HIBURAN SEBENAR

178 14 0
                                    

17/9/2016

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


17/9/2016

Manusia ni lemah. Iman turun naik. Kadang kadang jatuh juga, ye sedih. ye , Dah biase. Sebab kita ni memang manusia.Perasaan sedih, gembira, marah, kecewa memang ada dalam diri seorang yang bergelar manusia.

Siapa? KITA.

Untuk orang yang tengah dalam proses transfomers tu, kuatkan hati awak ye sayang. ye tau susah, tau payah. Aku tau sebab aku pernah rasa betapa payahnya nak terus kuat dalam sebuah penghijrahan. Lagi-lagi nak terus istiqomah.

Cara nak istiqomah ?

Satu je nak pesan, jangan lalai. Jangan leka dengan dunia terutamanya bab-bab hiburan ni. Contohnya, kau gamers. PUBG, Mobile Legend sana sini.  Habis  full volume kau pasang. Lebih parah kalau ada aplikasi smule. Masa free je mesti layan, kan? yelaaa siapa laa yang tak suka menyanyi.

Semua benda tu tak salah. Boleh je nyanyi, boleh je main game ataupun apa-apa hal yang boleh buat kau terhibur. Ye boleh,untuk kau kurangkan stress dengan kerja yang berlambak ataupun masalah yang kau hadap sekarang. Asalkan kau tak lupa bila masanya kau dating dengan Allah. Maksudnya, masa kau luangkan masa dengan Allah. Solat, habis solat, baca al-quran. Yang paling penting, SOLAT. Jangan tinggal. kalau tertinggal, pergi ganti cepat. Solat adalah yang membezakan kita dengan orang yang bukan islam.

Berbeza dengan hiburan yang boleh dekatkan diri kita dengan Allah.

Hiburan yang macam mane?

Pernah kau rasa tenang masa baca alquran? Pergi usrah? dengar ceramah? Sampai kau rasa kau nak buat lagi. Tu pun salah satu bentuk hiburan juga. Aku bagi contoh 1 situasi,

Ada sorang lelaki ni dia tengah sedih dengan masalah yang dia hadap. Stress dengan kerja,  stress dengan orang-orang sekeliling. Hati rasa tak tenang, sedih, kecewa, dan macam-macam perasaan yang dia rasa. Jadi, dia pergi ambil wudhuk, lepastu baca alquran. Lepas baca al quran, dia rasa hati lebih tenang dan rasa terlepas dari beban masalah.

Dari situasi tu, dia ambil alternatif hiburan dengan baca alquran, dia rasa terhibur walaupun sebelum tu dia tengah sedih. Terhibur ni subjektif. Terhibur yang aku maksudkan adalah menyenangkan hati.

Maksud terhibur ni, bukan saja perlu gelak sampai pecah perut. Takkk!

Jadi, kalau kau rasa kau ada masalah, ngadu kat Allah dulu. Lepastu, baru luah dengan manusia. Tu pun kalau kau rasa perlu luah dekat manusia. Jangan pulak sampai luah kat media sosial, wechat, facebook, twitter bagai. Habis satu malaysia tau masalah kau. Kang naye kena viral, kena kecam. So, takyah lah nak gitau kat media sosial. Cukuplah sorang dua je. Luah kat family ke, kawan ke. Lebih baik kalau ada group usrah, lagi bagus. Join diorang, share masalah.

"kalau boypren boleh?????????????????????????? ".

Takde nak boypren2. Kawan perempuan kan ada

"tapi saya lebih selesa luah dengan kawan lelaki sebab diorang lebih faham saye. Kalau kawan perempuan, bila ngadu kat dia , dia report kat orang masalah kita lepastu buka mulut sal kita pulak . lain la lelaki , diorang takde nk buat macamtu."

Ramai sangat aku dengar orang perempuan cakap macamtu.
Taknak jage hubungan dengan Allah ke dik? Kenapa nak juga dengan ajnabi? Buka masalah dengan lelaki yang takde hubungan keluarga langsung? Dah seronok borak, luah masalah masing-masing, sampai tak sedar terbuka aib sendiri?

Takyah, tak kira lelaki ke perempuan, kena Berhati hati lah selalu dengan apa yang kita cakap and buat.

Rasa macam banyak sangat menulis hari ni , hehe . terima kasih sudi baca sampai habis . maaf ye salah silap saya sepanjang menulis ni. Terutamanya yang naik baran bila baca.

Akhir kalam, apa yang kita buat kalau boleh biarlah kerana Allah. Sebab hal yang baik dengan niat kerana Allah, boleh jadi satu ibadah. so, masa pun tak terbuang dengan hal yang tak berfaedah.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang- orang yang beriman dan beramal soleh."

Mulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah.

Diari seorang perantauWhere stories live. Discover now