Sudah berapa hari Jiyoon tidak menghadiri sekolah akibat demam panas yang masih lagi tidak kebah itu. Abangnya mula risau dengan kesihatan adiknya itu.
Bunyi ketukan pintu terus membuatkan Jiyoon tersedar dari tidur yang tidak lena itu. Dia bangun lalu duduk di atas katilnya. Matanya memandang ke arah pintu tersebut. Terjegul abangnya yang sedang membawa sebesen air dan tuala kering.
Jin menarik kerusi yang berdekatan lalu di bawa ke sebelah katil adiknya . Perlahan-lahan dia menolak badan Jiyoon supaya baring semula di atas katilnya.
Tuala putih yang kering itu di masukkan ke dalam besen yang di penuhi air yang agak suam lalu dia memerah semula tuala tersebut. Setelah memerah dengan sekuat hati, tuala tersebut di tekapkan di dahi Jiyoon, lantas gadis itu menetupkan matanya.
Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Pil.
" Nanti makan ubatnya tau. Tu ada air kat meja tu ", kata abangnya. Dia terus pergi meninggalkan adiknya di dalam bilik tidurnya untuk dibiarkan berehat.
+
Jin
Bunyi deringan dari telefon bergema di biliknya. Dia yang sedang membaca buju rujukan terus mengambil telefonnya lalu diangkat panggilan tersebut tanpa berlengah lagi.
" Hm kenapa Tae? "
" Aku nak lawat Jiyoon kejap boleh tak? Nak cakap sesuatu dekat dia ",
" Ha? Oh boleh je! Ha datang lah. Tapi jangan banyak cakap sangat dengan dia. Belum sihat lagi tu ",
" Ouh okey okey bro. No hal lah ",
Panggilan di matikan. Jin terus meletakkan semula telefonnya lalu dia sambung membaca buku rujukannya itu.
+
Selepas beberapa minit berlalu, tetapi agak lama lah jugak, ketukan pintu dari bawah kedengaran. Lantas Jin terus berlari ke arah pintu tersebut. Seperti yang dijangka, Taehyung yang berada di hadapan pintu rumahnya sambil membawa sebakul buah-buahan.
Jin menunjukkan arah bilik Jiyoon. Pantas Taehyung mengangguk lalu berjalan ke arah bilik tersebut. Dia mengetuk lalu perlahan-lahan kakinya menjejak masuk ke dalam bilik tersebut.
+
JiyoonBunyi pintu di buka dibiarkan sahja. Malas dia mahu lihat siapa yang masuk. Dah kalau bukan abang dia, siapa je lagi yang masuk. Ibu bapanya sudah pergi kerja. Abangnya sahaja yang menemani dia di rumah tersebut.
" J-jiyoon.." belum sempat Taehyung menghabiskan kata-katanya, Jiyoon terus memotongnya dengan laju.
" keluar ", kata Jiyoon. Kenal sangat dia dengan suara itu. Namun, bagaimana dia boleh berada di sini? Bukankah dia patut pergi ke sekolah? Pelik
" Jiyoon, saya nak explain-"
" Keluar! "
" Jiyoon,please ", rayu Taehyung.
" Eh kau nak apa lagi ha?! Tak cukup tengok aku menderita? Tolonglah Taehyung, pergi. Aku dah penat lah. Janji kau macam sampah. Tak berguna ", kata Jiyoon lemah sambil menangis teresak-esak.
" Tak, Jiyoon! Saya tak suka sapa-sapa pun! Saya dah janji bukan? Yang pasal tu Hyena yang peluk saya! Berapa kali saya nak bagitahu? ", tanya Taehyung.
Soalan Taehyung di biarkan sepi tidak berjawab. Lantas dengan itu, Jiyoon terus baring semula lalu menutup dirinya dengan selimut. Malas mahu bercakap lagi. Tenaganya pun semakin berkurang.
Akhirnya, Taehyung mengambil keputusan untuk keluar. Sempat dia mengatakan beberapa perkataan kepada Jiyoon sebelum melangkah keluar.
" Percayalah saya, Jiyoon. Sumpah saya tak suka oramg lain selain awak ", itu adalah kata-kata terakhir Taehyung sebelum dia meninggalkan Jiyoon di dalam biliknya itu.
Jiyoon terus mengalihkan selimut dari menutup dirinya itu. Panas. Dia mendengus perlahan. Tiba-tiba, dia terasa sedikit kasihan dengan Taehyung. Dan rasa apa yang Taehyung katakan itu benar. Tetapi seperti biasa, Jiyoon tidak mahu mendengar kata hatinya itu.
Boleh ke aku percayakan dia lagi? Beri peluang kedua?
Katanya sendirian. Dia memandang ke siling biliknya. Kosong. Begitu juga dengan fikirannya, kosong. Namun, hatinya bercelaru.
+
Seperti biasa, dia membersihkan dirinya sebelum pergi ke sekolah bersama abangnya. Badannya yang terasa segar itu sudah mampu untuk pergi ke sekolah seperti biasa.
Sesampai sahaja di perkarangan sekolah menengah tersebut, Jimin, rakannya yang boleh dikatakan baru itu terus menerjah dirinya yang sedang berjalan masuk ke bangunan sekolah.
" Cis! Datang pun, ingatkan tak nak sekolah langsung dah ", katanya sambil memuncungkan bibirnya yang agak plump! itu sedepa.
" Diamlah ", jawab Jiyoon sambil tersengih.
Mereka berdua sampai ke kelas masing-masing. Jiyoon masuk ke dalam kelasnya lalu meletakkan bag nya di kerusi. Manakala, alat-alat tulis di dalam bag nya itu di keluarkan untuk memudahkan lagi kerjanya untuk melakukan aktiviti yang diberi oleh guru nanti.
Selepas beberapa minit, Taehyung masuk lalu duduk di sebelahnya. Mereka masih mendiamkan diri. Jiyoon memandang keluar tingkap. Melihat sekitar sekolah sambil memikirkan sesuatu.
Patutkah aku bagi dia peluang kedua?
Otak Jiyoon berserabut memikirkan perkara tersebut. Cikgu masih belum masuk ke kelas. Maka, kelas pun menjadi bising seperti di dalam zoo.
Lama mereka berdua tidak bersapa. Akhirnya, Jiyoon memusingkan kepalanya melihat Taehyung yang sedang menulis sesuatu di atas kertas.
" T-taehyung, kalau saya beri awak peluang kedua, boleh tak awak gunakan dengan sebaik mungkin? ", cliché ya allah tanya Jiyoon.
Mata Taehyung terus terbuntang luas. Dia berhenti dari menulis sesuatu lalu melihat wajah Jiyoon di sebelahnya itu sambil memberikan senyuman.
" Seriuslah?! Ye ye ye! " jerit Taehyung teruja.
" Okey, tapi kalau awak buat lagi sekali sorry not sorry bro ", kata Jiyoon selamba. Taehyung terus mendekatinya lalu dikucup perlahan dahi Jiyoon.
Dia memeluk gadis itu erat. Seperti tidak mahu dilepaskan selama-lamanya. Ya, kerana dia cintakan perempuan itu.
ㅡ
Vote and comment🐍
YOU ARE READING
❝STICKY NOTES❞ ✔
Short StoryA KIM TAEHYUNG FANFICTION 「completed 」 ❝ Tidur jangan bukak mulut. Nanti air liur keluar ❞ ㅡApabila Jiyoon menerima sticky note yang diberikan oleh Taehyung tanpa pengetahuannya. #1 in Trash Fanfiction Cringe af yall hate me pls ↭ @drunkmyg 2016 No...