pecat kau. Biar kau menganggur." ugut Yoora.
Pecat ! Pecat ! Pecat ! Salah sikit, pecat ! Seungcheol dah tak terkesan dengan ugutan itu. Dari dulu lagi asyik cakap benda yang sama namun sampai sekarang tak ada apa yang berlaku. Seungcheol dah tak kisah. Dia tahu, tak ada siapa lagi dah yang sanggup nak layan kerenah Yoora ni. Cuma dia satu-satunya manusia tabah yang sudi menjadi P.A gadis berlagak 'Tuan Puteri' ini.
Suasana kereta diam seketika. Keadaan agak tegang buat masa sekarang. Seungcheol terus fokus kepada pemanduan dan Yoora pula termenung di belakang.
"Seungcheol !"
Setelah beberapa minit berdiam, kini si 'puteri' Yoora mula bersuara lagi.
"Apa lagi cik?" Seungcheol menyoal dengan nada yang tak berminat.
"Bawak aku pergi amusement park. Dah lama aku tak ke sana." satu lagi arahan dikeluarkan Yoora dan seperti biasa, Seungcheol menurut tanpa banyak bunyi. Malas. Kalau dia tanya nanti mulalah Yoora nak bersungut.
"Ye la Cik."


Yoora mendahului Seungcheol menuju ke pintu masuk taman hiburan yang agak meriah itu. Keadaan sekeliling yang tak berapa nak sesak memandangkan hari ni weekday membuatkan Seungcheol menghela nafas lega. Mujur tak ramai. Kalau tak terpaksa pula bersesak-sesak kat sini. Leceh !
"Wah, lamanya tak datang sini." Yoora tersenyum riang. Lupa sudah tentang masalah yang menimpanya tadi.
Seungcheol memandang Yoora sambil menggeleng. Ikut suka dia je nak buat apa. Happy bukan main. Tak sedar ke yang dia tengah ponteng kelas sekarang? Kalau Tuan Lee tanya, Seungcheol jugak yang terkial-kial nak menjawab. Cik Yoora ni memang la menyusahkan.
Tanpa mempedulikan Yoora, Seungcheol melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi yang tersedia di situ. Udara segar dihirup dan dia mula bersenang lenang menikmati suasana itu. Namun, semua itu tak lama bila Yoora datang ke arahnya.
"Ikut aku. Aku nak main semua benda kat sini." arah Yoora seraya menarik tangan Seungcheol agar mengikutinya. Seungcheol merentap semula tangannya yang digenggam Yoora. Eii ! Apa pegang-pegang?
"Tak nak ! Aku tak suka main benda-benda macam ni. Cik pergi la sorang-sorang." jawab Seungcheol menolak permintaan Yoora.
Ini membuatkan Yoora naik angin.
"Yah ! Aku bayar kau untuk dengar cakap aku. Ikut je la ! Kau kena ikut ke mana saja aku pergi. Aku tak kira. Jangan sampai aku pecat kau !" ugut Yoora lagi. Dia menarik Seungcheol semula. Pemuda itu merengus.
"Cepat !" Seungcheol ditolak ke hadapan agar pemuda itu bergerak.
"Hoi ! Jangan la tolak." Seungcheol mula merungut,
"Kalau tak nak kena tolak, ikut aku. Kau kan P.A aku so mestilah ikut aku ke mana saja. Kau faham tak?" Yoora berkata sambil merenung Seungcheol.
Seungcheol menghela nafas berat sebelum akhirnya akur dengan permintaan Yoora.


Habis satu taman hiburan itu mereka jejaki. Masuk rumah hantu, main roller coster, Merry Go Round pun dibantainya naik jugak dan boleh dikatakan habis semua permainan yang ada dalam tu mereka berdua cuba. Penat Seungcheol melayan kerenah Yoora sepanjang berada di situ. Tanpa sedar, mereka telah menghabiskan waktu yang lama di taman hiburan. Hari sudah lewat petang dan kini mereka berehat di sebuah kerusi yang ada setelah penat berjalan ke hulu ke hilir.
