CHAPTER 11: Feel Sorry

216 26 2
                                    

Waktu Pagi di dalam kelas 3-2..
V seperti biasa datang lambat ke sekolah. ketika V menuju ke tempatnya, V meletakkan sehelai kertas di atas meja so hyun. so hyun pada mulanya tidak pedulikan V mula mengambil kertas itu dan membaca.
'aku minta maaf tentang hal yang jadi petang semalam. petang ni jam 4, aku tunggu dekat depan sekolah.' Tertulis dalam kandungan kertas itu.
So hyun mula memandang ke belakang melihat V yang sedang tidur lena di atas meja. ketika itu so hyun mula tersenyum dan kemudian bertukar pandangannya ke arah mejanya.

Di koridor sekolah..
Ketika itu So hyun sedang berjalan-jalan seorang diri.
"so hyun!" panggil Allen di hadapan so hyun. so hyun hanya tersenyum dan tidak dapat membalas panggilan kerana memikirkan tentang kejadian petang semalam.
"boleh saya nak jumpa dengan awak sekejap." Tanya Allen.

di laman sekolah..
"saya nak minta maaf kerana bertindak tak matang petang semalam." Kata Allen.
"tak apa. saya dah maafkan awak." Kata so hyun.
"petang ni awak sibuk tak? saya ingat nak ajak awak keluar petang ni." Kata Allen.
"maaf Allen. petang ni saya dah janji dengan orang nak keluar." Kata so hyun.
"oh! kalau begitu tak apalah. macam mana dengan esok." Cadang Allen. so hyun mengangguk tanda setuju.
"baiklah jumpa esok jam 2." Kata Allen lalu beredar dari situ.

Pada waktu Petang jam 4 di depan sekolah, V sedang menunggu so hyun untuk datang.
Tak lama kemudian, so hyun datang dan terus menuju ke arah V.
"kau lambat." Kata V. "yang kau hari-hari lambat datang sekolah tak apa pula." Kata so hyun.
"baiklah! kau menang. jomlah! aku nak bawa kau ke satu tempat hari ni." Kata V.
"kita nak pergi mana?" tanya so hyun. "adalah. ikut saja aku." Kata V.
So hyun mula berasa curiga tetapi masih mengikut V.

Di sebuah pantai..
"wah! cantiknya." Kata so hyun. suasana yang indah dengan bunyi burung dan ombak yang kuat.
"memang tempat ni cantik." Kata V.
"memang sangat cantik dengan langit yang biru. wah! aku rasa tenang sangat." Kata so hyun.
"baguslah kau suka tempat ni." Kata V.
"tapi kenapa kau bawa aku datang sini?" tanya so hyun kembali berasa curiga.
"dulu aku selalu datang tempat ni dengan seorang kawan." Kata V.
"siapa kawan kau?" tanya so hyun.
"dia dah lama berpindah. dia pindah sebab dia kena tuduh mencabul seorang pelajar perempuan." Kata V. so hyun menjadi terkejut dan bersalah kerana bertanya soalan itu pada V.
"kesian dekat dia.kau bersabarlah . mesti ada sebab kenapa perkara itu berlaku." Kata so hyun. V yang mendengar kata so hyun itu mula mendekati so hyun terlalu dekat, lalu memeluk so hyun dengan erat dan membuatkan so hyun menjadi terkejut dan membuatkan jantung so hyun turut berdenyut dengan laju.
Tak lama kemudian, denyutan so hyun mula hilang , malah so hyun mengangkat tangan kanannya dan mula menepuk pada belakang V.
Ketika itu Allen berasa terkejut melihat V dan so hyun berpelukan. kemudian Allen mula beredar dari situ.

Bersambung..

My Stupid Boyfriend (complete)Where stories live. Discover now