Tasbih Cinta

145 5 0
                                    

Cerpen Pendek

(Tasbih Cinta)

Part 2

Malam itu dia balik ke rumah dengar suara ayah dan ma dia mengaji, merdu je, dia tenang, mahu mendekati tapi kakinya keras di situ,tiba-tiba ayahnya melihat dia dan tersenyum;

"Atikah, jom kita mengaji dan solat sama-sama. Kamu satu-satunya anak tunggal ayah, ayah mahu jadi imam kamu sementara ayah masih ada nak."

Hatinya keras, terus membawa diri ke bilik. Di dalam bilik dia menangis. Betapa ayah dan ma sayangkan dia, dia takut kehilangan ayah dan ma tapi kenapa dia tidak boleh berubah menjadi lebih baik. Dalam dia berfikir ada chat masuk lagi, emosi dia tidak stabil, dia berasa memerlukan seseorang untuk meluah rasa. Dia bukak chat tersebut;

"Awak, saya Firdaus, tiba-tiba terasa nak berkenalan dengan awak si gadis yang misteri. Selama ini saya memerhatikan, awak tidak pernah layan mana-mana lelaki. Chat saya awak tidak balas sedangkan sebelum ini jika saya chat mana-mana perempuan dengan rupa saya mesti mereka balas. Awak lain. Sudi tidak kita berkawan. Ikhlas daripada saya untuk awak si gadis misteri."

Atikah membalas;

"Kenapa tiba-tiba hendak berkenalan? Saya tidak suka lelaki dekati saya kerana rupa. Sukar ingin mencari lelaki yang benar-benar ikhlas. Jangan ganggu saya lagi. Saya ada banyak masalah. Awak menambahkan lagi masalah saya. Harap maaf."

Sebenarnya hati Atikah terasa ingin mengenali si dia. Dia cuba stalk wechat mamat yang bernama Firdaus ini. Orangnya nampak ok dari segi rupa, bahasa yang digunakan di moment tidaklah menyakitkan, ada juga lawak-lawak."

Tiba-tiba dihantar la satu video nyanyian. Atikah bukak, dia terpukau;

"Macam best je suara mamat ni. Bila dengar nak dengar lagi. Ada satu tarikan dalam diri dia tapi hati jangan mudah cair."❤❤

-siput pink-

Tasbih CintaWhere stories live. Discover now