Pagi yang kecoh di kediaman kecil keluarga Choi.
"Bangun weh ! Dah pagi !"
Seungcheol menjerit sehingga menggegarkan seluruh pelosok rumah demi mengejutkan empat orang adiknya yang barangkali masih lena dibuai mimpi.
Jam dinding usang yang sudah berkhidmat di rumah itu hampir 5 tahun dikerling buat kali ke empat.
7 Pagi !
Dia kesiangan hari ni. Disebabkan semalam terlalu letih, hari ni dia terlajak tidur nampaknya. Bukan dia sorang saja, adik-adiknya pun sama. Selalu dia yang mengejut mereka dan bila dia tak terbangun pagi ni, adik-adiknya pun tak ada la orang nak kejutkan.
"Bangun weh ! Sekolahhhhhh!"
Jerit Seungcheol lagi. Pintu bilik anak-anak teruna itu diketuk kuat sebelum akhirnya daun pintu dikuak dari dalam. Seungcheol tersentak. Kelihatan Seungkwan dan Myungho berlumba-lumba untuk keluar. Tak lain tak bukan, untuk berebut bilik mandi.
"Hyung dulu !"
"Aaaa...Myungho hyung ! Seungkwan la dulu."
Adik bongsunya, Chan masih mamai di atas tempat tidur. Seungcheol mendekati Chan lantas menepuk pipi anak muda itu perlahan.
"Bangun , Chan ! Bangun ! Dah lambat !"
Chan sudah terjaga sepenuhnya dan mula kalut mencapai uniform sekolah dan begnya. Sementara menunggu abang-abangnya selesai mandi, dia siapkan dulu barang untuk ke sekolah.
"Mingyu ! Oiii ! Mingyu !"
Ni sorang lagi. Dah kejut banyak kali tapi masih berlingkar dalam selimut. Tanpa rasa bersalah, Seungcheol terus menendang paha Mingyu menyebabkan adiknya tergolek dan menghentam meja kecil yang ada berdekatan. Kejamnya !
"Ahhh ! Hyungggggg!"
Mingyu terjaga dan mula merungut. Dengan malas, dia menolak selimut yang membaluti tubuhnya. Mukanya masam mencuka.
"Bangun ! Tak ada masa nak termenung. Lewat dah ni." Seungcheol mengetuk kepala Mingyu. Dengan Mingyu ni kena kasar sikit sebab budaknya degil dan susah nak dengar cakap. Berbeza kalau nak dibandingkan dengan Myungho dan yang lain.
Mingyu mencebik. Dengan tak rela, dia bangun dalam keadaan mata yang masih separuh terbuka. Pemuda itu tersengguk-sengguk dan akhirnya terlelap semula dalam keadaan duduk.
"Woi ! Mingyu !"
Seungcheol bergegas masuk ke dalam perkarangan rumah agam yang menjadi tempat dia bekerja selama ini. Dia sudah terlewat hampir lima minit. Sudah tentu, 'tuan puteri' Yoora akan mengamuk dan memarahinya. Dia tahu yang perempuan tu tak suka orang lambat padahal dia pun selalu lambat. Itu lah yang dikatakan, tak sedar diri. Diri sendiri salah tak nampak tapi bila orang lain yang salah, mula la nak melenting. Payah !
Telinganya sudah bersiap-sedia untuk mendengar maki hamun Yoora nanti. Bukannya dia sengaja nak lambat. Dia terlewat bangun pagi tadi. Nak uruskan adik-adik lagi, semuanya ambil masa. Tau la budak-budak tu, kalau tak ada orang nak handle, macam-macam boleh jadi. Nak harapkan Mingyu? Alamat tak ke sekolah la jawabnya mereka berempat. Lagipun, sekali sekala lewat apa salahnya kan? Bukan selalu.
"Cik Yoora !"
Seungcheol meraung memanggil nama Yoora setelah tiba di halaman rumah. Bilik Yoora yang berada di tingkat atas dan bahagian hadapan itu memudahkan Seungcheol untuk memanggilnya. Tak perlu susah-susah arahkan pembantu rumah untuk mengetuk pintu bilik Yoora kemudian memanggil Yoora kerana Seungcheol sendiri boleh menjerit dari bawah rumah. Walaupun sebenarnya Yoora tak suka tapi...ada Seungcheol kisah?
"On the way !"
Sayup-sayup kedengaran suara Yoora dari atas. Seungcheol mengangguk lantas mempersiapkan kereta. Kelas Yoora bermula pukul 8.30 pagi dan masih ada 30 minit yang berbaki sebelum kelas.
Bunyi derap kaki seseorang menyapa telinga Seungcheol yang sedang sibuk menyapu habuk pada kerusi kereta mewah milik Tuan Lee. Selalunya, kereta itu dia akan gunakan untuk membawa Yoora ke hulu ke hilir atas kebenaran Tuan Lee.
"Seungcheol..."
"Sorry Cik. Aku lewat bangun hari ni. Sorry sebab lambat." Seungcheol berkata sambil menoleh laju ke arah Yoora. Pasti Yoora akan memarahinya sekarang. Seungcheol dah tak kisah.
"Apa? Kenapa kau mintak maaf?" dahi Seungcheol berkerut sedikit saat melihat reaksi Yoora. Aik? Bukan ke patutnya dia marah sebab Seungcheol datang lewat? Selalunya lambat seminit pun dah bising tapi hari ni?
Senyuman lebar di wajah Yoora membuatkan Seungcheol jadi hairan.
"Scary la pulak..." gumam Seungcheol perlahan saat melihat senyum rabak Yoora. Jarang perempuan tu nak tersenyum apatah lagi di hadapan dia.
"Apasal kau tengok aku macam tu?" soal Yoora.
"Cik tak nak marah aku sebab aku lambat ke?" Seungcheol menyoal Yoora yang masih tercegat di depannya sambil tersenyum girang. Macam ada yang tak kena dengan gadis itu. Entah apa la yang dah jadi kepadanya.
"Kau lambat ke hari ni? Tak perasan pulak aku." Yoora berkata sambil membetulkan anak rambutnya. Senyum masih tak lekang di bibir. Seungcheol terpinga. Nampaknya mood Yoora terlajak baik hari ini.
"Tak kisah la kau lambat ke apa. Dah, cepat la gerak." Yoora memandang Seungcheol. Langsung dia tak marah Seungcheol macam apa yang pemuda tu jangkakan. Fenomena ini jarang berlaku jadi Seungcheol agak terkejut.
Lambat-lambat, Seungcheol mengangguk. Pintu belakang kereta dibuka untuk Yoora dan gadis itu masuk ke dalam kereta dengan senang hati. Siap menyanyi-nyanyi lagi. Happy bukan main. Ada la tu yang buat dia suka hati. Cuma ada beberapa sebab saja yang boleh buat Yoora tersenyum macam ni, antaranya bila dia dapat duit dari Tuan Lee, bila dia dapat apa yang dia nak dan bila dia berjaya menggoda lelaki yang dia minat. Seungcheol kenal sangat dah dengan Lee Yoora sorang ni.
"Seungcheol, aku happy sangat hari ni." Yoora berkata dan Seungcheol tayang muka tak beriak. Tak payah bagitau pun takpe. Seungcheol dah nampak dah dari reaksi muka Yoora tu.
"Kau tau tak kenapa?" banyak pulak mulut Yoora kali ni. Seungcheol malas nak layan sebenarnya.
"Kenapa?" soalnya acuh tak acuh. Tak berminat pun nak tahu tapi nanti kalau tak dilayan mulalah nak tarik muka. Dah elok mood dia baik, Seungcheol tak nak la jadi spoiler.
"Daddy aku bagi aku duit lagi ! Yeay ! Boleh la aku shopping sampai puas nanti." Haa...kan dah cakap yang Yoora gembira sebab duit. Untunglah boleh dapat duit bila-bila masa yang dia nak.
"Ohhh...." hanya itu balasan Seungcheol. Dia fokus kepada pemanduannya.
"Lagi satu..."
"Apa lagi cik?" Seungcheol menjeling Yoora di belakang sesaat.
"Himchan oppa ajak aku dinner malam ni." Yoora berkata sambil tersenyum lebar. Matanya berkelip-kelip tanda suka. Tangannya melekap ke dada dengan senyuman yang penuh makna.
Seungcheol pulak tayang muka jelik. Himchan oppa mana pulak ni? Bukan ke Yoora baru je clash dengan lelaki nama Baekhyun dan juga Daehyun? (Jangan lupa yang dia main kayu tiga) Sekarang ni Himchan sapa pulak? Mangsa baru dia? Oh kesiannya lelaki malang bernama Himchan tu.
