28- almari hiasan

224 21 8
                                    

Selepas puteri diberi pil kasytiny, puteri dimasukkan kedalam balang segiempat yang sempat dikebas dari almari mama dengan bantuan kasyif.

"Abang, takkan balang kosong semena? Taruklah rumput ke, pokok ke, batu ke"

Puteri yang berada didalam balang jernih itu mengangguk mengiya apa yang kasyif katakan.

Tapi esok kasyaf nak bawa aku ke universiti. Aduh, mesti aku terperap je dalam beg. Harap tak mati keracunan tersedak bau beg kasyaf! Haha

Kasyaf memandang puteri yang sudah mengecil. Kemudian dia memandang pula kasyif dengan pandangan yang sangat comel seperti ada udang disebalik maggi chef royal

"Abang! Tak kan adik jugak kene buat!!" Rungut kasyif sekali lagi. Dia sangat memahami bahasa muka kasyaf.

"Pleasee.... Nanti malam abang ceritakan semuanya pasal bilik ni" kasyaf menabur janji. Bukan janji palsu! Haaa

Badan Puteri yang berada didalam bekas diangkat dan diletak ke atas meja belajar. Kasyaf hanya memerhati kepemergian kasyif keluar dari bilik rahsia ini.

Haih. Kasyaf mengeluh. Hembusan nafasnya menyentuh kulit puteri yang dari tadi leka memerhati sebentuk muka yang dianugerahkan untuk kasyaf.

Mukanya manis... Berkumis nipis, bulu keningnya cantik terbentuk. Wow! Perfect. Handsome sangat!

Kepala puteri yang kecil itu di usap dengan jari telunjuk kasyaf. Auch! Sentuhan yang menggoda. Ish gatal gile kau ni puteri. Sedar sikit kau tu kambing jadian. Marah puteri pada dirinya sendiri.

"Patut ke aku berkongsi segala rahsia tentang bilik ini pada kasyaf? Mama? Papa? Atau aku patut digelar tamak?"

'Awak mesti buat bersebab' puteri menggelengkan kepalanya. Pandangan mata kasyaf sangat layu seolah dia dihurung dengan pelbagai rahsia yang ingin diluahkan. Senyuman yang mengandungi penuh kepuraan...

"Abang!"

"Mbekkkkkk!" Latah puteri yang bermaksud oh mak kau.

Kasyaf tergelak dengan kelakuan puteri yang terkejut. Hish adiknya ni, suka sangat buat orang kejung.

"Kenapa kau jerit?"

"Sakit" adu kasyif. Dia menggosok punggungnya yang terhentak pada lubang gelongsor ketika masuk.

Keluar senang je. Nak masuk tu! Huhu selamatkanlah aku dari mandul. Gumam kasyif yang tidak biasa dengan cara masuk bilik rahsia ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puteri KambingWhere stories live. Discover now