Bab 2

161 13 1
                                    

Setelah Raizan dan Erick tiba di WDTA, Raizan meninggalkan Erick untuk ke pejabatnya. Sementara itu, Erick pergi ke bilik ayahnya yang berada di tingkat 4. Bilik tersebut berselerak dengan ciptaan ayahnya dan kebanyakannya hanyalah replika. Ada juga ciptaan teknologi baru di dalam bilik itu tetapi bersaiz kecil kerana bilik itu tidaklah luas mana.

"Pergh... Aku minta aku dapat kerja dengan Allen tapi aku tak reti cipta-cipta ni," ngeluh Zaf. Dia cemburu dengan Allen.

Erick tersenyum.

"Zaf, aku tak bina kau untuk jadi pencipta (Creator) lah. Jenis kau ialah 'Hitman' (Penembak) dan skil kau ialah 'Guru Senjata'." Dia mengingatkan Zaf.

Jenis yang dimaksudkannya ialah setiap ;android; mempunyai pelbagai keistimewaan atau lebih tepat kerja (Job) dan dipilih semasa dibina. Mereka boleh menambah satu atau dua skil sahaja untuk jenis 'android' mereka. Contohnya, 'Hitman', mempunyai pelbagai skil tetapi cuma satu atau dua skil yang boleh dipelajari. Erick memilih skil 'Guru Senjata' untuk Zaf tetapi belum membuat pilihan untuk menambah skil yang terakhir. Dia masih memikirkannya kerana skil tidak boleh lagi diubah setelah dipilih. Sama seperti 'Job' yang tidak boleh ditukar.

"Erm, maaf. Tapi, kadang kala, soalan penting dalam perbualan. Aku rasa kurang berguna. Erick, benarkan aku berlatih di 'Training Centre." Zaf terasa lemah dan bersalah kerana kalah dalam pertandingan WDT itu. Dia ingin jadi kuat.

"Okey." Erick menyambung wayar kompaknya ke komputer ayahnya. Internet yang berjalan dengan komputer membenarkan data Zaf keluar dari rumah kompaknya ke dunia GLN. Paparan kompak Erick menunjukkan tempat Zaf muncul ialah 'Central Gate' tengah bandar utama GLN yang dinamakan Geo. Erick duduk di kerusi ayahnya dan melihat Zaf berjalan ke sebuah pusat latihan.

Dunia GLN hanya boleh dimasuki dengan rangkaian internet dan elektrik. 'Android' memerlukan dua perkara ini untuk bergerak keluar atau masuk dunia GLN atau dari satu tempat ke tempat yang lain. Kecuali, wayar sambungan antara dua kompak untuk menyambungkan dua pertemuan 'android'. Akan tetapi, penyambungan ini tidak membenarkan android untuk memasuki dunia GLN atau bergerak keluar daripada dua kompak itu.

Zaf menuju ke kaunter setelah memasuki pusat itu.

"Your identification, please," pinta Menma, pembantu pusat sambil memberikan senyuman kepada Zaf.

Zaf meletakkan tangannya di atas meja antara mereka. Satu pergerakan cahaya muncul dan hilang setelah seluruh tapak tangan Zaf terkena cahaya itu.

Data Zaf muncul pada paparan skrin yang terapung di hadapan Menma.

"Zaf Entlight. Clear. Would you like to enter the field?" Tanya Menma.

"Yes," balas Zaf. "Put me in field level 48."

Menma menekan kekunci papan di bawah skrinnya.

"Which field do you like to request?"

Zaf memandang senarai yang muncul di hadapannya.

"Caven Crystal Night."

"All right. Best luck to you, Zaf." Kata Menma sebelum menekan satu butang.

Tubuh Zaf menjadi pudar sebelum menghilang selepas itu.

"Erick," panggil Raizan yang memasuki biliknya.

Erick mengangkat kepalanya ke arahnya. "Ya, ayah?"

"Ayah ada 'meeting' pukul 11. Kamu jangan merayau lama-lama, okey?" Pesan Raizan.

Erick mengangguk kepalanya dan melihat ayahnya beredar. Jam menunjukkan 10 minit sebelum pukul 11.

"Hm... Mana aku nak pergi?" Fikirnya.

LIFE SANCTUARY GAME (DALAM BAHASA MELAYU) - BOOK 1 [Stop]Where stories live. Discover now