hpa3

22 2 0
                                    

Mama..."
Kepekatan malam yang diiringi dengan bunyi dentuman guruh menandakan hujan akan turun menemani Yoora yang sendirian di pusara milik mendiang ibunya.
"Yoora rindukan mama." gadis itu melutut di hadapan nisan si ibu yang sudah lama pergi meninggalkan dirinya beberapa tahun yang lalu.
Sepi. Luahan rindu Yoora hanya dibalas sepi. Sesekali, bunyi guruh datang memecahkan kesunyian di situ dan Yoora langsung tak beralih dari tempat duduknya. Langsung dia tak kisah tentang keadaan sekeliling.
Hatinya hancur. Sakit. Pedih. Segala-galanya menyerang dirinya. Dia mengimbas kembali pertengkaran dia dan bapanya tadi. Semakin hatinya terasa membengkak. Air mata deras mengalir membasahi pipi mulus gadis itu.

"Daddy ! Siapa perempuan yang jalan dengan Daddy dekat mall tadi?" Yoora menyerang Daddynya yang baru saja menapak masuk ke dalam rumah. Tuan Lee tersentak namun wajahnya masih tenang. Anak gadisnya dipandang seketika sebelum mengeluh.
"Nanti Daddy kenalkan dia pada Yoora." lelaki berusia 40-an itu berkata. Yoora merengus. Jawapan daddynya itu tak cukup untuk buat dia puas hati.
"Daddy bercinta dengan dia? Dia bakal gantikan mama?" teka Yoora. Dia dapat mengagak berdasarkan apa yang dia lihat petang tadi. Bukan main mesra lagi daddynya melayan perempuan tu. Suaranya melengking menghentam telinga Tuan Lee.
Tuan Lee tak menjawab soalan Yoora namun dia mengangguk. Rasanya itu sudah mampu untuk buat Yoora faham apa jawapannya.
"No way ! Daddy ! Tak boleh !" Yoora terus membangkang. Suaranya makin meninggi sehinggakan beberapa orang pembantu rumah yang ada di dalam rumah tersebut mula mengintai dari dapur.
"Yoora..." Tuan Lee malas untuk bertekak dengan Yoora. Dia tahu anaknya itu kuat melawan. Dia dah agak yang Yoora pasti akan membangkang hubungan dia dengan kekasih barunya sekarang.
"Nanti kita bincang, OK? Sekarang daddy nak masuk dalam rehat." wajah bengis Yoora dipandang sebelum dia berpaling untuk naik ke bilik.
Yoora mendengus.
"Putus dengan dia. Daddy tak boleh curang dengan Mama !" Yoora berkata. Nada suaranya kedengaran serius. Dia bercakap seakan itu adalah perkara yang mudah.
Tuan Lee mengeluh. Dalam banyak-banyak permintaan Yoora, ini adalah yang paling berat. Yoora boleh minta duit dari dia, Yoora boleh minta kereta, rumah atau apa saja tapi bukan yang ini. Tuan Lee tak dapat nak penuhi permintaan Yoora kali ini.
"Yoora, Mama dah tak ada...boleh tak Yoora jangan..."
"So what kalau Mama dah tak ada? Mama masih ada dalam hati Yoora. Daddy? Takkan Daddy dah tak sayangkan Mama?"
Kata-kata Tuan Lee dibidas Yoora tanpa rasa bersalah. Dia takkan mengalah selagi Daddynya itu tak akur.
"Daddy sayangkan Mama tapi...tak salahkan kalau Daddy nak bina hidup baru?" Tuan Lee menjawab. Wajahnya mula gusar. Berhadapan dengan Yoora buat dia rasa serba salah.
"Bina hidup baru huh? Kalau Daddy nak bina hidup baru, Fine ! Bina hidup baru dengan betina tu dan dalam hidup baru Daddy tu, jangan harap Yoora akan ada !" ujar Yoora geram.
"Yoora ! Jaga mulut tu. "Betina' yang Yoora cakap tu ada nama." tegur Daddy Yoora. Anaknya itu sudah melampau.
Yoora merengus lagi. Lantak la apa pun nama betina tu. Yang pasti, Yoora tak akan terima dia. Tak akan pernah !
Suasana semakin tegang antara Yoora dan Tuan Lee. Masing-masing berpandangan dengan muka yang serius.
"Yoora tak boleh terima semua ni ! Tak boleh !" gadis itu menghentakkan kakinya bagi melepaskan geram sebelum berlari naik ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat sehingga membuatkan Tuan Lee di bawah tersentak.

Yoora mengesat air mata dengan belakang tapak tangan.
