"Huarrghh..."
Kim Jiyoon menutup mulutnya setelah menguap perlahan. Dia mengeliatkan badannya sambil duduk di penjuru katil.
Lantas dengan itu, dia membuka langsir berwarna kelabu gelap yang terdapat di biliknya itu perlahan-lahan. Dia hanya membiarkan sahaja cahaya matahari yang terang-menderang menghujani muka putihnya itu.
" Malasnya nak pergi sekolah! "
Hatinya menjerit. Selepas beberapa minit berkhayal di hadapan tingkap sambil menghirup udara yang tidak berapa segar kerana telah dicemari dengan asap-asap dari enjin kenderaan di kawasan perumahan tersebut, Jiyoon terus mencapai tuala putihnya untuk membersihkan diri sebelum ke sekolah.
+
Selepas beberapa minit, dia keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecilnya itu. Perlahan-lahan kakinya yang masih basah itu manapak menuju ke kerusi di hadapan meja soleknya itu.
Jam berwarna merah jambu yang tersemat kemas di dinding biliknya dikerling sekejap. 7:50 am.
" Hm boleh lambat lagi sikit ni. Chill "
Selepas termenung seketika, Jiyoon terus mengambil baju yang telah digosoknya malam semalam lalu disarungkan pada badannya yang menjadi idaman setiap wanita diluar sana.
Selepas beberapa minit bersiap untuk pergi ke sekolah, kaki yang kecil itu di hayunkan ke arah tangga untuk pergi menjamu selera di dapur.
Bau masakan Puan Choi Jiah, ibunya terus menusuk masuk ke dalam hidung lalu sarafnya memberikan maklumat ke otaknya untuk mentafsir- eh? Abaikan.
" Selamat pagi ! " jeritnya gembira sambil mengangkat kedua tangannya ke udara.
Dikucup pipi ibunya lembut. Selepas itu, Jiyoon menghenyakkan punggungnya di kerusi yang telah disediakan di meja makan tersebut.
Makanan yang telah dihidangkan mula di tatap sebentar. Dia menunggu ahli keluarganya yang lain untuk turut sama menjamu selera pada awal pagi itu. Sekadar mengalas perut.
+
Setelah menghabiskan sisa makanan di pingannya, Jiyoon meminta izin untuk pergi ke sekolah. Sempat juga dia membasuh pingan yang telah di gunakannya tadi sebelum pergi. Tidak lupa juga ibunya serta bapanya untuk mencium pipinya yang putih melepak itu.
" Woi, cepatlah sikit! Nanti Jiyoon lambat nak masuk kelaslah! " jeritnya di hadapan pintu rumah. Tangannya masih ligat membetulkan kasut yang sedang di pakainya itu.
" Sabarlah sikit! Nak cepat sangat pergi sendirilah ", jawab abangnya pula sambil terkocoh-kocoh menggalas beg berwarna hitam itu.
Kim Jiyoon tergelak sedikit apabila melihat gelagat abangnya itu. Abangnya yang bernama Seokjin itu akhirnya telah siap memakai kasut. Tangannya di lap pada seluarnya untuk menghilangkan habuk-habuk yang terdapat di tangan itu.
" Dah mari mari yahooo! " jerit Seokjin lagi. Entah kenapa dia tiba-tiba terlalu teruja untuk datang ke sekolah pada hari ini. Sebelum ini tak de pun teruja sampai jerit-jerit macam gitu sekali. Pelik.
Mereka berdua berjalan menghala ke garaj. Jiyoon terus memakai topi keledarnya sebelum naik motor tersebut. Motor yang dibawa oleh Kim Seokjin itu laju meluncur di atas jalan tar yang lengang pada awal pagi itu lalu meninggalkan perkarangan rumah mereka.
+
Selepas beberapa minit, mereka berdua pun sampai di hadapan pintu pagar utama sekolah tersebut. Terpampang tulisan High School Seoul di sebelah kanan pagar tersebut.
YOU ARE READING
❝STICKY NOTES❞ ✔
Historia CortaA KIM TAEHYUNG FANFICTION 「completed 」 ❝ Tidur jangan bukak mulut. Nanti air liur keluar ❞ ㅡApabila Jiyoon menerima sticky note yang diberikan oleh Taehyung tanpa pengetahuannya. #1 in Trash Fanfiction Cringe af yall hate me pls ↭ @drunkmyg 2016 No...