CHAPTER 35: Feeling??

148 21 0
                                    

Di bilik Allen..
So hyun mengetuk pintu bilik Allen.
"ya! masuk!" kata Allen.
So hyun pun masuk ke bilik Allen dan menutup pintu bilik itu.
"tengah ulang kaji ke?" tanya so hyun.
"ya! ada apa cari saya? nak pinjam nota ke?" tanya Allen.
"tak lah!" kata so hyun.

"Allen! sebenarnya saya dah tahu awak tipu saya untuk tinggal dengan saya." Kata so hyun.
Allen tahu apa yang so hyun mahu katakan.
"terus terang saya cakap, saya... sebenarnya sukakan awak tak lebih dari kawan." Kata so hyun membuatkan Allen berasa terkejut.
"jadi! hentikan lah untuk mendekati saya. saya tahu awak memang baik. kalau boleh saya nak awak jadi baik untuk semua orang." Kata so hyun lagi.
"kenapa? awak sukakan V. betul tak?" kata Allen.
"itu bukan masalahnya. perasaan saya pada awak hanya sekadar kawan dari pertama kita berkawan." Kata so hyun.
"satu saja perkara saya nak beritahu pada awak. tolong lah berubah untuk kebaikan semua orang dan jangan sesekali permain kan perasaan orang. berubahlah sebelum terlambat. saya percayakan awak Allen." Kata so hyun.
So hyun terus keluar dari bilik Allen.
Manakala Allen hanya termenung panjang dan mengeluh keresahan.

Keesokan harinya, Allen mengemas barangnya untuk pulang ke rumahnya.
So hyun hanya duduk di biliknya sambil mengulang kaji.
"maafkan aku Allen." Kata so hyun sambil berfikir tentang Allen.

2 hari kemudian..
Peperiksaan akhir sedang di jalankan dengan baik.
Ramai pelajar sedang fokus pada kertas peperiksaan dan ada antara mereka merasakan kertas soalan itu susah dan ada yang merasakan soalan itu senang.

3 minggu kemudian..
Berakhir lah peperiksaan akhir tahun.
Selepas peperiksaan akhir tamat, mereka hanya berseronok dan mula membuat bisik seperti baru menang dari peperangan dan tiada seorang pun pelajar memegang buku.

Di laman sekolah..
So hyun bertemu dengan Allen.
"macam mana peperiksaan awak kali ni?" tanya Allen.
"buat masa ni saya hanya jawab mana yang saya tahu, yang lain berserah pada nasib." Kata so hyun.
"apa pun! terima kasih so hyun." Kata Allen.
"terima kasih untuk apa?" tanya so hyun.
"sebab awak dah sedarkan saya untuk berubah, malah keluarga saya pun dah mula hidup baru dan bahagia. semua ni jasa awak." Kata Allen.
"tak adalah. awak sendiri yang berusaha untuk berubah. saya hanya sokong dari belakang saja." Kata so hyun.
"sebenarnya saya tahu awak pernah ada perasaan pada saya. betul tak?" kata Allen.
"apa!!" kata so hyun sambil berasa sangat terkejut.

My Stupid Boyfriend (complete)Where stories live. Discover now