bab 13: adventure

256 22 7
                                    

Pinnn!!

Bunyi hon yang kuat mengejutkan puteri.

"Hoi kambing! Jalan tu tengok ah kereta! Kene lenyek padan muka" kata si pengehon tu seolah-olah kambing yang hendak dilanggarnya tadi memahaminya.

secara refleks,puteri terlompat kebelakang mengelak dari menjadi mangse lenyek manusia yang memandu pakai mulut itu.

"Gile punye orang! Aku dah jalan kat tepi bahu jalan, kau masih nak langgar jugak! Erghhh!" Marah puteri. Nasib waktu ini tiada manusia yang berlegar-legar kerana waktu sudah menjelang senja, kalau tidak.. pasti manusia tu pengsan sebab nampak kambing membebel. Hehheh

Kriukkkk

puteri menekan perutnya yang bergelumang dengan bunyi cacing lapar.

hai perut.. kau sabarlah ye. Rumput kat sini tak menyelerakan.

Hurm, kalaulah dia tak degil dulu, pasti sekarang dia tengah enak menjamah nasi bersama bonda dan kakanda yang lain.

Berbekalkan sedikit kekuatan yang ada, puteri berusaha bergerak menuju ke dalam khemah yang terdapat longgokan rumput segar.

Bagai disantau, puteri menuju kearah syurga makanan dengan mata yang berbentuk hati 😍

Harkk herkkk

Sendawa yang kuat menarik perhatian seseorang manusia yang memakai baju koboi. Ada belati disisi pinggangnya.

Omaigoat! Apa tu? Aku ada buat salah ke? Puteri cemas.

"Kambing siapa ni?" Manusia itu berkata sendirian. Tangannya mengusap usap dagu yang licin tanpa sebarang bulu roma.

Tubuh puteri yang berupakan kambing dibelek belek manusia tadi.

Hesy mamat ni! Raba raba pulak! "Mbeebebebbek!!"

"Omakkau. Huih garangnya kambing ni. kambing siapa ah? Kalau jual, mesti masyuk. Boleh jual mahal memandangkan kambing ni nampak pintar"

kemudian manusia tadi memampirkan dirinya pada puteri dan

Pup!

Satu jarum tajam tertusuk dipunggung puteri dan akhirnya, pandangan puteri hitam dan dia rebah.

Puteri KambingWhere stories live. Discover now