CHAPTER 27: One Year ago.

152 24 0
                                    

"kau tak sepatutnya kembali ke sekolah." Kata Allen.
"apa maksud kau?" tanya V.
Allen mendekatkan diri pada V dengan wajah yang tak puas hati.
"sebab kau, banyak orang menderita, sebab kau juga dia abaikan tentang dirinya sendiri. dia telah berkorban nyawanya semata-mata nak selamatkan kau. dia juga sanggup tak makan, tak tidur dan tak hiraukan kesihatannya semata demi kau. kau rasa layak ke kau kembali ke sekolah ni?" Kata Allen.

"apa yang kau cuba cakapkan ni? siapa dia tu?" tanya V.
"kau akan tahu sendiri. aku nak kau jangan sesekali seksa dia lagi." Kata Allen lalu mula beredar dari V.
"kejadian setahun yang lepas kau yang lakukan bukan?" Kata V membuatkan Allen berhenti berjalan dan berasa terkejut.
"apa yang kau cakap? jangan nak tuduh ikut suka hati kau." Kata Allen lalu beredar dari situ tanpa mempedulikan V.
V mula menggenggam kedua belah tangannya dengan kuat.

Ketika so hyun menaiki tangga sambil temenung, so hyun tidak sengaja terlanggar dengan seorang lelaki tua yang sedang turun tangga dengan perasaan agak kecewa.
"maafkan saya encik." Kata so hyun.
"encik tak apa-apa?" tanya so hyun sambil membantu lelaki itu untuk bangun.
"saya tak apa-apa. terima kasih tolong pakcik." Kata lelaki tua itu.
"sama-sama. saya minta maaf sekali lagi ya. saya tak sengaja terlanggar encik. saya minta diri dulu." Kata so hyun dan terus menundukkan kepalanya.
Sebelum so hyun sambung menaiki tangga.

"cik! kamu dari kelas apa?" tanya lelaki tua itu.
"saya dari kelas 3-2. Kenapa encik?" Kata so hyun.
"oh! tak apa lah. saja tanya." Kata lelaki tua itu.
"kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. selamat tinggal encik." Kata so hyun lalu meninggalkan lelaki tua itu.

Di kelas 3-2..
"mina! mari sini sekejap." Kata so hyun.
Mina sedang berbual bersama wonwoo dan rakan sekelas mula datang ke arah so hyun.
"ada apa?" tanya mina.
"aku nak tanya kau, setahun yang lepas pernah ada kes yang sama berlaku seperti V kan? boleh aku tahu tentang tu?" kata so hyun.

"fasal tu aku tak berapa tahu sangat. setakat yang aku tahu lelaki bernama baekhyun. dia pelajar kelas2-2 dulu, satu kelas dengan aku waktu tu. ada satu hari tu dia kena tuduh sebab cubaan merogol wanita di makmal. mereka cuba mencari bukti yang baekhyun tu tak bersalah, malangnya mereka tak dapat bukti menunjukkan yang dia tak bersalah lalu dia pun kena buang sekolah." Kata mina.
"apa lagi yang kau tahu tentang dia?" tanya so hyun.
"itu saja yang aku tahu. waktu tu, aku bukannya rapat dengan dia." Kata mina.
"siapa yang paling dia rapat?" tanya so hyun.
"V??????" kata mina dengan nada yang perlahan.
So hyun mula memandang ke arah V sedang lena tidur di dalam kelas seperti biasa.
"dah lah! aku pergi dulu." Kata mina lalu beredar dari so hyun.

"V!" panggil so hyun sambil mengetuk kepala V dengan sebatang pembaris.
V terbangun. "aduh! ada apa?" tanya V.
"petang ni aku nak jumpa kau." Kata so hyun.
"baik! dekat mana?" tanya V.
"nanti aku bertahu tempat dan masa dekat kau." Kata so hyun.
"okay!" kata V lalu meletakkan kepalanya dan sambung tidurnya.

My Stupid Boyfriend (complete)Where stories live. Discover now