Erti Kehidupan

162 9 0
                                    

"When you have bad attitude, change it. Stop saying someone will love me for who i am. Nonsense."

Ya thats right. Rewind balik masa kita baby, tak tau apa-apapun. Boleh dikatakan kita semua baik selepas kita lahir. Bila umur dah semakin membesar, 7, 8, 9, 10 tahun waima zaman remaja sekalipun, kita mula belajar apa yang ada di depan mata. Semua benda kita nak cuba. Tak pilih pun nak jadi jahat sebenarnya. Tapi disebabkan adanya dorongan, tarikan, bisikan untuk kita buat jahat.

Punca utama yang mencorakkan perangai kita adalah diri kita sendiri bukan orang lain. Tolong jangan ajar diri salahkan orang.
Sebab? Kita semua diuji dengan macam-macam benda di depan mata. Benda baik dan buruk/jahat. Macam-macam cara kita adapt ujian. Sama ada guna jalan baik atau jalan buruk. Ya, semua orang nakkan benda-benda baik. Benda jahatpun, setiap orang pernah buat walaupun sekecil-kecil hal. Sekecil-kecil hal pun orang akan menilai kita macam-macam. Sama ada cakap buruk atau baik tentang kita. Bila orang lain diuji masalah, pernah tak terfikir, "dulu aku pernah jadi macam dia"?

Menilai sikap orang. Sikap yang terlalu nak ambil tahu lah mendorong diri kita untuk belajar menilai sesuatu perkara, yang mana buruk dan yang mana jahat. Cara orang adapt masalah berbeza. Kita seringkali dikaburi dengan pandangan jahat, dikuasai dengan penilaian negatif.

"takpayah kawan dengan dia", "takyah dekat dengan dia"

Bukankah yang lebih baik adalah diam? Walaupun kita memilih untuk menjauh, buatlah secara diam-diam. Jangan kita letak diri kita sebagai ujian atas orang lain. Jangan menambah dosa yang dah terkumpul tak terkira.

Sikit demi sikit kita belajar erti kehidupan. Pembelajaran ni takkan pernah habis yang dulunya umpama sebuah lukisan kosong. Kini, lukisan sudah diisi dengan bermacam corak dan corak itu diartikan sebagai liku kehidupan. 2 batang pen dipilih dijadikan medium corak lukisan kehidupan. Memilih salah satu pen yang sesuai ibarat kita memilih jalan untuk buat jahat atau buat baik. Andaikata kita memilih untuk buat jahat sekalipun, jangan pernah menunding jari dekat orang lain atas kesalahan kita.

Antara pilihan yang kena fikir selalu dalam hidup kita dan jawapannya takkan pernah habis adalah bila berkaitan dengan perkara "baik" atau "jahat". Kadang, perkara "baik" dan "jahat" selalu dikiaskan dengan bermacam-macam perkara yang kita takkan jangka. Di sebalik bermacam hal yang datang ada "baik", ada "buruk". Akhir kata, belajar untuk cari hikmah disebalik apa yang berlaku dan jangan menconteng arang dimuka sendiri dan keluarga.

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dengan benda baik, dan jangan biarkan kami kawal diri kami sendiri.

Diari seorang perantauWhere stories live. Discover now