"Kau nak mainkan lelaki mana pulak?" tanpa berlapik, Seungcheol menyoal Yoora. Yoora menjegilkan matanya ke arah Seungcheol.
"Mana ada main. Yang ni aku memang serius. Aku suka dia dari zaman sekolah rendah lagi." cerita Yoora. Tengok ! Dari sekolah rendah? Nampak sangat kecik-kecik pun dah gatal.
"Oh..Ye ke?" Seungcheol macam tak percaya.
"Betul la ! Dia...cinta pertama aku."
Kata-kata Yoora buat Seungcheol rasa nak muntah pelangi. Cinta pertama konon. Tak tau pulak yang playgirl macam Yoora reti nak pakai istilah 'cinta pertama'.
"Aku harap dia akan jadi cinta sejati dan cinta terakhir aku." tambah Yoora lagi.
SKREEEEETTTT!!!
Mendengar kata-kata Yoora itu buat Seungcheol hampir hilang pertimbangan ketika memandu. Geli-geleman Seungcheol mendengar ayat acah-acah sweet yang keluar dari mulut Yoora tu. Dia brek mengejut sehingga membuatkan kepala Yoora terhantuk menghentam kerusi hadapan.
"Choi Seungcheol !" si gadis itu menjerit kuat sambil mengusap kepalanya yang terasa pedih.
"Sorry cik...tiba-tiba rasa nak muntah." tutur Seungcheol sambil menjulingkan matanya. Yoora merengus geram. Dia tau yang Seungcheol sengaja memerlinya. Memang la Seungcheol ni perosak mood pagi dia yang baik sekarang.
Malam yang dinantikan Yoora telah tiba.
Yoora tersenyum manis sambil memandang ke arah lelaki kacak yang ada di hadapannya.
"Jemput makan Yoora." Himchan mempelawa Yoora untuk menjamah makanannya setelah perasan yang Yoora dari tadi tak menyentuh steak di depannya itu. Mana taknya? Dari tadi asyik tenung muka Himchan memang tak la nak sentuh makanan. Entah la apa yang hebat sangat Himchan tu? Hanya Yoora yang faham.
Yoora tersengih saat ditegur Himchan. Tak tau la kenapa, satu-satunya lelaki yang boleh buat dia kelu bila berbicara adalah Himchan. Adakah ini yang dinamakan cinta? Ok kalau Seungcheol dengar ni, mesti P.A nya itu akan memerlinya lagi.
"Err....bila oppa balik dari London?" soal Yoora sengaja mencipta perbualan. Himchan yang baru saja nak menyuap steak ke dalam mulut membatalkan niatnya. Dia beralih pandang ke arah Yoora seraya tersenyum.
"Baru tiga hari yang lepas. Tiba-tiba rindu kat Yoora, jadi oppa ajaklah Yoora dinner malam ni." jawab Himchan membuatkan Yoora tersipu malu. Eleh, dia baru cakap dia rindu. Itu pun dah syok terlebih.
Himchan dan Yoora dah lama kenal. Macam apa yang Yoora pernah cakap, dia sukakan Himchan dari zaman sekolah rendah lagi. Disebabkan terlalu suka kepada Himchan, Yoora sanggup ikut Himchan bersekolah di sekolah yang sama. Dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, Yoora tak pernah berhenti kejar Himchan dan hasratnya untuk berkenalan dengan Himchan tercapai juga akhirnya.
Dia ingat lagi macam mana beraninya dia untuk confess kepada Himchan di waktu majlis graduasi lelaki yang merupakan seniornya itu. Yoora takkan lupa kenangan manis di mana Himchan memeluknya di hadapan para pelajar yang lain dan mereka berdua mula menjalinkan hubungan cinta. Malangnya, hubungan cinta mereka tak kekal lama kerana Himchan pergi sambung belajar ke luar negara dan tinggalkan Yoora digantung tak bertali. Langsung tak ada kata putus tentang hubungan mereka. Tapi tak apa, itu dah berlalu. Yoora dah tak kisah. Sekarang Himchan dah balik. Sudah tiba masanya untuk buka buku baru. Kan?
Di luar restoran mewah itu,
[BGM :Raina Ft San. E-Midnight Summer Sweetness]
Mudeoun bam, jameun oji anko
Ireonjeoreon saenggage bulleobon neo, naol jul mollasseo
Ganjireoun baram, utgo inneun uri
Bamhaneure byeol chwihandeutan neo
Siwonhan beer, cheers baralge mwo deo isseo
Hanyeoreumbamui kkul, hanyeoreumbamui kkul
So sweet, so sweet, yum~
[On a hot night, I can't fall asleep
Thinking about this and that, I finally call you, I didn't know you'd come out
The tickling wind, us laughing
The stars in the night sky, you seeming a little drunk
Refreshing beer, cheers, what more can I ask for?
