23/9/2016 khamis
Selamat datang ,cutiey.
Dah masuk 5 hari kucing kesayangan aku hilang. Doa tiap-tiap hari supaya dia balik. kalau tak pun, at least, aku terjumpa kat mana-mana ke.
Tapi, yang datang kat rumah aku pulak kucing lain. Aku perati jer , serupa macam kucing yang aku pernah bela dulu. Di sebabkan kucing aku dah takde, mak aku ni faham lah yang aku tengah sedih. So, ada sorang kawan mak aku ni bagila kucing dia satu kat aku.
Aku bagi nama dia kitty, as usual. Sebab bila ada kucing betina kat rumah, aku mesti panggil dia kitty. Cuma, aku baru perasan dia ni jantan, aku panggil dia cutiey jelahh, nama jantan kucing aku. Bulu dia cantik and halus je. Lembut bila dibelai. Yang bagi kucing ni, dia kata kucing aku ni mix kucing parsi. so, start haritulah aku jaga dia sampaila sekarang.
Cakap panjang lebar pasal kucing ni sebenarnya aku nak gitau pasal tajuk tu je.
Apa yang ada depan mata kita, sepatutnya kita bersyukur. Belajarlah bersyukur. Baik atau buruk yang kita anggap, kena ingat semuanya ada hikmah dari Allah . Berbaliklah pada Allah. Apa yang hilang,selalunya disebabkan perbuatan kita sendiri. Apa salah kita? Muhasabah diri balik. Jangan fikir diri langsung takda buat salah. Don't be selfish or ego and pentingkan diri sokmo. Terutamanya bila melibatkan hubungan dengan manusia ni. Dengan kawan, keluarga, cikgu.
Bila ada masalah dengan kawan, tak bertegur sampai dah macam stranger. ye la, dah nama bergaduhkan. And kau pulak dok..
"hah, takpela. Sukati kau la asal kau bahagia".
Ye, cakap lah gitu. Tapi sebaiknya kawan ialah kawan yang meminta maaf,walaupun sebenarnya bukan salah dia. Tak baik putus hubungan dengan saudara sendiri. Bukan takbaik je, dah kira dosa dah sebab putuskan hubungan. Tak tau lah kalau putus hubungan dengan ex. Hahah
Masyarakat sekarang, bila ada viral pasal orang lain, contoh viral tentang hijrah seseorang, tak banyak yang mendoakan dia baik-baik. Yang banyak dia dapat ialah penghinaan, benda-benda negatif.
"nak famous je tu"
"sebenarnya dia nak tambah income business, nak semua orang tau pasal dia"
Yang paling parah suka menghukum orang.
"eh , kau tak layak kot buat benda baik . kau banyak dosa"
"penunggang agama"
Masyarakat zaman sekarang takde dah semangat kerjasama nak pertahankan orang islam yang lain. Jaga nama baik islam. Adepun, minoriti je. Tak caye lagi? Tengoklah sekeliling kita. orang sukahati ejek pasal agama kita, tapi sikit je yang tegakkan, sikit je yang bersihkan balik nama islam.
Kalau ada orang luar nak rampas tanah islam kat negara kita sendiri, ada tak yang nak pertahankan? Tah sedar ke tak kan?
So, fikir-fikirkan lah masa depan umat islam ni nanti macam mana. Macam mana lah nak jawab kat akhirat nanti, nak jawab dekat Allah nanti macam mana ? Tanggungjawab dengan umat islam yang lain? Banyak mana dah kita berkorban? Cukup lah tu. Dah nak akhir zaman dah ni. Dia dah berhijrah tu, baguslah. Doakan dia je. Nak suruh dia buat benda yang tak baik buat apa? Kau juga yang rugi. Kau juga yang menjemput masalah kat diri kau sendiri.
"Alhamdulillah. Istiqomah lah ye. syurga Allah tu wujud. Tak sia-sia bersusah payah berhijrah. Moga sentiasa kuat dalam penghijrahan awak. Saya sentiasa sokong awak"
Ada tak yang bagi nasihat positive camtu? Kalau ada, kan bagus. dia baca pun insha Allah takkan down. Dia ada semangat nak istiqomah dalam hijrah dia. Untung lah ,sebab lepastu Allah bagi hadiah kat kau . hadiah pahala. wallahualam. Tapi yang pasti, benda yang baik walau sekecil zarahpun Allah akan balas balik.
Daripada kau dok hina orang, down kan orang, menghukum orang tak tentu pasal. Yang sebenarnya kau tak layak pun nak buat camtu, bukan hak kau. And bukan hak aku pun. Tak layak pun aku nak hina orang sebab aku pun berdosa. Cuma Allah tutup aib aku. But at least aku dah sampaikan apa yang patut untuk orang-orang yang degil, untuk orang yang masih nak judge orang yang dah macam juri dunia yang memalukan diri sendiri.
Nauzubillahiminzalik, moga kita tak tergolong dengan orang yang Allah murka.
Bersyukur malaysia sekarang dalam keadaan aman.