"Penat betul aku dengan Cik ni. Lenguh kaki tau tak?" sungut Seungcheol sambil menghulurkan aiskrim kepada Yoora. Yoora menyambut huluran Seungcheol tanpa mengucapkan terima kasih.
"Lantaklah. Dah memang kerja kau." jawab Yoora selamba. Aiskrim perisa strawberi kegemarannya itu dijilat sambil fikirannya melayang jauh memikirkan sesuatu.
Seungcheol mencebik. Benci betul dengan jawapan Yoora tu.
"Cik ni memang tak reti nak berterima kasih, kan?" tegur Seungcheol dan Yoora mengerling pemuda itu sekilas.
"Daddy aku bayar kau, buat apa aku nak ucap terima kasih?" ujarnya bongkak.
Seungcheol menggeleng. Berlagak betul 'tuan puteri' sorang ni. Orang dah teman dia, bukan nak ucap terima kasih. Makin kerek ada lah.
Suasana diam seketika tanpa suara. Seungcheol malas nak bercakap dengan Yoora lagi. Baginya, bercakap dengan Yoora boleh membuatkan dia hilang sabar jadi lebih baik dia berdiam diri.
"Kau tahu dulu masa mama aku masih ada, dia selalu bawak aku ke sini." cerita Yoora tiba-tiba. Perlahan-lahan, Seungcheol menoleh memandang gadis itu. Hmm...mesti dia rindukan mamanya.
Yoora memandang langit senja yang berwarna jingga itu sambil mengeluh.
"Cik rindu dia ke?" soal Seungcheol.
Pertanyaannya dibalas dengan anggukan.
"Sejak mama tak ada, aku rasa sunyi. Kau tau kan yang daddy selalu sibuk? Aku tak suka la hidup macam ni." adu Yoora kepada Seungcheol.
Pemuda itu diam. Dia tahu, Yoora selama ni kesepian. Ada daddy tapi jarang sangat meluangkan masa untuknya. Kesian. Eh, tapi Yoora lebih beruntung sebab masih ada bapa. Seungcheol? Ya. Seungcheol patut kesian kat dirinya, bukan Yoora. Dia anak yatim piatu. Dua-dua orang tuanya dah meninggal. Lagi kesian.
"Aku rindu mama aku." suara Yoora kedengaran sayu.
Seungcheol memandang majikannya itu lama.
"Aku pun rindu mak aku tapi nak buat macam mana. Hidup kena diteruskan. Kalau Cik sedih, mesti mama Cik kat sana pun sedih." nasihat Seungcheol cuba memujuk Yoora.
Yoora masih bermuram.
"Kalau Cik rindu, Cik jadilah anak yang baik. Buat mama Cik kat sana gembira. Jangan la selalu buat hal. Kalau mama Cik tau, mesti dia kecewa." tambah Seungcheol lagi.
Yoora menahan air matanya yang sudah mahu menitis. Sedaya upaya dia cuba sembunyikan dari pandangan Seungcheol. Dia tak mahu lelaki itu nampak yang dia sedang menangis.
"Ak...aku tahu lah. Kau tak payah nak mengajar aku. Dah ! Jom balik. Aku penat !" Yoora bangkit dari tempat duduknya. Mukanya kembali kerek dan seperti biasa, dia mula mengeluarkan arahan kepada Seungcheol.
Seungcheol menjeling Yoora seketika. Orang cakap sikit dia mula la nak menyinga. Nasihat pun tak boleh. Dia saja yang betul.
"Cepat la Seungcheol !"
Yoora memanggil P.Anya yang masih lagi tercegat di situ. Seungcheol merengus geram.
"Sabar la !"
Dia menapak membontoti Yoora yang sudah laju ke hadapan.


Jam menunjukkan pukul 11 malam. Seungcheol menolak daun pintu rumahnya sambil menguap seluas yang mungkin. Letih betul hari ni. Keadaan rumah yang gelap dan sunyi menandakan bahawa adik-adiknya sudah tidur. Seungcheol menapak masuk ke dalam perlahan-lahan, bimbang kehadirannya menganggu mereka berempat. Suis lampu dipetik dan apabila lampu menyala...
