27. He Is Mine

7 2 2
                                    

Yoona P.O.V.

Meja belajar aku berterabur, aku kemas kemas, sambil menyanyi sebagai tanda bahagia pada malam hari.

"Uish menyanyi kau", kata Seohyun yang tengah main handphone.

"Orang dah ada pakwe", balas Yuri yang tengah siapkan kerja sekolah.

"Ketua pelajar pulak tu. Bukan main main boyfriend kawan kita ni", kata Tiffany yang bersiap untuk tidur.

"He is mine! Okay?", kataku.

"PERGH!!", jerit Seohyun.

"Dia yang awal awal fikir nak tolak. Aku lempang baru tau", balas Yuri sambil gelak.

Apa jadi antara aku dengan Kris hari ini, aku cerita semua dekat kawan aku selepas aku balik dari Sky Lounge tadi. Segala perasaan terpendam semua aku luah. Yang aku rasa sekarang ialah satu perasaan puas, dah tak payah berselindung.

Apa nak jadi, jadi je lah lepas ni.

Aku terus menyanyi tak layan dan hiraukan mulut mulut kawan kawan aku yang sengaja kacau aku. Sedang kemas barang dalam laci meja, aku terjumpa gelang tangan waktu aku umur 3 tahun. Aku ambil dan lap, pandang dengan masa yang lama.

I got a boyfriend, Mom

Yuri perasan aku tengah mengelamun, "Hm, hadiah?"

Aku angguk.

Seohyun tiba tiba mencelah, "Kris bagi hadiah lagi?", dia terus datang dekat aku. "Gelang lama?", tanyanya pelik.

Aku angguk. "Hadiah birthday waktu aku 3 tahun", balasku senyum.

"Dari mak kau?", tanya Yuri. Seohyun tepuk Yuri, mungkin dalam fikirannya Yuri tak sepatutnya sebut perkataan 'mak'.

Aku pandang kedua duanya sambil senyum. Aku pandang Tiffany yang dah tidur. Kemudian aku pandang Yuri dengan Seohyun, "That's fine. Yeah, dari mak", balasku dan terus simpan balik gelang tadi ke dalam laci. "Dah, bla bla. Aku busy."

Yuri sambung buat kerja sekolah manakala Seohyun kembali ke meja lepak, main phone. Tak lama lepastu, handphone aku berbunyi. Aku tengok handphone aku berdering sebelum mengukir senyuman.

Dia call.

Handphone aku ambil, earphone aku sumbat dalam telinga dan aku terus angkat call.

"Pak we la tu!", jerit Seohyun yang disambung dengan gelak dari Yuri dekat meja sebelah aku. Kris yang dengar pun ikut gelak sekali.

"Oi Chanyeol! Tak call makwe kau ke?"

Aku gelak dengan cara Kris balas.

"Oh my god! Chanyeol call!", jerit Seohyun yang terus bangun berdiri. Teragak agak nak angkat Chanyeol call. Aku yang tengok Seohyun macam cacing kepanasan, gelak macam nak mati.

"Why are you laughing?", tanya Kris

"Dia tak nak angkat Chanyeol call", balasku.

"YOONA!", marah Seohyun. "Aku lupa Kris boleh dengar", tambahnya.

"Dah kau jerit, memang la dia dengar."

"Chanyeol merajuk seminggu kalau Seohyun tak angkat", kata Kris dalam panggilan. Aku cakap apa yang Kris cakap dekat Seohyun. Seohyun terus angkat. Selepas semua reda, baru aku boleh bersembang dengan Kris.

"Baru free?", tanyaku.

"Ya saya. Semua kerja baru setel untuk hari ini. Maklumlah weekend. Esok ahad.. malam esok Pisces Chamber.. nak?"

Trapped In His Prison Heart [...in Editing]Where stories live. Discover now