Selalu dengar orang cakap
"Be yourself"
"Jadi diri sendiri"Cuba fikir,
Yang dia tengah tunjukkan ialah diri nya yang sebenar.
Bukan orang lain.
Kalau bukan dia, habis siapa?
Hantu? Nak salahkan jin pulak ye.
ALLAH takkan ubah diri seseorang melainkan dirinya sendiri.
so, lebih baik jangan dok judge orang. Kita tak tau betapa payah nya dia nak berubah jadi yang lebih baik dan kau pulak dok suka down kan dia, dok hasut dia, apasal?Dia dah berusaha berubah.
Jadi baik, itu la diri nya sebenar.
Terbuat benda jahat tu satu kekhilafan. Kita lahir-lahir pun bukan terus buat benda jahat. Benda jahat tu kau sendiri yang pilih.Sejahat-jahat dia pun kat mata kau, please biasakan diri untuk kawal minda ke arah positif. Mind set kena positive.
Sejahat-jahat mana pun kau fikir, kau lupa kebaikan yang dia buat. 1001 kebaikan langsung kau lupa dek kerana 1 kejahatan yang dia buat. Kau lupa sisi baik dalam diri dia.Bila ada orang yang berubah jadi baik, even kutip sampah tepi jalan sekalipun, mesti ada yang cakap,
"Be yourself la''
"takyah tunjuk baik sangat"Dan bila kita buat JAHAT pulak, ada kau cakap "Be yourself"?
Sebab benda baik selalunya tak dipandang, tak diingat. Benda jahat pulak yang diingat smpai mati.
Persoalannya, manusia ni sukakan benda yang jahat eh?