94 18 5
                                    


Sudah berapa hari kejadian itu berlaku. Mujur, demam yang dihidapi oleh Jiyoon cepat sahaja kebah.

Telefon di hadapannya itu di tatap lama. Nombor telefon yang tertulis di atas kertas di taip semula kemudian punat save di tekan. Nama kenalan nombor itu di tulis sebagai Taehyung.

+

" Nah nombor saya ", kata Taehyung.

Dia menghulurkan kertas yang tertulis beberapa nombor lalu di serahkan kertas tersebut kepada Jiyoon.

" Eh nak buat apa ni? " tanya Jiyoon sambil tangannya menarik kertas dari jari-jari runcing Taehyung itu.

" Tak lah. Nanti awak tolong bagi mesej ke awak telefon sayalah. Saya nak nombor telefon awak je sebenarnya ", terang Taehyung sambil mulutnya mula berbentuk kotak apabila tersenyum riang.

" Ceh ingatkan nak apa lah tadi ", Jiyoon tergelak kecil. Kemudian, Taehyung melambaikan tangannya lalu berjalan keluar dari kelas tersebut, meninggalkan Jiyoon seorang diri sekali lagi.

Dia berfikir semula.

' Eh bukan ke lagi senang kalau dia yang minta nombor telefon aku daripada bagi nombor telefon dia? '

+

Sent

Punat sent yang baru sahaja di tekan itu di hantar kepada Taehyung. Dia hanya menghantar mesej yang simple iaitu ' Hai, Jiyoon ni '. Malas mahu panjang-panjang.

Jam yang tertera di hujung belah kanan ni screen telefonnya di tatap. Pukul 11:46 malam. Argh! Ngantuknya!

Terus Jiyoon menutup lampu lalu berlari ke arah katilnya. Dia menghempas badannya itu lalu matanya mula terlelap dan permainan tidur mula bermain di dalam mindanya.

+

Seminggu telah berlalu. Hubungan bersahabatan Taehyung dengan dia seperti biasa sahaja. Mereka menjadi lebih rapat. Tiada perubahan yang drastik.

Seperti biasa, Jiyoon berjalan menghala ke atas bumbung bangunan sekolahnya itu semasa waktu rehat. Jiyoon duduk di bangku kayu yang terdapat di situ.

" Ish, mana pula dia ni. Kata nak jumpa ", bebel Jiyoon seorang diri. Kakinya mula menendang batu-batu yang terdapat di atas itu entah bagaimana boleh ada.

Dia mula mengalihkan pandangannya pada kawasan dan benda-benda yang terdapat di bawah benggunan tersebut. Dari situ dia boleh melihat padang, kantin serta gelanggang sekolahnya.

+

" Em Jiyoon, nanti jumpa saya dekat rooftop tau " kata Taehyung secara tiba-tiba.

Habitnya yang suka menggaru kepala yang tidak gatal itu mula dilakukan sambil tersengih. Jiyoon tersenyum melihat gelagat Taehyung itu.

" Okey! " kemudian, Jiyoon terus berjalan keluar menghala ke kantin bersama rakan-rakannya yang lain.

+

Susuk tubuh Kim Taehyung masih belum muncul di hadapan matanya. Jiyoon mengambil keputusan untuk menerokai kawasan di atas bumbung tersebut.

Cuitan oleh seseorang membuatkan badan Jiyoon terjungkit sedikit akibat terkejut. Kepalanya terus di pusingkan untuk melihat siapakah orang itu.

" Ha sampai pun! Ingatkan dah lupa ", dengus Jiyoon perlahan. Dia mula memeluk tubuh.

Taehyung mengumam perlahan perkataan 'maaf' sebelum mereka berdua menghenyakkan punggung masing-masing di atas bangku kayu itu.

" Hm kenapa awak panggil saya ni? " tanya Jiyoon. Matanya mula meliar melihat keadaan di lagit. Awan putih gebu itu berarak mengikut arah angin. Tenang.

Selepas beberapa minit mendiamkan diri, akhirnya suara Taehyung kedengaran perlahan.

" S-saya ", dia bermain-main dengan jarinya. Peluh mula muncul di atas dahinya.

" Lah dah kenapa gagap pula ni? " Jiyoon mula mengalihkan pandangannya pada Taehyung pula. Keadaan Taehyung yang seperti baru sahaja berlari dari jarak yang jauh dengan peluhnya itu mula ditenung.

" Awaknakkeluardengansayatak! " jerit Taehyung dengan laju sambil memejamkan kedua matanya.

Pantas mata Jiyoon mula terbeliak dan pipinya mula menjadi merah. Apa dia cakap ni?

" Eh apa kau cakap ni? Hahaha.. " keadaan mula menjadi kekok setelah ketawa yang sudah tentu tidak ikhlas dari Jiyoon itu kedengaran.

" Ish saya serius lah! " jerit Taehyung lagi. Dia terus memuncungkan mulutnya sedepa. Ah menggoda!

Namun matanya masih dipejamkan. Entah kenapa Jiyoon pun tak tahu. Yang dia tahu sekarang mukanya makin teruk memerah dek malu dari apa yang didengar olehnya.

" Hm kalau awak nak keluar dengan saya atau boleh dikatakan sebagai menjadi teman wanita saya awak boleh bagitahu lepas 3 hari ", kata Taehyung sekali lagi.

Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya lalu tersenyum riang melihat awan yang berada di atas langit. Dia terus beredar dari tempat tersebut. Sempat juga tangannya di lambaikan pada Jiyoon.

Jiyoon yang ditinggalkan bersendirian di situ terdiam sebentar. Eh bukan sebentar. Sudah berapa minit sejak Taehyung pergi dia masih kaku dan cuba untuk menghadamkan ayat yang diterimanya tadi.

+

Badannya yang lenguh selepas seharian berada di sekolah itu muka di hempaskan di atas katil empuk bercadar putih itu. Fikirannya mula terbayang sekali lagi perkara yang berlaku semasa waktu rehat itu.

Aku bukannya tak nak terima Taehyung. Tapi, takut perkara yang telah terjadi pada aku sebelum ini berulang sekali lagi. Aku malas mahu melayan semua drama yang terjadi.

Fikiran Jiyoon semakin lama semakin bercelaru. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menenangkan fikirannya dengan mandi lalu tidur dengan lena.

+

Ye, sudah tiga hari berlalu. Tepat pada hari tamat tempoh untuknya berfikir tentang apa keputusan yang akan diberikan kepada Taehyung.

Dia berfikir dengan lama. Takut keputusan yang di pilih akan menjadi keputusan yang akan di bencinya seumur hidup.

Hati Jiyoon tidak tenang memikirkan tentang Taehyung. Setiap kali berfikir, figura Kim Taehyung mesti muncul di benak fikirannya. Dia berasa serba salah untuk menolak 'ajakan' Taehyung itu.


Vote and comment 🐍 psss

❝STICKY NOTES❞ ✔Where stories live. Discover now