110 20 6
                                    

Kringg!

Lonceng sekolah yang berbunyi terus membuatkan semua pelajar di sekolah tersebut gamat dengan suara yang berpusu-pusu pergi ke kantin.

Masing-masing berlari bersama kawan mereka. Manakala, Jiyoon hanya tunggu di kelas sambil memasukkan buku serta alat tulisnya ke dalam beg semula.

Tiba-tiba, pintu kelas 4-2 itu terbuka lalu terjebulnya muka Sumin yang tersenyum manis. Dia melambaikan tangannya yang runcing itu pada Jiyoon.

Jiyoon yang sedang mengemas mejanya terus berhenti dan mengalihkan pandangannya pada rakannya itu.

" Hey, jomlah! " jerit Sumin. Dia memeluk tubuhnya. Mendengus perlahan. Acah-acah merajuk.

" Kejap kejap ", perempuan itu membalas kata-kata rakannya itu. Lalu, dengan pantas dia terus memasukkan alat tulisnya yang terakhir iaitu kalkulator ke dalam poket beg nya kemudian dia berdiri lalu berjalan menuju ke Sumin yang menunggu di depan pintu kelasnya.

+

Semasa menuju ke kantin, Jiyoon, Sumin dan juga Jiyoung berjalan beriringan. Oh, Jiyoung juga antara salah satu rakan kepada Jiyoon.

Mereka berdua berkenalan semasa tahun pertama di sekolah menengah itu. Maka sejak daripada itu, Jiyoung telah menjadi rakan Jiyoon dan juga Sumin apabila masuk tahun ke dua di sekolah itu.

Sesampai sahaja di kantin, Jiyoon terus membeli makanan yang dikehendakinya. Setelah beberapa minit memilih makanan serta minuman, matanya mula melilau mencari kelibat rakan-rakannya.

Akhirnya, dia ternampak Jiyoung melambaikan tangannya supaya Jiyoon dapat melihat mereka berdua. Selepas beberapa minit, akhirnya Jiyoon terlepas daripada lautan manusia itu.

" Fuhh, nasib baik jumpa korang ", Jiyoon mengeluh sedikit sebelum menghenyakkan punggungnya di atas kerusi kayu berwarna coklat gelap itu.

Dia meletakkan pinggannya. Kemudian, mereka semua mula bercerita dan berbual-bual sambil mulut masing-masing penuh dengan makanan yang baru dibeli.

+

" Hai ", suara lembut menyapa telinga Jiyoon. Dengan pantas, Jiyoon terus mengalihkan pandangannya ke atas. Dia mendongak untuk melihat siapakah gerangan tersebut.

Park jimin.

Susuk tubuh Jimin di hadapannya sambil membawa sepinggan nasi berserta lauk yang di belinya tadi tersenyum girang. Dia juga seorang yang juga diminati oleh kebanyakkan budak perempuan di sekolah itu.

" Hai ", jawab Jiyoon sambil cuba mengukirkan senyuman di wajahnya itu. Dia sambung makan semula.

" Kalau aku nak join  sekali boleh? " tanya Jimin sopan dan dengan suara yang lembutnya itu.

Jiyoon menganggukan kepalanya tanpa melihat reaksi Jimin di hadapannya. Selepas beberapa saat mendiamkan diri, akhirnya Jimin duduk berhadapan dengan Jiyoon.

Mereka berempat mula makan semula dan berbual-bual sambil menikmati makanan masing-masing. Namun, Jiyoon hanya mendiamkan diri.

" Um korang, aku dah siap makan ni. Aku pergi dulu lah ", kata Jiyoon sambil memandang muka Jiyoung dan Sumin.

" Ok. Tapi jangan lupa balik kelas kau tu cepat. Nanti cikgu kau dah datang kau tak balik-balik ", kata Jiyoung sambil memandang Jiyoon. Kemudian, Jiyoon hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan meninggalkan meja tersebut.

+

Jiyoon berjalan menaiki rooftop di bangunan yang terdapat kelasnya itu. Setelah sampai di situ, dia mengangkat kedua tangannya lalu menghirup oksigen dengan agresif sekali. Um.

" Ha! " dia menghembuskan semula nafasnya.

