24. The Memories

15 2 5
                                    

Kris P.O.V.

Aku buka pintu, masuk kedai sambung kerja selepas bercakap dengan Daddy.

"Daddy kau nak apa? Nak kau balik?", tanya Yoona yang buat aku tersentak. Aku pandang dia sambil berfikir panjang.

I know where is your brother, Alyssa. My father knows about your family and.. Vince really close to him.

Aku tersenyum pandang muka risau dia.

Mungkin aku tak ada hak untuk masuk campur urusan keluarga dia macam Daddy cakap. Dia pun bukan nak cari keluarga dia, kalau dia ada niat nak cari, mungkin aku akan tolong.

Do not ask or tell her anything, until she ask herself ~ Mark

Aku pandang muka Yoona sambil senyum. "Uish bijak. Haah, bulan depan. Tengok la kalau aku free, aku balik", balasku.

"Next month, bukan cuti penggal 2 ke?", tanya Mark pada aku.

"HA'AH la! So aku boleh balik!"

"Ca—Canada?", Yuri terkejut maybe dia tak pernah pergi jauh jauh.

Aku angguk perlahan. Tapi kau tak payah risau la Yuri, nanti Mark ajak balik USA kalau jodoh kau dengan dia panjang. Travel la puas puas.

Aku pandang muka Yoona yang bertukar sedih. Maybe teringat family dia dekat United States. Atau mungkin dia ada terfikir nak balik USA, sebab rindu.

"Yoona", aku panggil. Dia pandang muka aku. "Nak ikut aku?"

Yoona dari sedih, terkejut. "Gila. Buat apa", muka dia blushing. Aku senyum tengok dia bawa diri pergi masuk dapur.

"Ada ada je la kau ni. Malu dia", kata Mark.

~ ~

Yoona P.O.V

Suasana kedai tak berapa busy sebab dah petang, dah nak dekat tutup. Kitorang banyak sembang. Aku dengan Kris tak habis habis gaduh macam biasa. Tapi harini, dia banyak senyum.

Seorang lelaki bermata biru dengan rambut dark brown masuk kedai. Dia pilih untuk duduk di meja hujung. Kepalanya berpusing pusing meneliti keadaan kedai. Mukanya terkejut bila nampak aku. Matanya membesar seperti nampak hantu. Aku pandang muka dia sambil berfikir. Muka dia agak familiar bagi aku. Cuma macam.. muka lagi matang dan badan dia makin meninggi?

Dia terus bangun dan mendekati aku dengan perlahan, "Alyssa?", tanyanya sambil pandang aku.

Aku memandangnya dengan tak selesa.

Mark yang terdengar seseorang panggil aku dengan nama Alyssa terus datang dekat aku. Dia dengan lelaki tadi saling berpandangan, "Daniel?"

"MARK! Yes. It's me, Daniel Potter. What— what are you guys doing here?!", balas Daniel dengan muka bersyukur tapi dengan slang British, bukan American?

"What with that English's accent, Danny?", tanya Mark dan hanya dibalas dengan satu senyuman dari Daniel. Mark pandang aku, "Don't you remember him?"

"I bet she doesn't remember me", balas Daniel. "I used to be.. your hus—"

"Your husband", balas Mark. Selepas beberapa saat, dia dengan Daniel gelak macam tak ingat dunia.

Kris pandang Mark dan Daniel dengan pelik.

"Ah. Now, I remember", aku senyum bila ingat kenangan zaman dulu. Zaman budak budak, aku main kahwin kahwin dengan Daniel. Rumah Daniel sebelah rumah aku. Senang kata, rumah aku di antara rumah Mark dengan Daniel waktu di LA.

Trapped In His Prison Heart [...in Editing]Where stories live. Discover now