A midsummer night's sweetness, a midsummer night's sweetness
So sweet, so sweet, yum]
Lagu di radio berputar dan Seungcheol yang dari tadi menjadi penunggu setia di kereta termenung jauh. Dia yang bersandar di kerusi bahagian pemandu tanpa sedar mengukir senyum sendiri.
"Nana...Kim Nana..."
Seungcheol menyebut nama si gadis yang dah buat dia angau sentiasa itu. Di mindanya, terbayangkan wajah ayu Nana dan dia tersengih sendiri.
Seungcheol mengeluh setelah lama berangan. Dia menoleh memandang ke arah restoran mewah di hadapannya itu. Menunggu cik 'tuan puteri' yang sorang ni memang memenatkan tapi memandangkan itu adalah kerjanya, dia tak boleh nak mengelak.
Sekali lagi, Seungcheol mula mengelamun.
Alangkah indahnya kalau dia juga berduit macam majikannya? Tiap-tiap hari dia akan bawak adik-adiknya makan besar di restoran mewah macam ni. Mesti seronok. Dan Nana...perempuan idamannya itu akan dia manjakan dengan kemewahan. Biar sama naik macam Yoora. Eh, macam Yoora?
"Hish ! Tak nak la aku kalau Nana jadi macam Yoora !" angan-angan Seungcheol terbantut seketika saat terkenangkan Yoora. Memang tak la kalau Nana jadi macam Yoora. Tak sanggup Seungcheol nak mengadap semua tu. Ada satu Yoora pun dah pening kepala, bayangkan kalau ada double?
"Tidak !"
Tok ! Tok ! Tok !
Seungcheol tersentak. Panjang umur.
Yoora berada di luar kereta dan mengetuk cermin tingkap tempat Seungcheol duduk. Tanpa berlengah, Seungcheol menurunkan cermin tingkap tersebut setelah diarahkan oleh Yoora. Keningnya diangkat sebelah sebagai tanda respon kepada gadis yang seperti ingin memberitahu sesuatu kepadanya itu.
"Aku balik dengan Himchan oppa. Kau boleh blah sekarang." nada suara Yoora seakan menghalau Seungcheol. Pemuda itu merengus.
"Apasal kau tak bagitau dari awal? Habis yang aku tunggu kau berjam-jam selama ni nak buat apa? Saja jadi penunggu kat sini?" sungut Seungcheol. Yoora menjeling pemuda itu.
"Aku ingat dia tak nak offer aku balik dengan dia." tutur Yoora selamba.
"Penat je la aku tunggu." Seungcheol masih belum berpuas hati.
"Hei ! Dah memang kerja kau kan? Apasal kau nak bersungut?" sempat juga mereka berdua bertikam lidah. Himchan yang ada beberapa meter jauh dari mereka dijeling seketika. Pemuda itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya sementara menunggu Yoora.
"Ye lah ! Ye lah ! Balik rumah terus cik. Kalau apa-apa jadi dengan cik, aku juga yang kena menjawab dengan Tuan. Cik faham tak?" pesan Seungcheol kepada Yoora.
"Tahu la aku nak buat apa. Jangan nak berlagak bagus sangatlah." macam biasa, pesanan Seungcheol tak pernah diterima baik oleh Yoora. Dia meninggalkan Seungcheol sendirian sambil berlari-lari anak ke arah Himchan.
Seungcheol sekadar memerhati tingkah Yoora yang menggedik dengan pemuda di sebelahnya itu. Yang lelaki tu pun melayan je Yoora. Seungcheol mencebik.
"Ikut kau la Yoora...ikut kau." keluhnya sendiri sambil berlalu meninggalkan kawasan itu. Bagus jugak bila Yoora suruh dia pergi, boleh la dia balik awal ke rumah.
Keesokkan Harinya,
Muka Seungcheol masam mencuka apabila terpaksa membontoti setiap langkah Yoora yang dari tadi tak habis-habis menjelajah shopping mall dengan penuh komited dan konsisten. Haduh ! Minah ni memang tak kenal erti penat bila melibatkan shopping. Dia sentiasa bersemangat untuk shopping. Maklumlah, itu hobi dia.