"Mama...Daddy dah tak sayangkan kita." keluhnya sendirian. Sejak tadi, dia duduk berteleku di pusara ibunya. Selepas bergaduh dengan Tuan Lee. Yoora mula memberontak dan lari dari rumah. Sebab tu dia ada di sini.
Yoora menangis sepuas hatinya. Dia duduk berpeluk lutut sambil terus melayan perasaannya. Hujan mula turun rintik-rintik dan kemudian bertukar menjadi lebat. Yoora tak pedulikan semua itu. Dia terus duduk membatu di sebelah kubur ibunya. Itu saja yang boleh buat hatinya tenang sekarang ini.
"Yoora..."
Yoora menoleh saat namanya dipanggil.
"Mama..."
Tubuh ibunya dirangkul dan dipeluk sepuas hatinya. Saat wanita itu muncul di depannya, tangis Yoora semakin kuat.
"Yoora rindukan Mama..." luahnya sayu.
Si ibu hanya tersenyum dan pipi anaknya itu diusap perlahan.
"Yoora kena tabah. Yoora tak boleh macam ni."
"Tapi Yoora tak ada sapa-sapa sekarang ni. Daddy pun dah tak sayangkan Yoora. Dia selalu tinggalkan Yoora. Mama, please...balik." rintih Yoora. Meskipun dia tahu permintaannya itu tak mungkin akan terjadi tapi diluahkan juga.
"Tak boleh sayang. Yoora jangan risau. Masih ada yang pedulikan Yoora. Yoora tak pernah sendirian, Sayang." ibu Yoora berkata sebelum akhirnya menghilang dari pandangan Yoora. Yoora mula sedar, itu hanya imaginasinya saja.
Yoora jadi tak keruan. Begitu cepat ibunya pergi. Dia mula meraung memanggil si ibu. Tangisannya makin deras. Sama deras dengan hujan yang turun membasahi bumi. Badannya yang sudah basah ditimpa hujan langsung tak diendahkan.
"Cik Yoora..."
Suara seseorang menyapa telinganya. Derap kaki kedengaran seakan sedang mendekatinya. Dia tahu itu suara siapa dan dia bencikan kehadiran insan itu.
"Pergi la ! Jangan kacau aku !"
Seungcheol merengus saat mendengar kata-kata Yoora itu. Dia tak endahkan permintaan Yoora sebaliknya terus mendekati gadis itu. Payung yang dibawa dihalakan ke arah Yoora bagi melindungi gadis itu dari hujan.
"Cik, kalau sehari tak susahkan hidup aku memang tak boleh kan?" sungut Seungcheol sambil mencangkung di sebelah Yoora. Yoora menjeling Seungcheol geram.
"Tak takut ke duduk sorang-sorang kat kubur ni?" Seungcheol menyoal setelah gadis itu langsung tak memberi respon kepadanya.
"Blah la...kalau kau takut kau boleh pergi. Tinggalkan aku !" tutur Yoora kasar.
"Memang kalau boleh aku nak buat macam tu tapi Daddy cik suruh aku cari cik. Sebab dia yang bayar gaji aku selama ni, jadi aku tak boleh nak ingkar arahan dia." Seungcheol membalas.
Yoora menjeling Seungcheol lagi.
"Kau dengan Daddy sama je ! Dua-dua buat aku sakit hati." getus Yoora dan Seungcheol hanya diam. Dia mendengar maki hamun yang keluar dari mulut Yoora dengan muka yang tak beriak.
Setelah Yoora diam, Seungcheol perlahan-lahan menarik tangan Yoora. Gadis itu mula melawan.
"Balik jom, Cik? Dah malam. Hujan pulak tu. Nanti kau demam pulak, Cik." Seungcheol cuba memujuk Yoora.
"Hey tak guna ! Tak payah la nak pujuk aku ! Aku tak hadap la. Kau blah ! Pergi !" Yoora mula melenting. Kasar sekali dia membalas kata-kata Seungcheol. Tangannya direntap kuat dari genggaman pembantu peribadinya itu.
"Hoi !"
Seungcheol tak mampu bersabar lagi. Kadang-kadang Yoora ni perlu dilawan balik. Degil !
"Apa?" Yoora merenung tajam muka Seungcheol yang sedang marah itu.
"Kau boleh tak jangan susahkan orang? Kau ingat dengan lari rumah dan meraung kat sini, kau boleh dapat apa yang kau nak? Boleh tak jangan jadi budak-budak? Kau tu dah besar la ! Sedar la diri tu sikit !" jerkah Seungcheol.
