29. Any Sweet Word

13 3 2
                                    

Aku alihkan pandangan dari Kris untuk bercakap dengan Yuri tak sampai 3 saat pun.

Mata aku tercari cari Kris. Jantung berdegup kencang bila nampak dia terbaring atas court basketball. Pemain pemain lain mengelilingi ketua basketball mereka.

Kris pengsan ke? Semalam okay je? Jangan.. please.. wake up..

Aku terus berdiri, yang lain pun tak ada beza. Kebanyakannya berdiri nak tengok keadaan Ace Basketball Haneul. Tak lama kemudian, Kris bangun ke posisi duduk dengan kaki terlunjur.

Aku lega tengok dia bangun dari baring walaupun dari jauh. Aku nampak dia tarik seluar sampai ke paras peha, cecair merah keluar dari lutut kanan dia. Paramedic terus bawa dia ke luar court dan rawat luka dekat lutut Kris. Brian mengarahkan Jae untuk ganti posisi Kris dalam game.

Pengadil menunjukkan kad merah kepada seorang pemain lawan. Aku tak dapat pasti apa yang sedang terjadi, nampak macam Kris mengadu kat coach sebab nak sambung main, tetapi malangnya, dihalang oleh coach. Muka Kris hampa sebab ini game last dia dekat sini. Tapi dia tak dapat nak habiskan, tak dapat habiskan 2 quarters pun.

Lepas paramedic balut luka dekat lutut Kris, Kris terus bangun. Kai macam panggil dia suruh duduk balik, tapi Kris hanya balas macam "I'm okay".

Kris letak tuala dekat leher dia, ambil air 100 plus dan berjalan ke arah penonton dengan muka kecewa. Dia jalan pun tak berapa nak betul sebab sakit kat lutut. Semua perempuan terkejut sambil tertanya tanya ke mana arah Kris. Aku pandang Kris yang tak jauh dari aku dengan muka tertanya tanya tambah berdebar bila diperhati oleh ramai penonton dan jadi buah mulut orang.

"Kris nak kemana?"

"Senior Kris dah ada girlfriend!"

"Kan aku dah cakap haritu.."

"Siapa do girlfriend dia?"

"Mat saleh tu kot"

Riuh rendah suara peminat peminat Kris. Setakat ni yang tahu hubungan aku dengan Kris walaupun samar samar hanya budak kelas aku dan kelas Kris. Yang tahu memang kitorang ada something ialah kawan baik aku dengan kawan baik Kris.

Langkah Kris makin lama, makin dekat ke arah aku..

Dia terus melangkah hingga berdiri di depan aku dengan muka tak ada seri, tak ada senyuman, yang jelas ialah muka dia yang tengah kecewa. Dia langsung tak kisah dengan mulut mulut orang sekeliling. Tujuan dia, mata dia hanya tertumpu pada satu, iaitu aku.

Yeah aku tau ni memang perangai dia, tapi dia sepatutnya tahu yang aku tak suka dapat attention but.. whatevah, his condition is my importance.. for now.

Kris pandang aku dan tarik nafas sedih "Tu ada kosong. Boleh tak tepi sikit", tanyanya dengan muka sedih sambil tunjuk seat kosong sebelah Tiffany. Kawan kawan aku pun pandang Kris dengan perasaan tak sampai hati.

Pelajar pelajar lain sibuk fangirling sebab Kris datang dekat dengan kawasan penonton. Yang dekat dengan dia lagi lah, dah macam orang hilang akal.

Aku jadi terkejut bila kena macam ni. Macam semua orang pandang aku dengan Kris dan cakap cakap something. Kris langsung tak layan dengan sekeliling dia. Matanya hanya pandang aku dengan anak mata yang sedih, "Please, I am tired", katanya lembut.

Aku baru teringat yang dia mintak aku berganjak satu seat, "I am sorry", kataku dan terus berganjak ke kiri satu kerusi dengan kawan kawan aku.

Kris terus duduk sebelah aku dan menyandar lemah. Dia kesat peluh kat muka dia. Aku pandang muka kecewa seorang lelaki yang kini bergelar teman lelaki aku. First time aku tengok muka dia kecewa serius macam ni.

Trapped In His Prison Heart [...in Editing]Where stories live. Discover now