"Cik, bila nak balik ni?" keluh Seungcheol yang sudah lenguh satu badan. Bukan cuma penat berjalan, tangannya juga dah penuh dan padat dengan segala macam barang yang dibeli Yoora. Tinggal tunggu masa nak tercabut je tangan tu rasanya. Kalau Yoora beli barang dan suruh dia pegang lagi, nampaknya dia memang akan jatuh rebah mencium lantai shopping mall ini.
Si Yoora pun satu, melenggang saja sambil pilih itu dan ini. Yang jadi tukang angkut barang, Seungcheol jugak. Mungkin dia ingat Seungcheol ni sama macam troli yang ada di supermarket tu kot.
"Tch ! Leceh la kau. Diam sudah la. Banyak lagi aku nak beli ni." Yoora berkata kepada Seungcheol sambil tangannya ligat memilih baju untuk dibeli. Mukanya kelihatan teruja. Jauh beza dengan muka Seungcheol yang mengalahkan ayam berak kapur.
"Seungcheol, mana lawa? Warna pink ke warna putih? Mana sesuai untuk aku?" dua helai blouse comel ditayangkan ke arah Seungcheol. Tengok, nak beli baju pun tanya pendapat P.A. Nampak tak fungsi Seungcheol yang tersangatlah penting bagi Yoora tu?
Seungcheol mengeluh. Bosan betul dengan Yoora. Nak pilih baju pun kena mintak tolong orang ke? Takkan tak pandai nak buat keputusan sendiri?
"Ikut kau la, Cik. Mana-mana sama je. Kau pakai apa pun lawa." ucap Seungcheol membuatkan Yoora tiba-tiba rasa kembang. Seungcheol puji dia lawa?
"Eh, Cik? Jangan syok sangat la bila aku cakap Cik lawa. Cik tu lawa fake je. Make up sepuluh inci. Cuba kalau tak make-up, agak-agaknya singa laut kat zoo tu lagi cun kot." seakan tahu reaksi hati Yoora, Seungcheol mula membetulkan ayatnya sebentar tadi.
Ok. Ini dah tak lawak. Sesuka hati dia saja nak cakap macam tu kat Yoora. Darah gadis itu mula menyirap.
"Choi Seungcheol...."
"Choi Seungcheol, aku pecat kau karang !"
Belum sempat Yoora menghabiskan ayatnya, Seungcheol sudah terlebih dahulu mencelah. Dia mengajuk ayat yang selalu Yoora gunakan apabila dia naik angin kepada Seungcheol. Dah boleh agak dah apa yang Yoora akan cakap. Seungcheol ketawa mengejek.
"Hei kau..."
Sekali lagi kata-kata Yoora tersekat. Kali ini bukan kerana Seungcheol tetapi kerana orang lain. Yoora ternampak seseorang yang sangat dia kenali dan apa yang menarik perhatiannya, orang itu bersama dengan seorang perempuan. Aneh.
Matanya dikecilkan bagi menjelaskan lagi pemandangannya. Pasangan yang berada beberapa meter jauh darinya itu ditenung lama.
"Seungcheol..." pembantu peribadinya dipanggil.
"Apa?" sahut Seungcheol lantas turut menoleh ke arah pandangan Yoora.
"Itu..."
"Tuan Lee?"
Seungcheol dan Yoora saling berpandangan. Daddy Yoora kelihatan sedang mesra berjalan bersama dengan seorang perempuan cantik dan muda. Si perempuan muda itu memautkan tangannya pada lengan daddy Yoora dan mereka berdua kelihatan sangat rapat. Sesekali, perempuan itu akan memeluk pinggang Tuan Lee dan Tuan Lee tak menolak.
"Hei ! Sapa perempuan gedik tu? Berani dia goda daddy aku." Yoora melenting. Gedik? Heh, dia pun gedik juga. Ada hati nak kata orang gedik.
Tingkah pasangan itu menyakitkan mata Yoora dan gadis itu tak dapat mengawal perasaannya lagi.
"Berani Daddy curang dengan mama." getus Yoora seraya membuka langkah untuk menyerang Daddynya. Namun, Seungcheol sempat menarik Yoora untuk menghalang niat gadis itu.
"Cik ! Jangan buat kecoh kat sini la !" pinta Seungcheol sambil menggenggam erat lengan Yoora. Yoora meronta meminta Seungcheol melepaskannya namun pemuda itu buat tak endah.
