Bab 5

155 11 0
                                    

"Yvon, elak!" Jerit Nowell kepada Yvon sementara dia membaling pisaunya ke arah seekor raksasa yang melompat untuk menyerang belakang Yvon.

Tubuh raksasa tersebut seperti katak tetapi berdiri seperti manusia. Saiznya sebesar budak kecil dan ia dipanggil J-Frog; Juvenile Frog. Pisau Nowell menusuk kepala raksasa tersebut sebelum tubuh raksasa itu berkecai dan meninggalkan 'item'.

"Terima kasih," ucapnya sebelum melepaskan anak panah ke arah seekor lagi J-Frog yang sedang membongkok pada batang pokok di atas Nowell. Panahannya juga membunuh raksasa tersebut.

Nowell memberinya ibu jari, menandakan bagus tindakan Yvon. Yvon mengangguk kepalanya dengan senyuman kecil.

"Perg! Mana semua orang ni?! Kita dah dekat dua jam dalam hutan ni. Dah lah tak boleh 'Log Off' melainkan kita keluar dari sini." Nowell sedikit panik.

Yvon mengembalikan busurnya ke belakang tubuhnya. Mereka berdua terpisah dengan rakan-rakan mereka setelah masuk ke dalam hutan yang dipanggil 'Lost Forest' itu. Mereka diserang beberapa ekor raksasa dan terpaksa melarikan diri ke arah bertentangan kerana kekuatan raksasa yang berada di tahap 'Level 2'. Mereka semua masih 'Level 1' pada masa itu. Sekarang, Nowell dan Yvon telah berada di 'Level 4'.

Mereka tidak pasti arah betul keluar dari hutan itu. Malah, mereka tidak mempunyai peta penuh dan peta tersebut hanya menunjukkan lokasi mereka telah tiba. Melainkan mereka menjumpai peti harta yang mempunyai peta penuh. Bandar atau tempat penduduk tinggal automatik diberikan peta.

Yvon cuba menghubungi rakan-rakan mereka melalui 'Contact' dalam menunya tetapi semuanya tidak angkat.

"Aku rasa tak sedap hati la," katanya kepada Nowell.

"Aku pun. Hutan ni tak dipanggil 'Lost Forest' kalau orang tak sesat."

"Ni semua salah kau lah, Nowell. Kalau kau tak paksa kitorang masuk, kan kita dah ada kat rumah sekarang. Kedua-dua masa tempat ni dan dunia kita sama tau tak. Sekarang, pastinya cuaca dah teruk dan nak hujan. Basah aku, siap kau aku kerjakan," ugut Yvon. Bukan itu sahaja, ibu bapa mereka pastinya sedikit gelisah kerana mereka belum pulang dan tidak beritahu apa-apa bahawa mereka lewat pulang.

"Aku tak tahu hutan ni akan perangkap kita sebaik sahaja kita masuk la. Siapa punya kerja la cipta fungsi hutan macam ni? Dan aku dah minta maaf banyak kali kat kau, kan? Bukan salah aku je, korang pun sama. Apasal pergi setuju dengan cadangan aku. Kalau korang betul-betul tak nak masuk, aku pun takkan masuk lah. Bukannya aku tak boleh sabar untuk tunggu kita sambung malam ni. Jadi, bukan salah aku kesemuanya." Nowell mempertahankan diri.

Yvon memberinya renungan tajam yang menyebabkan dia mengambil setapak ke belakang.

"Urgh! Apa-apa je lah. Sekurang-kurangnya, aku ada kau untuk teman. Aku harap yang lain juga berteman daripada berseorangan dan selamat," doanya sebelum menyuruh Nowell bergerak ke arah jalan masuk hutan itu.

Mereka bernasib baik kerana semua raksasa yang bertembung dengan mereka berada di 'Level 1'. Mereka dapat meningkatkan tahap mereka dengan senang. Sementara itu, di satu lokasi dalam hutan yang sama, Erick dan Berry sedang bersama. Zaf juga dengan Naila, Nesgle dengan Leedey dan Striky dengan Krein. Masing-masing berteman dua orang dalam kumpulan kecil mereka.

"Berry, apa kata kita cuba 'combo'," cadang Erick semasa mereka berdua membelakangi satu sama lain di tengah-tengah kumpulan raksasa.

"Bukan 'combo' untuk 'partner' je ke?" Setahu Berry, dia boleh guna 'combo' dengan Naila sahaja dan bukan dengan orang lain. Tiada maklumat mengenai pengkongsian 'combo' dengan orang lain yang diberi kepada android.

LIFE SANCTUARY GAME (DALAM BAHASA MELAYU) - BOOK 1 [Stop]Where stories live. Discover now