bab 7: perubahan diri

228 20 4
                                    

"Puteri... mari makan sayang" laung bonda nerissa memanggil anak bongsunya.

"Kejap bondaaa!! Puteri nak pakai baju" baju t-shirt levis disarung begitu sahaja. Nak cepat lah katakan. Lapar ni

"Wahh.. banyaknya lauk bonda.. rendang daging pon ada! Daging apa bonda?" Puteri dah bersiap-siap menyedok nasi kedalam pinggan. sayur geti masak lemak putih diambil dengan kuantiti yang banyak.

"Daging kambing. Pak seman bagi semalam. Hah kamu tu, buang tebiat ke makan sayur? selalu bukan main liat nak ambik sayur. Ni bukan ambil sikit. Tapi banyak! Kamu sihat ke tak?" begitu panjang bonda membebel melihat perkara yang amat tidak dijangka. Puteri ni macam-macam hal. Tidak seperti kakaknya yang lain.

"hamboi puteri, sakan nampak" tegur put iaitu kakak sulung puteri yang baru duduk disebelah puteri.
"Uih, semua kau kebas sayurnye puteri? Bukan kau anti sayur ke?" Kali ini pute pula yang menegur. agak terkejut melihat adiknya tu buat perkara yang tak pernah sesekali diramal.

"Hish!!! Dulu kemain paksa orang makan sayur. Sekarang bila makan, semua buat muka pelik! Tak sukalah" rengek puteri sedikit geram. dia sendiri pon tak tau kenapa dia makan sayur ni banyak sangat.

Rendang kambing yang dihulur put ditolak dengan baik. Puteri rasa macam loya pulak tengok rendang kambing tu. Hesh! Apa kena dengan dirinya sekarang ni? Bukanke daging kambing ni kesukaanya? Pelik!

Dahi puteri yang bersih tanpa sebiji jerawat disentuh dengan belakang tapak tangan bonda.

"Kau ni sihat ke tak? Kau jangan main-main" risau pula dengan anaknya ni. Perubahan yang sedang dilihatnya sangat ketara!

"Bondaaa... sudahlah tu. Puteri saje je nak diet. Kan puteri dah berisi sikit"

Mendengar alasan puteri yang ingin berdiet, ketiga-tiga orang wanita dihadapannya menghembus nafas lega. Ingatkan apalah tadi! Buat risau aje!

"Dah makan tu"





Puteri KambingWhere stories live. Discover now