"Kau tak ada hak nak kata macam tu kat aku. Kau tu kuli aku je la !" Yoora langsung tak terkesan dengan jerkahan Seungcheol. Jeritan Yoora buat Seungcheol rasa nak menghadiahkan penampar kepada gadis itu namun dia tahan dirinya. Dia tak boleh hilang kawalan.
Seungcheol merengus kuat. Dia cuba menahan marahnya.
"Kau jangan sampai aku seret kau balik." Seungcheol berkata dengan nada yang rendah namun kedengaran tegas dan serius.
"Tak nak ! Kau faham tak? Aku tak nak ! Kenapa semua orang tak faham kehendak aku?" raung Yoora.
"Tak semua kehendak kau tu boleh ditunaikan la ! Cuba kau faham orang jugak?" Seungcheol membalas.
Tangisan Yoora semakin kuat.
"Dah la menangis tu. Jom balik ! Sejuk kat sini." Seungcheol cuba mengajak Yoora pulang lagi. Dengan harapan agar hati gadis itu akan lembut dan menerima pujukannya.
"Aku cakap tak nak...tak nak la." gumam Yoora perlahan.
Seungcheol mengeluh. Penat. Penat dengan kerenah Yoora. Bukan cuma penat, tangannya juga dah lenguh kerana memayungkan Yoora sejak dari tadi. Sibuk memayungkan Yoora, dia sendiri pun basah terkena air hujan. Kadang-kadang Seungcheol pun tak faham. Kenapa dia ni sanggup berkorban sampai macam ni untuk Yoora? Dia bencikan gadis itu tapi dalam masa yang sama, dia kesiankan Yoora. Ya. Kesian.
"Cik Yoora, please. Jom kita balik. Daddy kau risaukan kau. Jom balik." Seungcheol merendahkan suaranya kali ini. Lebih kepada merayu. Lengan Yoora dicuit perlahan.
"Ak...aku...tak nak..." Yoora masih berdegil. Teresak-esak dia membalas.
"Balik la, Cik. Tak ada guna kau kat sini. Kalau mama kau tengok, dia mesti sedih. Kau nak ke mama kau sedih? Orang cakap tak elok meraung depan kubur macam ni la." Seungcheol belum berputus asa. Pujuk Yoora memang perlukan kesabaran.
"A...ak...aku..."
Belum sempat Yoora menghabiskan ayat, tiba-tiba dia pengsan. Tubuhnya sempat disambut oleh Seungcheol sebelum terbaring ke tanah.
"Hoi ! Dah kenapa pulak kau ni?" Seungcheol menepuk pipi Yoora berkali-kali. Cuba menyedarkan gadis itu namun mata Yoora terpejam rapat. Muka Yoora pucat. Seungcheol mula bimbang. Mahunya mati budak perempuan ni, susah dia nak menjawab dekat Tuan Lee nanti.
Telapak tangannya diletakkan ke dahi Yoora. Panas. Mungkin dia diserang demam.
"Kan aku dah cakap. Kau ni memang bodoh la. Menyusahkan aku !" rungut Seungcheol seraya mengangkat tubuh Yoora. Gadis itu diletakkan ke belakang badannya untuk dibawa ke kereta. Terbongkok-bongkok Seungcheol mendukung Yoora yang tak sedarkan diri itu.
"Dah la berat ! Betul la kau ni menyusahkan !"


HACHOOO !!!
Seungcheol terbersin kuat ketika keluar dari bilik tidurnya.
"Tak guna. Ni mesti sebab kehujanan semalam la ni." getusnya sambil merengus. Disebabkan Cik Yoora 'kesayangan', dia dah terkena selesema.
HACHHOOOOO!!!!
Seungcheol bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok kuat sehingga merah.
"Dah kenapa kau, hyung? Selesema ke?" Myungho yang kebetulan lalu di hadapan Seungcheol menegur abangnya.
"Selesema la tu. Semalam balik basah kuyup kena hujan." Mingyu yang entah bila masa muncul mencelah. Dia tolong jawabkan soalan Myungho dan Seungcheol sekadar mengiyakan.
Myungho memandang Seungcheol dan Mingyu silih berganti sambil mengangguk.
"Demi bos kesayangan dia tu, sanggup dia berhujan macam ni. Sayang betul kau kat bos kau, ek?" Mingyu berkata sambil tersenyum sinis.
Seungcheol menjeling adiknya itu.
"Kau diam la. Sebab bos aku tu la kita semua dapat makan tau tak?" tutur Seungcheol membuatkan Mingyu mencebik.
"Ye la tu. Ntah-ntah kau syok kat dia kot. Dia perempuan kan? Anak orang kaya pulak tu. Mesti lawa kan?" Mingyu mula tersengih nakal.