"Yah ! Encik Choi, dah pukul berapa baru nak balik? Pergi berjoli tak ingat dunia ya?"
Tanpa dia ketahui, kepulangannya disambut oleh seseorang yang sedari tadi duduk bertapa di atas sofa usang yang terletak di ruang tamu rumah kecil itu.
Seungcheol tersentak seraya menoleh ke arah sofa. Cap yang dipakainya ditanggalkan lantas dilontar ke arah pemilik suara itu. Serta-merta satu rungutan kedengaran.
"Ahh ! Hyunggggg...."
"Yah ! Seungkwan ! Terkejut hyung !" Seungcheol memandang adiknya, Seungkwan yang menegurnya tadi. Seungkwan ketawa besar. Memang sengaja nak buat abang sulungnya itu terperanjat.
"Apasal kau tak tidur lagi? Esok sekolah kan?" Seungcheol menepuk bahu adiknya itu. Seungkwan tersengih.
"Aku baru je siapkan kerja sekolah aku. Banyak gila menimbun. Nasib baik Myungho hyung sudi nak tolong kalau tak, aku rasa sampai sekarang tak siap lagi." keluh Seungkwan.
Seungcheol sekadar tersenyum mendengar keluhan Seungkwan. Tapak tangannya, menggosok kepala adiknya itu. Biasa la budak sekolah. Kerja sekolah tu kan demi masa depan mereka jugak?
"Myungho mana? Mingyu? Chan?" adik-adiknya yang lain dicari. Kelibat mereka tak kelihatan dari tadi. Barangkali sudah lena dibuai mimpi.
"Semua dah tidur. Chan tidur awal sebab merajuk dengan Mingyu hyung." cerita Seungkwan.
"Hah ! Ini yang aku tak suka, korang bergaduh masa aku tak ada ke? Aku dah pesan banyak kali kan? Jangan bergaduh." Seungcheol mula nak membebel. Seungkwan yang menjadi mangsa.
"Alah, biasa la tu. Kau macam tak tahu Mingyu hyung tu macam mana. Angin dia tu kan lain macam sikit." Seungkwan menghalang Seungcheol dari terus berleter.
Seungcheol mengeluh. Macam-macam perangai adik-adiknya itu. Antara empat orang adiknya, Mingyu merupakan yang paling tua kemudian diikuti dengan Myungho, Seungkwan dan yang terakhir, Chan. Hanya mereka berempat keluarga Seungcheol satu-satunya. Seungcheol sayangkan mereka lebih dari dirinya sendiri.
"Dah, masuk tidur. Esok tau la aku nak ceramahkan si Mingyu tu." Seungcheol berkata diselangi dengan anggukan Seungkwan. Dia merangkul bahu Seungkwan dan menghantar adiknya itu ke bilik.
Pintu bilik dikuak dan adik-adiknya yang sedang tidur nyenyak dipandang satu persatu. Seungcheol menggeleng-geleng sambil tersenyum. Chan tidur berpelukan dengan Myungho manakala Mingyu tidur jauh sedikit dari mereka berdua. Mungkin, Mingyu saja mengasingkan dirinya dari mereka. Selalunya, dia akan tidur di sebelah Chan tapi bukan hari ni. Maklumlah, Seungkwan kata mereka bergaduh tadi. Mesti Chan merajuk dan Myungho terpaksa memujuk adik bongsu mereka itu.
"Hyung, aku nak tidur dah ni. Selamat malam." Seungkwan menarik selimut setelah mengambil tempat di sebelah Mingyu. Seungcheol mengangguk kepada adiknya itu.
"Selamat malam."
Pintu bilik ditutup semula. Seungcheol meregang-regangkan badannya yang terasa lenguh sebelum mengeliat sepuas hatinya.
"Haih ! Penat betul hari ni." keluhnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

hey p.a !!!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang