Sudah beberapa kali Taehyung cuba untuk menghubungi Jiyoon namun segala mesej dan panggilan tidak di jawab malah sengaja tidak di jawab. Maka, semua penjelasan yang hendak di berutahu kepada Jiyoon di biarkan bersepi sahaja.Keesokkan harinya, seperti biasa Jiyoon akan bersiap untuk pergi sekolah walaupun hatinya masih sakit untuk melihat Taehyung. Namun kerana peperiksaan semakin memghampiri, jadi dia terpaksa untuk meredhakan diri sahaja untuk pergi ke sekolah.
Sewaktu dia berjalan di koridor menuju ke kelas, semua pelajar di sekolah menengah itu melihat Jiyoon dengan muka yang bermacam-macam gaya. Ada yang seperti tidak puas hati ada yang terkejut dan sebagainya. Lah dah kenapa semua pandang ni?
" Jiyoon, meh ikut aku kejap! " Sumin yang datang entah dari mana terus menarik pergelangan tangan Jiyoon yang masih terpinga-pinga di tengah-tengah koridor kelas itu.
Selepas berbelok ke sana-sini, akhirnya langkah mereka berdua di hentikan. Termengah-mengah mencuri nafas.
Sumin yang masih termengah-mengah menunjukkan sesuatu di papan kenyataan di hadapan mereka itu. Jiyoon mendongakkan kepalanya. Terpampang gambar dia bersama Jimin yang sedang berpelukan. Mungkin dari kejadian haritu?
Mata Jiyoon terus membulat besar. Tanpa berkata apa-apa, tangannya terus menarik lalu merenyukkan kertas tersebut. Kertas yang terdapat gambar dia bersama Jimin mempunyai beberapa caci dan makian di belakang kertas tersebut. Dia mendengus kuat.
" Macam mana boleh jadi gini? Kenapa ada gambar kau peluk Jimin pulak ni, Jiyoon? " tanya Sunmi. Tangannya yang kecil itu mengipas-ngipas lehernya yang semakin panas itu.
" Ish nanti-nantilah aku bagitahu. Eh lagipun kan, kau tau tak siapa yang tampal benda ni ", mereka berdua berjalan ke arah tong sampah berdekatan. Dengan perasaan yang sangat marah, terus Jiyoon membaling kertas yang sudah renyuk itu.
" Entah weh, aku pun tak tahu. Mungkin ada orang tak puas hati dekat kau kot ", jawab Sunmi sambil menggeleng perlahan kepalanya.
" Tak pe, nanti aku dengan Jiyoung tolong tanya-tanyakan orang. Mana tahu boleh jumpa ", sambung Sunmi. Jiyoon hanya mengganguk.
Akhirnya, mereka berdua balik ke kelas masing-masing.
+
Sesampai sahaja Jiyoon di kelas, matanya sudah bertemu dengan Hyena. Terus dia menjeling perempuan tersebut. Di dalam kelas itu, hanya ada mereka berdua sahaja. Manakala, pelajar yang lain mungkin sudah pergi ke makmal kerana sekarang mata pelajaran sains.
" Kau nak apa lagi ", tanya Yoojin dingin. Tanpa segan silu, Hyena datang ke arah Jiyoon sambil menolak sedikit bahu gadis itu.
" Kau jangan dekati Taehyung lagi. Taehyung aku punya! " walaupun Hyena berbisik di telinganya, tetapi setiap perkataan yang diujarkannya di tekan satu persatu.
Jiyoon menjauhkan dirinya. Dia memandang tajam muka peremluan yang tersenyum sinis di hadapannya itu. Naik menyampah di buatnya!
" Ambiklah. Silakan untuk kutip benda yang dibuang ", jawab Jiyoon selamba.
Akhirnya, dia telah mengambil keputusan untuk ponteng sahaja kelas sains itu. Sudah tiada mood untuk masuk ke kelas. Maaf cikgu!
Telefon yang baru di ambil di dalam loker di keluarkannya. Lantas jarinya menaip mesej lalu di hantar kepada Taehyung.
Jumpa kat rooftop
Me+
Jiyoon menunggu sambil melihat langit seperti biasa. Selepas beberapa minit menunggu, susuk tubuh Taehyung masih belum muncul. Akhirnya, dia membuat spekulasi bahawa Taehyung tidak membaca mesejnya.
YOU ARE READING
❝STICKY NOTES❞ ✔
Короткий рассказA KIM TAEHYUNG FANFICTION 「completed 」 ❝ Tidur jangan bukak mulut. Nanti air liur keluar ❞ ㅡApabila Jiyoon menerima sticky note yang diberikan oleh Taehyung tanpa pengetahuannya. #1 in Trash Fanfiction Cringe af yall hate me pls ↭ @drunkmyg 2016 No...