Seungcheol mendekati Mingyu dan terus meluku kepala adiknya itu. Myungho yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya terpinga. Ambik habuan !
"Lawa sangat ! Kau dengan dia sama je. Dua-dua perangai hantu. Kalau kau hantu, dia tu mak hantu tau tak?" omel Seungcheol kepada Mingyu dan adiknya itu mula menarik muka masam.
HACHHHOOOOOOOO!!!!
Sekali lagi, Seungcheol terbersin.
"Hei ! Bersin la jauh sikit. Aku tak nak la berjangkit." Mingyu mula merungut.
"Dah la ! Aku nak pergi kerja !" Seungcheol dah malas nak bertekak dengan Mingyu. Makin dilayan Mingyu ni, makin menjadi budaknya. Dia mencapai sweaternya di kerusi dan disarung ke tubuh sebelum keluar dari rumah.


"Seungcheol, Cik Yoora sakit. Dia tak ke kelas hari ni. MC." pembantu rumah Tuan Lee memberitahu Seungcheol dan pemuda itu mengangguk. Dia yang baru saja nak menjenguk Yoora di dalam bilik membatalkan niatnya.
"Seungcheol !!!"
Namun, baru saja dia nak berpatah balik untuk keluar, tiba-tiba namanya diseru seseorang. Tak lain tak bukan, Yoora.
"Apa?" sahutnya dari luar.
"Masuk kejap !" arah Yoora dan Seungcheol hanya menurut.
Pintu bilik Yoora ditolak dari luar dan imej gadis itu yang masih berbaju tidur kelihatan bersandar di kepala katil.
"Selamat pagi, Cik Yoora. Cik Yoora sihat?" Seungcheol cuba beramah mesra dengan soalan yang kedengaran agak bodoh.
"Kau tak nampak ke aku tengah sakit ni?" Yoora memasamkan mukanya seperti biasa.
Seungcheol tersengih.
"Duduk la !" arah Yoora kepada Seungcheol yang tercegat di depan pintu. Setelah dipelawa oleh Yoora, pemuda itu terus mengambil tempat di kerusi yang ada berhampiran dengan katil majikannya itu.
"Kau ke yang bawak aku balik rumah semalam?" soal Yoora dingin. Mukanya merah. Mungkin kerana malu dengan perangainya semalam atau mungkin juga kerana demam.
"Eh tak la. Drakula mana ntah yang bawak balik Cik. Bukan aku." jawab Seungcheol loyar buruk. Yoora pun satu. Dah sah-sah Seungcheol yang bawak balik dia semalam. Kenapa nak ditanya lagi? Penat tau Seungcheol kendong dia balik. Bukannya ringan. Nasib tak patah pinggang Seungcheol disebabkan Yoora.
"Betul-betul la Seungcheol !" Yoora mula nak menyinga.
"Ye la ! Aku la yang bawak balik. Sapa lagi?" Seungcheol akhirnya menjawab serius. Muka Yoora ditenung lama dan gadis itu menjelingnya tajam.
"Cik, kau jangan buat kerja gila macam tu lagi dah boleh tak? Kau tau tak kau buat bapak kau risau? Aku pun terlibat sama. Menyusahkan je la kau ni." tutur Seungcheol membuatkan Yoora merengus kasar.
"Kau tak tau apa-apa. Jangan nak cakap pandai la." balas Yoora.
Seungcheol mengeluh. Lantak kau la. Aku dah nasihat.
"Tengok sekarang ni apa dah jadi dekat kau. Sakit kan? Tu la kau degil." Seungcheol menambah lagi.
"Hish ! Diam la. Makin sakit aku dibuatnya bila tengok kau." Yoora membentak.
"Dah tu? Tadi sapa yang panggil aku masuk sini? Bukan kau ke cik?" Seungcheol membalas sengaja buat Yoora makin bengang.
Yoora menarik muncung sedepa.
"Kau dah makan ubat ke?" soal Seungcheol bila mereka tiba-tiba diam.
Yoora angguk sedikit.
Kemudian, suasana diam lagi. Seungcheol sendiri tak tau kenapa dia perlu ada di dalam bilik Yoora sekarang. Rasanya macam tak perlu tapi Yoora pula seakan tak mengizinkan dia untuk keluar. Nak saja dia keluar terus tanpa izin Yoora namun bimbang nanti gadis itu akan naik angin.
HACHOOOO!
Seungcheol bersin kuat membuatkan Yoora tersentak.
"Sorry..." pemuda itu tarik sengih dan Yoora buat tak layan.
HACHHHOOOOOOOOOO!!!!!