"Lepas la ! Aku nak uruskan betina tu !" Yoora berkata bengis.
Seungcheol menggeleng. Dia tahu kalau dia lepaskan Yoora, mesti gadis itu akan buat benda yang bukan-bukan. Dia kenal sangat Yoora. Gadis itu suka bertindak melulu. Boleh kecoh jadinya kalau dia tak halang Yoora. Lebih baik gadis itu dihentikan sebelum apa-apa berlaku. Seungcheol tak mahu benda yang bukan-bukan terjadi apatah lagi bila perkara ni melibatkan Tuan Lee sendiri.
"Kita balik Cik Yoora. Jom !" Seungcheol sedaya upaya menarik Yoora agar mengikutinya.
"Tak nak la ! Hey jantan ! Lepaskan aku la." marah Yoora kepada Seungcheol pula.
"Jangan degil la ! Aku kata kita balik ! Balik !" Seungcheol tak pedulikan amarah Yoora. Gadis itu diheret agar mengikutinya. Yoora merengus geram. Dia menendang betis Seungcheol namun pemuda itu langsung tak memberikan sebarang respon. Terus saja dia membawa Yoora ke kereta dan memaksa gadis itu untuk masuk.
"Aku benci kau, Seungcheol ! Aku benci kau !"
"Hyung? Kau tak kerja ke malam ni?" soal Myungho kepada abangnya yang sedang leka menonton drama yang ditayangkan di televisyen. Dia bukan jenis yang layan drama tapi bila dah Seungkwan bukak, nak tak nak kena layan la jugak. TV ada sebijik je kat rumah. Apa yang orang tengok, dia pun kena la tengok.
"Tak. Dia halau aku balik petang tadi." jawab Seungcheol membuatkan dahi Myungho berkerut. Abangnya itu cuba bergurau ke?
Betul la apa yang Seungcheol cakap. Memang dia dihalau oleh Yoora pun. Lepas peristiwa di shopping mall tadi, Yoora terus memaki hamun Seungcheol dan menghalau dia balik. Katanya, dia dah tak nak tengok muka Seungcheol lagi. Hmmm..ye la tu. Merajuk la kononnya tu.
Takpe. Seungcheol tak kisah pun. Esok lusa, ok la si Yoora tu. Macam la tak biasa. Seungcheol dah masak dah dengan perangai Yoora tu.
"Aku tak nak tengok muka kau lagi !"
"Jangan tayang muka kau depan aku lagi !"
"Kau pergi mati la lelaki tak guna ! Jangan jumpa aku lagi !"
"Kau jangan nak tunjuk muka hodoh kau depan aku lagi lepas ni !"
Ayat-ayat tu memang dah selalu kena pada batang hidung Seungcheol. Semuanya datang dari mulut Yoora sendiri tapi hakikatnya, sampai sekarang Seungcheol masih setia berada di sisi Yoora sebagai P.A gadis manja itu.
Seungcheol ketawa sinis.
"Dah kenapa pulak hyung gelak sorang-sorang ni?" Seungkwan memandang Seungcheol dengan muka yang pelik.
"Takde apa la. Kau tengok je la drama kau tu." balas Seungcheol seraya sambung gelak. Memikirkan tentang keegoan dan kebodoh -sombongan Yoora buat Seungcheol geli hati.
"Hyung, telefon kau bunyi tu." lamunan Seungcheol mati bila suara Mingyu menyapa telinganya. Dia menoleh dan mencapai telefon bimbit yang berdering di atas meja.
"Hello, Tuan Lee? Ada apa?" Seungcheol agak terkejut bila Daddy Yoora yang menelefonnya. Tidak ! Adakah Tuan Lee dah mula bersetuju dengan Yoora untuk memecat Seungcheol? Tak pernah-pernah lelaki itu menghubunginya kecuali kalau ada benda yang betul-betul penting.
"Yoora hilang. Dia ada dengan awak tak Seungcheol?" suara Tuan Lee di hujung talian kedengaran gusar.
"Apa? Hilang? Yoora?"
KAMU SEDANG MEMBACA
hey p.a !!!
FanficMenjadi seorang pembantu peribadi atau lebih senang digelar sebagai P.A bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula kalau majikannya seorang yang banyak kerenah dan memeningkan kepala. Tapi bagi Seungcheol, nak tak nak dia terpaksa juga untuk hadapi...