CHAPTER 6: Angry

237 30 0
                                    

So hyun membalut kakinya di bilik rawatan. selepas selesai membalut kakinya, dia mula keluar dari bilik rawatan dan berjalan di koridor dengan langkah perlahan kerana kakinya masih sakit akibat V menendangnya.

"so hyun!" kedengaran seseorang memanggilnya. so hyun memandang ke arah orang yang menyebut namanya.
"Allen!"kata so hyun.
"lama kita tak terserempak." Kata Allen lalu tersenyum dan membuatkan so hyun turut tersenyum. Allen terlihat kaki so hyun yang di balut.
"awak tak apa-apa?" tanya Allen berasa risau.
"saya okay. sikit saja ni." Kata so hyun.
" tapi macam mana kaki awak boleh sakit?" tanya Allen
" oh! saya terjatuh tangga tadi." Kata so hyun yang perasaan tak sanggup mendedahkan hal sebenar.
"saya dah beritahu awak supaya hati-hati." Kata Allen.
"tak apa lah. sikit saja ni. saya masih boleh jalan. awak tak perlu lah risau." kata so hyun
"Lain kali awak kena hati-hati bila turun tangga." Kata Allen. "ya! lain kali saya akan pastikan yang saya akan berhati-hati." Balas so hyun sambil tersenyum.
Lalu mereka berjalan bersama-sama di koridor.

V berjalan-jalan di koridor ternampak so hyun bersama Allen di hadapannya. daripada pergerakan V yang perlahan terus bertukar menjadi pantas lalu memotong mereka berdua dan melanggar kedua-dua belah bahunya dengan bahu so hyun dan Allen menyebabkan so hyun terjatuh.
"hey!" jerit Allen. lalu membantu so hyun yang sedang terjatuh.
V mula terhenti berjalan dan menoleh ke belakang. V melihat Allen membantu so hyun yang jatuh disebabkan olehnya. V mula menoleh ke hadapan dan terus berjalan.

Beberapa hari kemudian, so hyun bertemu dengan V kerana so hyun tidak puas hati dengan V yang selalu mengganggu hidupnya.
"aku nak tanya. kenapa kau selalu kacau aku?" tanya so hyun.
"saja. aku seronok kacau kau." Balas ringkas dari V.
"kau ingat mengganggu kehidupan orang lain seronok ke? orang yang tak ada akal saja buat macam tu." Kata so hyun membuatkan V naik marah.
"aku kacau kau sebab aku tak puas hati dengan kau!" jerit V dengan perasaan marah.
"aku tahu kau tak puas hati tentang apa. tentang kes kerja rumah cikgu song bagi kan. dah itu tugas kau, kenalah siapkan kerja rumah kau sendiri jangan suruh orang lain buatkan." Kata so hyun.
V hanya terdiam seketika menahan kemarahan. lalu so hyun mula melangkah beredar dari situ.

Ketika itu, "aku tahu kau suka dekat Allen. kau boleh ke bercinta dengan dia? dia tak ada perasaan dekat mana-mana perempuan lah. jadi kau berangan sajalah untuk dapatkan dia." Kata V sambil ketawa. membuatkan so hyun terhenti perjalanannya lalu menuju ke arah V.
"apa masalah kau! biarlah aku nak jatuh cinta dengan siapa pun. kalau nak bandingkan kau dengan Allen. Allen sejuta lagi bagus dari kaulah." Kata so hyun membuatkan V rasa tercabar.
"orang macam kau tak siapa yang nak. dah lah bodoh, malas, tak bawa apa-apa guna pada negara saja. sesuai jadi orang gelangganan." Kata so hyun. dengan ayat yang dikatakan oleh so hyun membuatkan dirinya bertambah marah pada so hyun. so hyun melihat V hanya terdiam selepas apa yang diberitahu olehnya dan dia membuat keputusan untuk beredar dari situ.

Selangkah so hyun mahu beredar, "baiklah! kalau macam tu aku cabar kau untuk couple dengan aku!" kata V dengan serious dan membuatkan so hyun menjadi terkejut.

Bersambung...

Hope you enjoy my story..

My Stupid Boyfriend (complete)Where stories live. Discover now