Dia berjalan di hujung sedikit kemudian dia duduk di atas kerusi yang terdapat di situ.

" Hm, lagi bagus udara kat sini dari tempat lain ", kata Jiyoon seorang diri. Dia melihat keadaan di atas langit.

Awan-awan yang berarak mengikut arah angis sangat membuatkan dia merasakan keadaan di situ sangat tenang dan dapat menenangkan hati yang sedang meracau dan sebagainya.

Lepas beberapa minit, Jiyoon baru teringat tentang kertas itu sekali lagi. Maka, dia mengeluarkan kertas tersebut dan membaca sekali lagi isi kandungan yang terdapat di dalam kertas tersebut.

Baru sahaja dia mahu menyandarkan badannya di tempat sandar yang terdapat di kerusi tersebut, satu bunyi seperti renyukan kertas kedengaran.

Lantas dia berdiri. Rupanya terdapat lagi satu sticky note  berwarna merah jambu yang di tampal di tempat sandar kerusi tersebut.

' Awak suka tempat ni ke? '

-TT-

Sekali lagi Jiyoon berasa lain macam. Kadang rasa menakutkan. Kadang juga rasa gembira dan juga meluat. Yelah kan. Dah lah tak kenal. Lepastu dan ber'awak-saya' pula.

Dia dengan rakan-rakan dia yang lain tidak pernah menggunakan kata ganti nama diri seperti awak dan saya. Eh formalnya ayat.

Jiyoon menarik kertas berwarna merah jambu itu lalu dia menghenyakkan pungungnya di atas kerusi tersebut semula.

Helai demi helai di selak oleh Jiyoon. Buku novel yang bertajuk ' Sticky notes ' itu di baca dengan penuh minat walaupun buku tersebut agak tebal dari novel-novel yang lain.

+

Taehyung tersengih-sengih apabila dia melihat Jiyoon yang sedang membaca lagi satu sticky note yang ditampal olehnya tadi.

Sebenarnya sudah lama Taehyung mendiamkan perasaannya terhadap Jiyoon. Malah, tiada siapa tahu perasaan dia terhadap gadis itu walaupun rakan karibnya sendiri.

Sekali lagi dia melihat susuk tubuh gadis itu yang mula menarik kertas tersebut lalu duduk semula di kerusi tersebut.

Taehyung merasakan yang dia masih lagi tidak sedia untuk memberitahu perasaan sebenarnya kepada Jiyoon. Apabila dia sudah bersedia, lambat-laun dia akan beritahu juga.

+

Selepas beberapa minit bersembunyi, Taehyung akhirnya berjalan perlahan-lahan menuju ke gadis itu.

Satu langkah.

Dua langkah.

" BAA!! " jerit Taehyung sambil muncul di hadapan Jiyoon. Terkejut beruk gadis itu dibuatnya sehinggakan buku yang dibaca itu terlepas dari genggaman tangan.

" Ish! Apa main-main terjah orang ni?! " marah Jiyoon. Dia mengurut-urut dadanya yang turun naik mencari oksigen untuk menjadi lebih bertenang.

Taehyung masih gelak apabila teringat reaksi Jiyoon. Selepas beberapa minit, sisa gelak Taehyung akhirnya terhenti juga. Maka, keadaan yang agak meriah tadi diganti dengan keadaan yang sunyi.

" Saja nak kenakan kau ", kata Taehyung, memecahkan kesunyian.

+

" Saja nak kenakan kau " kata Taehyung. Jiyoon mendengus kuat.

Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh lelaki di hadapan Jiyoon itu. Taehyung terus mengambil buku yang berada di lantai simen itu lalu diberikan semula kepada Jiyoon.

" Hm, kenapa kau kat atas ni ", tanya Jiyoon sambil tangannya ligat membersihkan debu pasir yang melekat di buku kegemarannya itu.

" Saja nak ambil angin. By the way, tempat ni bukan untuk kau sorang, huh " kata Taehyung sambil mengambil tempat duduk di sebelah Jiyoon.

Akhirnya, mereka berdua berbual-bual sehingga kedengaran lonceng yang menandakan rehat sudah pun tamat.

Vote and comment 🐍

❝STICKY NOTES❞ ✔Where stories live. Discover now