bab 11: nek senah

267 21 6
                                    

"aku larang bukan sebab aku kedekut. Aku buat bersebab. biji benih pokok tu dari hasil kajian aku dimakmal. Setiap satu buah yang ada, ada sumpahanya yang tersendiri. Kebetulan pula, buah yang kau ambil tu merubah kau jadi haiwan korban. Nasib kau lah"

"sebab apa mak senah buat biji benih pokok tu?" Tanya bonda yang menggelarkan nek senah tu mak senah. Tak kan nak panggil nek senah pon padahal mereka dah taraf mak dengan anak.

"Buah tu aku nak jual dekat negara seberang. permintaan ramai" nek senah yang berdiri tu duduk disebelah puteri dan mengusap kepalanya.

"Mmmbmotif?" Tanya puteri. Agak tidak selesa bila orang tua ni dok belai kepala dia yang ada dua tanduk ni.

"Kat sana ramai anak degil dan dehaka. Jadi mak dorang nak sumpah anak dorang jadi apa-apa je sebagai hukuman keinsafan"

Muka puteri bercahaya. Senyuman melebar. Jadi, pasti akan ada penawar yang mudah

"Jadi, mana nak dapat penawar tu nek?"

"Kaum ibu disana hanya akan bagi suku sudu kecil buah epal pada anak mereka dan kesannya akan hilang dalam masa seminggu. Kau dah makan tiga sebiji. Kau bayangkanlah berapa puluh tahun kau kene tunggu"

Puteri menalan air liur. Mana nek senah tau dia dah makan dua biji di atas pokok walhal dia hanya melihatnya memakan sebiji? Ahh! Dah lah buahnya besar. Kini baru dia rasa sangat menyesal.

"Tak ada cara lain ke mak senah?" Bonda terkujat dengan penyataan mak senah. Tak sangka anaknya akan hidup sebagai kambing dalam masa berpuluh-puluh tahun. Pasti bila puteri kembali menjadi manusia, dia akan kelihatan begitu tua dan kerepot.

"Ada"

"Macam mane nekkmmbbbek?"

"Kau kene merantau mencari cinta yang tulus. Kemudian kau suruhlah lelaki itu menggigit leher kau. Dan kau akan jadi manusia semula"

Nampak macam senang. Tapi percayalah, semua itu sukar. Sukar sekali.

"Baiklah. Puteri setuju mbbhe"

Puteri redha. Dia tak mahu selamanya menjadi kambing. Nampaknya, dia ada misi baru. Chaiyokk!


Puteri KambingWhere stories live. Discover now