94 17 0
                                    

Selepas beberapa minit mengambil masa untuk turun dari bumbung bangunan sekokah itu, akhirnya, Kim Jiyoon dan Taehyung berjalan beriringan menuju ke kelas mereka berdua.

Sepanjang mereka berdua berjalan di koridor kelas, mata-mata yang melihat mereka tidak lepas daripada memandang mereka berdua dengan tajam sekali. Entah kenapa.

Namun akan tetapi, Jiyoon tidak pernah kisah dengan perkara yang terjadi. Dia sudah biasa. Malah, dia dan juga Taehyung adalah salah seorang daripada pelajar yang amat bagus dan agak dikenali di sekolah itu.

Sesampai sahaja mereka berdua di kelas, masing-masing duduk di tempat yang telah di sediakan. Maka, mata pelajaran yang seterusnya pun bermula dan dia ajar oleh cikgu yang bernama Junki.

Sepanjang pelajaran, Jiyoon dan Taehyung tidak berbual malah mereka berdua menumpukan seratus peratus fokus pada apa yang di ajar oleh cikgu.

Maka, jarum jam pun bergerak seperti biasa dan lonceng di High School Seoul pun berbunyi menandakan masa pulang ke rumah sudah tiba.

+

Selepas selesai mengemas segala barangnya, Jiyoon mula melangkah keluar dari kelasnya. Sempat juga dia melambaikan tangannya pada rakan-rakannya yang lain sebelum pergi ke tempat motosikal abangnya itu.

Beberapa minit telah berlalu, makin lama makin menyampah Jiyoon menunggu abangnya yang masih lagi belum muncul-muncul di hadapannya.

' Mana pula dia ni? '

Bebelnya sambil memuncungkan bibirnya sedepa. Kakinya yang sudah lenguh terus bergerak mencari tempat duduk yang berdekatan. Selepas beberapa minit termenung, akhirnya abangnya memanggil Jiyoon.

" Ish! Lambat lah! Dari pukul berapa tadi Jiyoon tunggu kat sini tau tak! " jerit Jiyoon sambil berdiri lalu berjalan menghala ke motorsikal abangnya itu.

" Tadi pergi tolong cikgu angkat baranglah, gila ", kata abangnya selamba. Sempat dia mengetuk sedikit dahi adiknya itu.

Jiyoon memukul lengan Jin. Kemudian, dia memakai tapi keledarnya sambil mendengus kuat. Hm!

+

Sesampai di perkarangan rumah, dia terus pergi ke dalam biliknya. Telefon yang berada di atas katil di ambil lalu jarinya ligat diseret-seretkan di atas permukaan licin itu. Dia membaca setiap mesej yang di terima.

Setelah bosan, Jiyoon pergi ke dalam bilik air untuk menyalin pakaian. Kaki mula mengorak langkah ke dapur. Bau masakan dari ibu tersayang menerjah hidung. Ini baru bau belum rasa lagi! Rasa teruja terus melonjak naik.

+

Punggung di henyak lalu dia meletakkan kepala di atas meja seperti biasa. Kantuk masih menguasai mata akibat menyiapkan kerja sekolah yang berlambak di beri oleh guru.

Kepala yang masih pening itu  di urut sendiri.

' Ish asal pening pula ni? '

Jiyoon berkata di dalam hati. Kelas 4-2 bising dan meriah dengan suara pelajar lain. Selepas beberapa minit, akhirnya pelajaran yang di tunggu dari tadi bermula seperti hari-hari sebelum ini.

Namun, Jiyoon tidak dapat memberi sepenuh perhatiannya kerana ganguan dari denyutan yang tidak berlarutan di kepalanya itu. Sudah lama dia cuba mengurut untuk menghilangkan rasa pening dan denyutan itu untuk hilang tetapi masih tiada perubahan.

+

Jiyoon berjalan seorang diri menghala ke arah lokernya. Dia membuka lokernya perlahan-lahan lalu di ambilnya baju sukan. Kemudian, kakinya mula berjalan menghala ke bilik persalinan perempuan yang berdekatan.

