MARUAH

114 8 0
                                    

Muslimah, kalau kita nak diangkat darjat oleh Allah and masyarakat hormat kita, first sekali, kena hormat diri sendiri dulu. Kena jaga diri kita sendiri.

Macam mana kita nak jaga diri kita?

Jaga maruah.

1) dari cara pemakaian kita. As we know,orang akan tengok luaran kita dulu. First thing yang orang akan menilai diri kita adalah cara pemakaian kita macam mana sebelum diorang go through tentang diri kita yang lain. Pergi mana-mana sekalipun, memang gitu lah. Even kita interview nak cari kerjapun, cara pemakaian dulu yang akan dinilai. So, sebaik-baik penilaian adalah pandangan Allah. Bukan manusia. Jaga aurat patuh syari'e, jangan alang-alang tutup aurat.

2) jaga percakapan kita.
Cara percakapan menunjukkan apa amalan kita. Kalau baik amalannya, baiklah percakapannya. Ibarat pokok yang dijaga dengan baik akan menghasilkan buah yang manis. Kena jaga adab dalam apapun urusan. Well behave. Cara bercakap dengan oranglah khususnya. Carilah ilmu tentang adab and cuba amalkan. Jadikannya sebagai suatu amalan and suatu kebiasaan kita. Yang baik-baik ni insya Allah orang suka and senang nak berurusan dengan kita. Jangan mencarut and ketawa sampai nak terkeluar anak tekak. Cuba elakkan. Kita buat untuk Allah. Zaman sekarang bukan zaman 70an, 80an dah yang orang tua-tua dulu sangatlah menjaga adab-adab. Jagalah imej seorang muslimah. Takut dengan perkataan hipokrit? Takyah dok fikir orang lain. Dalam hidup aku takde istilah hipokrit. Benda baik yang orang buat, alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Moga Allah terima.

3) jaga tingkahlaku
Kadang, perempuan ni complicated. Perempuan kalau happy, gelak sampai tak ingat dunia, rasa dah tak berpijak dunia yang nyata. Bukan semamg nak kawal benda yang dah sebati dalam jiwa. So, cara nak kurangkan, sentiasa ada connection dengan Allah, jangan sesekali putus. Biasakan benda tu. Caranya? Zikir. Zikir bukan sekadar lafaz alhamdulillah, subhanallah bagai. Tapi sentiasa beringatlah dengan Allah. Sentiasa behave dengan apa yang kita buat. Ingatkan diri kita ada yang memerhati. Hidup ni, kalau ada hal yang kita rasa seronok, terus dah tak ingat disebalik kebahagiaan tu. Punca pengeras hati kita nak terima ilmu or nasihat. So, kemana pun kita pergi, jagalah tingkahlaku. Kita ni bawa imej islam. Mengumpat? cuba elakkan walaupun susah. At least, kalau dengar umpatan orang cukup lah simpan kat dalam perut jangan pecah di mulut. Jadikan teladan untuk kita. Kalau terdengar sekalipun, jangan jadi batu api! Jangan sibuk nak menjawab. Sebaik-baiknya, kau tukar cerita lain atau undur diri dari berpuak-puak.

4) sombong bermaruah. aku bukan nak menggalakkan korang jadi sombong. Tapi biarlah sombong bertempat. Ya, ikhtilat ni susah nak jaga. Lelaki dan perempuan. Lelaki tertarik akan kecantikan. Begitu juga dengan perempuan yang tertarik akan kehenseman. Hasilkan rasa malu dalam diri. Bertegas dengan diri yang kita susah untuk didekati ramai lelaki. Kalau berurusan antara lelaki dan perempuan sekalipun, biarlah berpada-pada. Letak priority dalam diri "kita berurusan atas kerja sahaja". Not more than that.

So, for sure, semua nya bermula dari diri kita kita sendiri. Kalau nak jadi muslimah yang di pandang tinggi, jaga lah maruah kita. Jangan kerana nila setitik, rosak sebelanga. Kita buat salah, orang lain kena tempias, "Be a better muslimah", insya Allah, Allah jaga kita. Niat untuk kita jaga diri kita kerana Allah. Allah jaga aib kita.Minta dari Allah untuk kuatkan hati semoga tetap istiqomah.

Diari seorang perantauWhere stories live. Discover now