30. Stranger

11 2 0
                                    

Kris pusing belakang, "Yura?"

Yura mendekati Kris dengan satu hadiah.

"Kau buat apa?", tanya Kris pelik. Aku pandang muka Yura. Dia nak confess lagi ke?

Yura pandang aku, kemudian pandang Kris. "Aku tau kau lately banyak lari dari aku. Aku minta maaf atas apa aku buat haritu. And to you too, Yoona, aku mintak maaf, aku sengaja buat kau jeles kat aku dengan Kris. Tapi sumpah aku cakap, kitorang tak ada apa apa. Aku je yang bertepuk sebelah tangan. Hadiah ni ada dua kat dalam. Aku bagi tanda persahabatan aku dengan kau, Kris. And.. lastly.. aku wish korang punya relay stay long sampai bila bila", katanya sambil hulur sebungkus hadiah kat Kris.

Kris ambik. "Yura.. aku tak lari cuma.. aku tak nak bagi harapan. Aku happy berkawan dengan kau. Kau, kawan yang baik and.. rajin, bijak. One day, you will meet the right one. The one that really love you. Okay?"

Yura angguk.

Yura pandang muka aku, "Aku mintak maaf."

"Tak apa. Dah lepas. Aku pun dah lupa. Kita pandang depan", balasku senyum.

Yura peluk aku dengan erat. Aku perasan dia nangis. Manja jugak dia ni walaupun nampak kental. Dah lah cantik. Aku tepuk bahu dia. "Kau akan jumpa jugak sorang laki nanti. Aku pasti", kataku.

"Thank you", balasnya.

Setengah jam selepas Yura pergi, Kris tengok sekeliling Pisces Chamber, "Nanti kita akan rindu tempat ni", katanya.

"Hm..", aku pandang budak budak tengah lepak, main game, sembang sembang, makan makan, macam macam.

"Dah lah jom balik. Dah lama kita lepak sini. Kerja sekolah tak siap lagi. Esok kan kelas", kata Kris lalu bangun dan tunjuk tangan dia kat aku.

"Okay!", kataku sambil pegang tangan dia.

♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧
♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧◇♧

Third person POV

"Raket aku dah buruk la", kata Yoona lepas siap mandi selesainya latihan badminton. Dia berjalan ke arah meja study. "Jangan kacau aku. Aku nak buat kerja sekolah sekolah jap", sambungnya sambil sumbat earphone kat telinga dia.

"Baik boss!", jerit ketiga tiga kawannya.

Yuri dengan Tiffany tengah sembang pasal Ricky, budak kelas diorang, yang crush dekat Hana, makwe Sehun. Diorang bersembang dekat sofa biru, Yuri baring, manakala Tiffany duduk.

Seohyun baca online novel dengan handphone sambil berbaring atas sofa biru lagi satu.

"Menarik betul cerita ni", kata Seohyun yang telah menarik perhatian Tiffany dengan Yuri.

Yuri dan Tiffany pandang Seohyun.

"Pasal apa?", tanya Tiffany.

"Biasa je. Pasal kakak dia lari dari rumah. So dia macam buat cerita untuk lepaskan rindu macam tu la. Tiap tiap hari dia wish keluarga dia cukup", balas Seohyun.

"Macam sedih je jalan cerita", balas Yuri.

Semenjak dia tahu Chanyeol di sebalik novel novel tiap jumaat, dia dengan Seohyun banyak berkongsi pasal cerita cerita menarik tak kira offline ataupun online. Cerita online yang dia baca tu pun, Chanyeol punya favourite author yang karang.

Yoona masih asyik dengar lagu sambil buat kerja sekolah dia.

"Oi kau nangis ke Seohyun?", tanya Yuri sambil bangun dari berbaring atas sofa.

Trapped In His Prison Heart [...in Editing]Where stories live. Discover now