bab 18 : bilik kasyaf

224 24 3
                                    

"Kasyaf,kasyif.. Guni apa kau bawak masuk tu"

Kasyaf Dan adiknya terkaku. Alamak! Macam mana mama boleh ada Kat sini ni

Mata kasyaf menjeling Mata adiknya supaya menyelamatkan keadaan. Harap sangat otak kasyif berfungsi tika keadaan yang sangat genting ini.

"Eah mama....." Kasyif tersengih "-kasyif ngan abang bawa guni baju mama... Nak asingkan Dan sedekahkan Kat orang yang lebih memerlukan"

"Dari mana Pula baju tu kau orang dapat? Bukan baju korang semua baru lagi ke?" Tanya mama lagi.

"Eah ni baju sumbangan dari universiti mama. Mama tak payahlah risau. Kami masuk bilik abang dulu"

Cepat cepat kasyaf menarik adiknya membawa guni ini ke dalam bilik.

pintu bilik dikunci, tangkap ditutup rapat Dan lampu dibuka.

Puteri yang berada didalam guni dikeluarkan.

"Abang... Bahaya betul tadi. Nasib mama tak datang dekat dengan kita"

"Nasib sangat kan! Jantung Abang dah rasa macam nak jatuh bangunan je"

Puteri keluar dari guni dan dia duduk disebelah kasyaf. Diperhati bilik kasyaf dari utara ke Timur Dan barat ke selatan. Ish! Ini bilik orang ke bilik orang utan? Bersepah!

"Okay, sekarang kita nak buat apa dengan puteri?" Tanya kasyif sementelahan melihat abangnya memangku puteri

Mbekkk

Puteri mengembek kesukaan apabila tubuhnya dipangku kasyaf. Eiii seronoknya! Rasa macam nak tidur sahaja diatas bahu kasyaf. Aduh gatalnya kau ni puteri..

"Kita tunggu sahaja kecederaan puteri sembuh. Abang kene bersihkan selalu lukanya. Tukar bandage lagi" kepala puteri diusap-usap macam kucing manja

Puteri apa lagi, terlentok manja lah

"Abang ni sayang sangat Kat kambing ni. Ntah ntah kambing ni ada virus ke, mana abang tau"

Mata puteri yang terpejam terus tercelik. Eah kurang asam punya budak. Berani dia Kate aku ada virus? Aku ni bersih eah. Tak ada kuman pon.

"Nanti abang mandikanlah dia" kepala puteri dicium kasyaf

Omaigoatttt!! Kene cium? Wahhh bestnyeeeee! Puteri menjerit didalam hati keriangan. Seronok betul!

Puteri KambingWhere stories live. Discover now