CHAPTER 4: Love at First Sight

310 27 2
                                    

So hyun hampir terjatuh dari tangga, tetapi telah diselamatkan oleh seorang lelaki. lelaki itu tersenyum pada so hyun membuatkan so hyun mula terpukau.
"awak tak apa-apa?" tanya lelaki itu.
"saya okay. thank sebab tolong saya tadi, kalau tidak saya mesti cedera." Kata so hyun dengan tersenyum membuatkan lelaki itu turut tersenyum.
"tak apa. lain kali awak kenalah hati-hati." Kata lelaki itu. ketika itu V, Jungkook dan Jhope datang.

"so hyun! kau buat apa dekat sini." Tanya Jhope.
"menghalang kawasan orang nak lalu. dah lah jom masuk kelas." Kata V.
"kami pergi dulu ya so hyun." Kata Jhope lalu mereka menaiki anak tangga tanpa mempedulikan tentang so hyun.
"ceh! aku nak jatuh ni sebab kau lah V." kata hati so hyun.
"kalau macam tu saya pergi dulu ya." Kata lelaki itu. so hyun mengangguk kepalanya lalu lelaki itu mula melangkah beredar dari situ.
"sekejap! boleh saya tanya siapa nama awak?" tanya so hyun.
"(tersenyum) panggil saya allen." Katanya lalu beredar dari situ.
"allen? sedapnya nama gelaran dia. dah lah baik pula tu." Kata hati so hyun membuatkan dia senyum seorang diri." Hey so hyun! kau dah kenapa! jangan tergoda dengan dia! ah! aku baru teringat yang aku kena jumpa si budak tak guna tu." kata so hyun lalu sambung mencari V di tingkat atas.

Di dalam kelas 3-2..
"V! aku nak jumpa kau sekejap." Kata so hyun. V bangun dari tempat duduknya lalu mengikut so hyun pergi ke atap iaitu di atas bumbung.
"kau nak apa?" tanya V.
So hyun menunjukkan buku itu ke arah V. "kau ambil balik buku kau. kerja rumah kenalah buat sendiri. patutlah bodoh." Kat so hyun.
"apa! kau cakap aku apa tadi. bodoh?" kata V dengan perasaan marah.
"ya! memang aku kata kau bodoh. jadi kenapa?" kata so hyun.
"hey! kau jaga sikit mulut kau tu. kalau tak.." Kata V.
"kalau tak apa? nak gaduh ke?" sindir so hyun.
V merampas buku dari tangan so hyun. "kau tunggu lah nasib kau." Kata V lalu beredar dari situ.
"kenapa? kau bukan tuhan nak tentu nasib aku. dia ingat dia siapa. raja?" kata so hyun.

Pada waktu petang itu, seperti yang dikatakan oleh so hyun untuk keluar pergi lepak di cafe bersama taeyeon dan mina.
Di dalam cafe, "so hyun! aku rasa bersalah buat macam tu dekat V." kata taeyeon.
"kenapa nak bersalah? kau bukan buat salah pun. dia yang salah. aku sebagai kawan, aku tak boleh orang macam dia buli orang lemah." Kata so hyun.
"betul kata so hyun. kau ni taeyeon suka sangat bagi muka dekat orang." Kata mina tanda menyokong kata so hyun.
"tapi..." kata taeyeon yang tidak menghabiskan ayatnya.
"tak ada tapi-tapi. sekarang ni mari kita lupakan si budak tak guna dan nikmati minuman di cafe ni." Kata so hyun lalu mereka menikmati seperti yang dikatakan oleh so hyun.

Ketika itu ada seorang lelaki masuk ke cafe itu dan menuju ke tempat mengambil pesanan. mata so hyun tidak berkelip melihat lelaki itu.
"so hyun!" kata mina.
"so hyun!" katanya lagi. "kim so hyun!" jeritnya membuatkan pandangan so hyun bertukar ke arah kawannya.
"kau tengok apa sampai aku panggil kau buat tak tahu." Kata mina.
"tak ada apa-apa." Balas ringkas oleh so hyun.
"mina! taeyeon!" panggil so hyun.
"kalau aku nak tanya boleh? kau kenal tak seorang lelaki dekat sekolah kita. dia kacak sangat." Kata so hyun.
"ramai lelaki yang kacak dekat sekolah kita. tapi siapa?" tanya taeyeon.
"alamak! aku terlupa nama dia apa ya?" kata so hyun sambil berfikir. so hyun melihat sekeliling cafe.
"eh! mana lelaki tu?" bisik hati so hyun.
"hai so hyun!" kata lelaki itu berada di belakang so hyun membuatkan so hyun berasa sangat terkejut.

Bersambung..

My Stupid Boyfriend (complete)Where stories live. Discover now