bab 9: 11.55pm

240 22 0
                                    

11.55pm

Puteri resah.. dia teringat pada kata-kata nek senah petang tadi.

Lagi 5 minit, tepat jam 12. apa akan terjadi nanti? Ohh tolonglahhh, harap sangat semua ni palsu. Harap sangat apa yang nek senah cakap tu tak betul.

12.00am

Ding dong

Ding dong

Ding dong..

jam berbunyi.. namun tiada perubahan pada dirinya. Fuhh..

Puteri yang duduk dihadapan cermin mekap memerhati mukanya girang kerana tiada apa-apa yang berlaku.

Eahh jap jap..

kenapa mukanya macam ada bulu roma pulak ni?

Mbekkk

Puteri menekup mulutnya yang tak sengaja terngembek.

Apa semua ni? Puteri kembali resah. Resah gelisah.

mukanya yang cantik terbentuk mula memanjang dan menjongang sedikit demi sedikit. perubahan yang sedang puteri lihat didalam cermin.

puteri menggelabah. Tak tau apa nak buat. Otaknya tak mampu berfungsi nak buat apa. Ohhh tolonglah.

Jika benar dia bakal disumpah, tapi jadi apa? Katak? Macam cerita dongeng tu? Tak nakk!!!

Setitis air mata puteri mengalir.. dari sebutir air mata menjadi berbutir-butir dan seterusnya lebat menghujani mukanya yang semakin berubah.

telefon pintar berjenama huahoi v plus diambil dan nombor nek senah didail.

tut

Tut

Tut

"Helo"

"nhekkkm.. bekk.. apa jadi pada puteri ni?" Puteri menekup lagi mulutnya apabila suaranya mengembek. Sebak jadinya.

"Haih kau ni. Menyusahkan aku pulak. Esoklah datang rumah aku. Aku nak tidur. Kau pergi tidur"

Talian dimatikan oleh nek senah.

Disebabkan tertekan, puteri menelan sebiji pil tidur. Dan dia terlelap hingga esok pagi. Agak-agak, apa yang jadi esok pagi ye?

***

Sinopsis ngan cerita tak sama. Lol sbb idea yang datang tetibe lain. Heh heh

Puteri KambingWhere stories live. Discover now