"Kau tak apa-apa, Zaf?" Erick menanya manusia 'android'-nya apabila serangan kuat menghentak tubuh Zaf oleh lawan mereka.
Zaf sedang terbaring di atas tanah. Mengelilingi dia ialah sebuah arena yang mempunyai kawasan seperti savana tetapi untuk manusia 'android', sekeliling mereka kelihatan nyata. Penyokong dan penonton melihat mereka dari kawasan lain dalam sistem GLN, dunia rangkaian yang seperti dunia manusia.
Zaf yang kini salah seorang peserta perlawanan memakai pakaian berwarna hijau keputihan yang melekat pada tubuhnya untuk menentang kuasa angin dan memberi pergerakan lebih. Ia kelihatan sesuai dengan rupanya yang berambut hitam pendek dan anak mata berwarna hijau.
"Aku okey. Lawan kita nampaknya lebih kuat daripada yang lain. Ada apa-apa rancangan untuk kalahkan dia?" Zaf melompat bangun dan berdiri semula. Dia kemudiannya memegang tepi perutnya dan melepaskan sedikit keluhan.
Dia boleh lihat LP (Life Point) dia berkurangan sebanyak 30 peratus dan tinggal 20 peratus sahaja lagi. Setiap 'android' boleh melihat LP mereka dan orang lain punya; garisan hijau menunjukkan berapa LP yang tinggal, merah apabila keadaan kelihatan kritikal atau nyawa mereka berada dalam keadaan kritikal, dan kelabu untuk menunjukkan berapa LP yang telah hilang atau dikurangkan. Kedudukan LP itu terletak di bahagian atas kiri penglihatan mereka. Mereka juga boleh lihat status kekuatan dan kelebihan seseorang.
Zaf kini di tahap ke-47 dan kerosakan kepada tubuhnya dapat dirasainya. Tetapi, dia tidaklah berdarah atau luka. Dia hanya merasai kesakitan dan kekurangan tenaga. Garisan LP dia kini menunjukkan merah, kritikal dan jika ia mencapai kosong peratus, dia akan mati.
"Sekejap. Aku hantarkan tenaga (Energizer)."
Erick membuka paparan barang yang berada dalam skrin permainan kompaknya dan segera menekan botol 'energizer'. Paparan 'Ok' atau 'Cancel' muncul dan dia menekan 'Ok'. LP Zaf sembuh 100 peratus semula. Zaf berasa lega dan tubuhnya tidak mengalami apa-apa keletihan lagi. Tangannya tiba-tiba muncul sepucuk senapang 'sniper' kerana Erick telah menghantarkannya senjata tersebut. Zaf menghalakannya ke arah Denline yang kini sedang menuju ke arahnya dengan pantas. Tangan Denline memegang senjata pedang besar melengkung dengan bilahnya sedang berputar ganas.
Zaf ada satu peluang lagi untuk mengalahkan Denline dan hala tujunya ialah dada Denline. Penglihatannya muncul had sasaran menembak dan memberitahunya peratus ketepatan tembakannya ialah 100 peratus. Tetapi, jika Denline dapat mengagak sasaran tembakannya, dia mungkin terlepas peluangnya.
Erick membantunya melaraskan sasaran tembakannya. "Sekarang, Zaf!" Beritahu Erick.
Zaf melepaskan tembakan dan ia bergerak laju seperti angin, menuju ke dada Denline. Apabila peluru hampir mengena sasarannya, Zaf dan Erick terkejut dengan Denline yang memotong peluru itu kepada dua dan mengakhirkan LP Zaf dengan serangan potongan laju, 'Hyper Slash'-nya. Tubuh fizikal Zaf perlahan-lahan berkecai dan datanya berselerak sebelum hilang daripada pandangan. Datanya dihantar ke rangkaian kotak pemulihan dalam menu kompak Erick. Paparan 'You Lose'muncul pada skrin kompaknya.
Erick melepaskan keluhan sambil tersandar ke kerusinya. Skrinnya yang memberinya gambaran savana bertukar ke 'homepage' kompaknya semula. Dia dan Zaf telah memasuki WDT (World Dominate Tournament/Pertandingan Penguasaan Dunia). Juara pertandingan, sebenarnya, akan memiliki satu tanah di dunia GLN. Dia dan Zaf boleh memilih mana-mana tanah kosong dan menjadi pemiliknya jika mereka memenangi pertandingan itu. Malangnya, mereka tidak bernasib baik.
Erick memulihkan Zaf semula dengan barang pemulihan, 'revive'. Zaf muncul dalam skrin kompaknya dengan keadaan sempurna selepas itu dan kelihatan sedikit rasa bersalah.
"Maaf tak menang," ucapnya perlahan.
"Tak pe. Banyak lagi pertandingan yang kita boleh menang. Camna keadaan kau?" Tanya Erick. Walaupun mereka berdua jauh berbeza, manusia dan 'android', Erick masih risau dengan keadaan Zaf. Dia takut Zaf kehilangan data atau kerosakan fungsi dengan pertandingan yang suka menamatkan LP pemain. Dia telah menganggap Zaf seperti adik-beradiknya dan juga banyak bergantung kepada Zaf.
YOU ARE READING
LIFE SANCTUARY GAME (DALAM BAHASA MELAYU) - BOOK 1 [Stop]
FantasíaErick dan Zaf adalah rakan. Tetapi tidak seperti hidupan sebenar, Zaf ialah manusia android, yang hidup dalam rangkaian sistem berkomputer. Dan Zaf bebas dan boleh berfikir untuk dirinya sendiri seperti android-android yang lain. Dalam cerita ini, E...