Kau betul nak kerja ni Seungcheol?”
Aku mengangguk laju. Gila tak nak? Gaji boleh tahan lumayan. Rasanya cukup untuk makan pakai aku dan adik-adik seharian. Lepas aku kira dan bajet, gaji itu boleh jugak aku buat simpanan untuk masa depan. Buat kahwin pun boleh. Orang cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
“Tapi…Pak cik risau kau tak tahan.”
Aku memandang lelaki separuh umur yang merupakan kawan baik kepada mendiang bapak aku itu. Aku gelarkan dia Pak cik Yoo. Dialah orang yang dah bantu aku untuk cari kerja. Setelah aku diberhentikan dari kilang membuat komputer beberapa minggu yang lepas, aku mula menganggur dan berusaha keras mencari kerja. Ternyata, zaman sekarang nak cari kerja memang susah. Tambahan pulak, aku ni belajar tak tinggi mana. Nak masuk universiti pun tak mampu jadi, memang susah untuk aku dapat kerja la jawabnya.
Nasib baik Pak Cik Yoo ada. Dia merupakan pemandu peribadi seorang usahawan kaya raya di bandar ni. Katanya, majikan tempat dia bekerja mencari seseorang untuk dijadikan pembantu peribadi kepada anaknya. Sebab tu la, dia mencadangkan aku untuk pekerjaan tu. Aku tak menolak. Maklumlah, ini peluang keemasan. Kalau aku tolak, rugilah !
“Kenapa pulak tak tahan, Pak Cik?”
Aneh betul. Apasal Pak Cik Yoo macam resah? Ada yang tak kena ke? Jadi pembantu peribadi ni kerja mudah je kan? Asalkan kau boleh kawtim dengan majikan kau, mesti OK punya.
“Budak yang kau nak kena jaga tu…” lelaki itu menggaru kepalanya. Macam ada yang tak kena. Aku menunggu Pak Cik Yoo menghabiskan ayatnya.
“Perangai dia lain macam sikit.” Aku dah agak. Mesti itu yang Pak Cik Yoo nak cakap. Tanpa sedar, aku tarik senyum sinis.
“Takpe Pak Cik. Saya cuba dulu. Saya ni dah biasa dah settle benda macam ni. Adik-adik saya kat rumah yang empat orang tu pun saya boleh handle, apatah lagi sorang ni. Boleh kot.” tutur aku agak yakin.
Pak Cik Yoo berfikir sejenak sebelum mengangguk. Mungkin dah yakin dengan kebolehan aku. Aku tersenyum lebar. Akhirnya, setelah sekian lama cari kerja, berjaya juga aku. Semua ni berkat pertolongan Pak Cik Yoo. Aku hargai sangat jasa baik dia tu.
“Kalau macam tu, esok kau ikut Pak Cik. Kita pergi jumpa Tuan Lee.”
Aku angguk lagi. Tak sabar rasanya. Lepas ni, boleh la aku bagi adik-adik aku makan makanan yang sedap-sedap.
Keesokan paginya,
Aku dibawa oleh Pak Cik Yoo ke sebuah rumah agam yang besar. Besar gila. Jauh beza dengan rumah aku. Seriously ! Kagum gila aku dengan rumah tu. Kalau nak di agak, rasanya rumah aku cuma sebesar tandas rumah agam ni je kot. Nampak tak perbezaannya? Tentu, penghuni rumah ni kaya raya dan berharta. Untungnya hidup mereka.
Setelah bertemu dengan si Tuan rumah yang bernama Tuan Lee dan aku dibenarkan untuk bekerja sebagai P.A (Personal Assistant) kepada anak tunggalnya, kini tiba masanya aku untuk bertemu dengan majikan aku.
BAM !
Pintu bilik kerja Tuan Lee ditolak kasar dari luar. Aku tersentak lantas menoleh ke belakang.
Seorang gadis berambut blonde muncul dari muka pintu dengan gaya yang agak kerek. Aku tergamam. Gadis itu aku pandang dari atas sampai ke bawah. Bukannya aku gatal tapi aura gadis tu buat aku rasa cuak tiba-tiba.
“Ada apa Daddy panggil Yoora?”
Oh Tidak ! Inikah Lee Yoora anak kepada Tuan Lee? Betul la kot. Jadi, maknanya inilah budak perempuan yang aku kena jaga tu. O..Okay…aku telan air liur yang rasa berpasir. Lain macam sikit nampaknya. Ahh ! Lantaklah, takat perempuan macam ni, kacang goreng lah !
“Ini Seungcheol. P.A baru Yoora.” Tuan Lee memperkenalkan aku kepadanya. Aku tunduk sedikit sambil memandang si pemilik nama Lee Yoora itu.
Si gadis tersenyum. Senyum sinis mengejek.
“Hai ! Kau P.A aku yang kesepuluh kalau kau nak tau.”
Apa? Yang kesepuluh? Wow ! Ini mesti ramai yang dah give up dengan dia dan cabut lari.
Gadis bernama Lee Yoora itu aku pandang lagi. Dari rambutnya yang blonde terang dan menyakitkan mata turun ke mukanya yang bertempek make-up lapan inci ke tubuh badannya yang hanya dibaluti dengan mini dress yang seksi hinggalah ke kakinya yang bersarung heels jenama Prada. Pergh ! Perempuan ni memang bukan calang-calang orang.
“Welcome to the hell, Seungcheol”
Dan sejak hari itu, bermulalah episod kehidupan aku, Choi Seungcheol dengan seorang ‘tuan puteri’ yang bernama Lee Yoora.
KAMU SEDANG MEMBACA
hey p.a !!!
FanficMenjadi seorang pembantu peribadi atau lebih senang digelar sebagai P.A bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula kalau majikannya seorang yang banyak kerenah dan memeningkan kepala. Tapi bagi Seungcheol, nak tak nak dia terpaksa juga untuk hadapi...