Selepas menyalin pakaiannya, dia berjalan menghala ke gelanggang bersama-sama pelajar perempuan yang sekelas dengannya.

+

" Ok class, hari ini kita buat perlawanan bola tampar. Perempuan lawan perempuan manakala lelaki lawan lelaki. Seperti biasa ", selesai memberikan arahan, semua pelajar mula bergerak ke tempat masing-masing.

Setelah beberapa minit, akhirnya wisel pun berbunyi menandakan perlawanan telah bermula. Jiyoon hanya dapat memegang bola itu beberapa kali sahaja.

Namun, semakin lama semakin kabur pandangan Jiyoon terhadap keadaan sekeliling. Badannya yang sedang berdiri itu mula terasa menjadi lemah. Tiba-tiba, kepalanya terasa sakit dek bola yang di hantar dari pihak lawan terhentak di dahinya lantas membuatkan keadaan sekeliling menjadi gelap.

+

Mata dibuka perlahan-lahan. Silauan mentari membuatkan matanya tidak bermaya untuk di buka. Susuk tubuh orang yang amat di kenalinya berada di sebelah Jiyoon. Kim Taehyung.

'Apa dia buat dekat sini?'

Persoalan itu berlegar-legar di benak fikirannya. Selepas beberapa minit termenung melihat siling putih di dalam bilik rawatan itu, akhirnya, Taehyung yang terlelap sebentar tadi terbangun lalu melihat Jiyoon yang sedang termenung.

" Ha sedar pun! Tadi jururawat kat sini kata awak demam panas ", kata Taehyung sambil menutup mulutnya ketika menguap.

Tiba-tiba, Taehyung terus bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menghala ke sinki berdekatan sambil membawa sesuatu.

Selepas beberapa minit, akhirnya air paip yang dibuka itu di tutup semula. Kain putih yang dipegangnya itu di perah dengan sekuat hati sebelum di letakkan di atas dahi Jiyoon yang masih terbaring lemah.

" Awak jangan pergi mana-mana dulu tau. Nanti kalau demam ni dah baik sikit baru boleh. Dahi awak tu ada kesan lebam sikit. Tapi kejap lagi hilang kot. Ke awak nak saya panggil abang awak? " tanya Taehyung.

Dia duduk semula di tempat duduk bersebelahan dengan katil Jiyoon. Jiyoon hanya menggelengkan kepalanya. Jika abangnya yang datang sudah tentu makin sakit dibuatnya apabila mendengar segala bebelan dari mulut abangnya itu.

Taehyung mengangguk tanda faham. Baru sahaja Taehyung ingin beredar dari bilik rawatan tersebut, dengan pantas Jiyoon menarik tangan lelaki itu. Menghalangnya dari pergi.

" Oh awak nak apa-apa ke? " tanya Taehyung risau. Dia memusingkan badannya semula menghala ke arah Jiyoon.

" Tak. Nak tanya je. Macam mana saya boleh ada dekat sini? " tanya Jiyoon. Tangannya mula di tarik semula dari pergelangan tangan lelaki tersebut.

" Tadi awak pengsan masa lawan bola tampar tu. Masa tu cikgu panggil saya untuk bawa awak pergi bilik rawatan. Jadi saya hantarlah awak dekat sini ", terang Taehyung dengan jelas.

" Dah lah. Awak rehatlah. Saya nak pergi tandas kejap. Nanti saya datang balik. Tak tahan ni ", kata Taehyung sambil tersengih nakal.

Pipi Jiyoon mula memerah apabila Taehyung mula berbisik berdekatan dengan telinganya sebentar tadi.

" Kenapa awak tak balik kelas je? " tanya Jiyoon seakan-akan menghalau Taehyung.

" Hm, jururawat kat sini suruh saya temankan awak. Jadi saya kenalah ikut apa yang di arahkan. Ke awak nak saya suruh kawan-kawan awak je yang jagakan awak? " tanya Taehyung sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

" Eh tak de lah. Saje je tanya "

Vote and comment 🐍

❝STICKY NOTES❞ ✔Where stories live. Discover now