Bab 4

179 15 0
                                    

"Zaf?" Erick memandang Zaf.

Zaf setingginya dan tubuh Zaf seperti saiz manusia dan bukannya lagi saiz dalam kompaknya. Dia ternganga kerana Zaf kelihatan lebih besar daripada yang dingatnya. Dan juga kelihatan kuat.

"Jadi, ini rupa bentuk sebenar Zaf," fikirnya dalam diam.

"Hm? Kau terkejut lihat aku ke, Erick? Aku tak berubah apa-apa pun, kan?" Dia memusing tubuhnya untuk periksa.

"Erm... Kau masih sama macam biasa. Tapi, aku pula... Bagaimana rupa aku?" Tanya Erick.

"'Mirror'," sebut Zaf dan muncul satu replika yang memantulkan imej Erick.

Erick terkejut melihat dirinya. Dia tidaklah gagah seperti Zaf tetapi masih maskulin. Apabila dia bergerak, replika itu mengikut pergerakannya tetapi berlainan arah seperti pantulan.

"Aku ingat 'Mirror' sepatutnya cermin, bukannya replika diri aku." Erick memandang Zaf dengan hairan.

Zaf menghilangkan replika Erick yang sedikit ngeri memandangnya kerana Erick juga memandangnya.

"Permainan ni ada perkataan yang menunjukkan sesuatu yang berlainan. Sangat hebat dan unik. Aku boleh gunakan maklumat yang diberi kepada aku untuk bantu kau, Erick. Oh, dan ada beberapa 'item' yang dihadiahkan kerana permulaan baru kita. 'Mirror' tadi tu salah satunya. Periksa lah yang lain jika kau nak tahu apa dia," terang Zaf.

"Sekejap, kau nak kata kita berkongsi 'storage'?" Erick menangkap maksud tersirat itu.

"Yup! Ini kan permainan 'combo'. Aku adalah pasangan kau kerana kau memilih untuk membawa aku ke dalam permainan. Kau boleh pilih dua sahaja android untuk pasangan 'combo'. Hehe. Apa-apa kita buat dan dapat lepas ni boleh digunakan bersama," senyum Zaf.

"Heh! Kalau begitu, mari kita buat yang terbaik, Zaf," angguk Erick.

"Semestinya!"

Erick memandang sekeliling mereka sekali lagi. Mereka telah muncul di sebuah gunung kecil yang menempatkan beberapa batu besar yang tersusun menjadi bulatan. Nama paparan tempat itu, Ovalen, muncul apabila Erick melihat salah satu batu dan hilang jika dia melihat tempat lain. Tidak jauh di bawah mereka, mereka dapat melihat sebuah bandar.

Mereka mula bergerak ke sana. Dalam perjalanan mereka bertembung dengan raksasa tikus berduri. Ia kecil, sebesar kasut but Erick sahaja tetapi kelihatan kuat dalam pandangan mereka. Mereka berdua tidak berada dekat kerana tidak mahu memulakan perlawanan.

"Zaf, kita ada senjata apa je?" Tanya Erick. Dia terlupa sesuatu iaitu jenis skil mereka. Ia tidak diberitahu semasa dia membina karakternya.

"Ada 'Small Knife' dalam 'storage'. Buka dan 'equip'," suruh Zaf.

Erick tidak faham. "Camna nak buka menu?"

"Guna jari kau untuk tolak ke hadapan dan gerakkannya ke kanan."

Erick mengangkat jari kanannya dan menggerakkannya seperti yang diberitahu. Semasa dia berbuat begitu, dia dapat melihat di bawah jarinya mengeluarkan cahaya putih yang kemudiannya membuka sebuah paparan untuknya.

"Kau dah buka?" Tanya Zaf. Erick berasa hairan dengan pertanyaannya.

"Kau tak dapat lihat ke paparan ni?" Tunding Erick ke hadapannya.

Zaf menggeleng kepalanya. "Tak. Seseorang tak boleh lihat menu orang lain kecuali dia punya je."

"Oh..." Erick memandang menunya semula. Ia memberinya beberapa paparan dan dia memilih 'storage' untuk melihat isi di dalamnya. 'Small Knife' yang diberitahu Zaf ada dalam simpanan tetapi 'item' lain seperti 'Healing Herb'; tiga unit dan 'Poison Herb'; satu unit serta 'Mirror' yang digunakan juga ada.

LIFE SANCTUARY GAME (DALAM BAHASA MELAYU) - BOOK 1 [Stop]Where stories live. Discover now