Sekali lagi, dia terbersin. Nampaknya, selesema yang menyerang Seungcheol sudah semakin teruk.
HACHHOOOOOOO!!!!!!
Yoora mengalihkan pandangan ke arah Seungcheol.
"Selesema?" soal gadis itu.
"Kau la punya pasal. Aci main hujan pulak semalam." Seungcheol berkata seakan menyalahkan Yoora.
"Tak payah la mengungkit." Yoora menjulingkan matanya ke atas. Menyampah ! Ubat selesema yang ada tersedia di atas mejanya dicapai dan dihulurkan kepada Seungcheol.
"Nah, makan ni !" ujarnya seraya meletakkan botol ubat itu ke telapak tangan Seungcheol.
"Apa ni, cik?" soal Seungcheol dengan dahi yang berkerut.
"Racun serangga." kalau tadi Seungcheol loyar buruk, kini giliran Yoora pula untuk memberi balasan. Seungcheol terpinga mendengar kata-kata Yoora.
"Ubat selesema la ! Ambik bawak balik then makan. Tu pun tak tau ke?" setelah melihat reaksi blank Seungcheol, Yoora akhirnya membuka mulut.
Seungcheol mengangguk-angguk.
"Dah, balik la. Aku bagi kau cuti hari ni. Aku malas nak tengok kau. Makin sakit aku dibuatnya." tempelak Yoora membuatkan Seungcheol mencebik.
Sebenarnya, jauh di sudut hati Yoora, dia memberikan Seungcheol cuti supaya lelaki itu dapat berehat. Dia rasa bersalah kepada Seungcheol. Seungcheol terkena selesema kerana dia dan rasanya tak salah untuk sekali sekala dia buat baik kepada pembantu peribadinya itu.
Seungcheol tersenyum lebar mendengar kata-kata Yoora. Dia bingkas bangun dan berkira-kira untuk beredar dari situ.
"Seungcheol, kejap !"
Langkahnya terhenti bila Yoora memanggilnya semula. Dia menoleh.
"Kenapa?" soal pemuda itu.
Yoora diam. Dia seakan mahu mengucapkan sesuatu tapi terasa berat mulut untuk meluahkannya.
"Apa dia? Cepat la cik." Seungcheol mula tak sabar. Dia nak cepat-cepat keluar dari situ tapi entah apa pula yang Yoora inginkan.
"Pasal malam semalam..." kata-kata Yoora tergantung di situ. Dia menggigit hujung bibirnya.
"Kenapa dengan malam semalam?" Seungcheol mengangkat sebelah keningnya.
"T...terima...kasih." itulah apa yang Yoora ingin katakan namun lidahnya kelu. Egonya terlalu tinggi untuk ucapkan ayat itu apatah lagi kepada Seungcheol. Setelah lama dipendam akhirnya berjaya juga dia luahkan namun ia tersangatlah perlahan.
"Apa cik? Aku tak dengar." Seungcheol meminta Yoora mengulang semula.
"Hish ! Tak ada apa la. Keluar ! Keluar ! Aku nak tidur." Yoora fed up. Dia membaringkan tubuhnya lantas menutup seluruh badannya dengan selimut. Seungcheol dihalau dengan selamba.
Pemuda itu tersenyum sinis. Bukan dia tak dengar apa yang majikannya itu katakan cuma sengaja dia nak menduga Yoora. Jarang sangat Yoora nak ucapkan ayat keramat itu kepadanya dan hari ni, Seungcheol rasa macam tak percaya apa yang dia dengar.
Pintu bilik ditutup perlahan.
"Tau pun kau nak ucap terima kasih." monolognya sendirian sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Botol ubat selesema yang diberikan oleh Yoora tadi dikerling seketika.
Seungcheol bergegas turun dari tingkat atas ke bawah untuk beredar namun langkahnya terhenti bila tiba-tiba Pak Cik Yoo, pemandu Tuan Lee muncul dan tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.
"Eh, Pak cik? Kenapa? Apasal kelam-kabut ni?" tegur Seungcheol membuatkan lelaki separuh umur itu memandangnya. Termengah-mengah Pak Cik Yoo dibuatnya. Peluh membasahi muka lelaki itu.
"Tuan Lee..." Dia membetulkan nafasnya yang tercungap.
"Kenapa dengan Tuan Lee?" entah bila masanya, pembantu rumah di situ turut menyibuk.
"Tuan Lee kena tangkap dengan polis. Katanya sebab kes rasuah." Pak Cik Yoo menghabiskan ayatnya yang tergantung tadi.
"Apa? Biar betul?"

"Apa? Biar betul?"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
hey p.a !!!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang