Cerpen Pendek
(Tasbih Cinta)
Part 15
Pulang ke rumah petang itu, Atikah melihat umi, abi dan Firdaus sedang menonton televisyen. Atikah perasan selepas peristiwa di dapur tempoh hari, Firdaus semakin renggang, bercakap pun tidak. Mungkin merajuk fikir Atikah. Senyuman diberikan kepada umi dan abi. Umi bersuara;
"Meh la duduk sini Atikah, Ida kita tonton televisyen sama-sama."
Abi pula bersuara;
"Ye. Duduk sini. Firdaus pun ada, abi hendak bincang sesuatu."
Hati Atikah berdebar-debar. Langkah disusun dan duduk di sebelah Ida.
Abi menuturkan kata seperti dalam ketegasan;
"Firdaus, Atikah, abi hendak bertanya, macam mana hubungan kamu berdua? Abi mahu jodohkan kamu berdua. Abi rasa tidak elok kamu berdua berada di bawah satu bumbung tanpa hubungan yang sah. Abi risaukan Atikah juga. Jika Firdaus jadi suami, dia akan dapat jaga Atikah dan ini dapat elakkan kamu berdua daripada perkara yang bukan-bukan. Atikah, Firdaus setuju atau tidak? Kalau setuju umi dan abi akan jumpa ibu bapa Atikah."
Atikah terdiam tanpa kata tetapi jawapan yang diberikan Firdaus buat Atikah terkejut seperti dipermainkan;
"Firdaus tidak mampu lagi abi, banyak yang mahu difikir, bila kahwin pelbagai tanggungjawab lagi. Firdaus sayangkan Atikah tetapi bukan masanya sekarang. Bagi Firdaus masa ye."
Selepas menuturkan bicara itu, Firdaus terus melangkah pergi. Atikah berasa amat kecewa.
Di kediaman Atikah yang dahulu, ayah dan ibunya bangun untuk bermunajat kepada Allah disepertiga malam. Mereka doakan anaknya kembali. Bagi ma dan ayah Atikah waktu itu adalah waktu mustajab untuk berdoa. Hati ibu dan bapa mana yang tidak merindui anaknya yang berbulan-bulan tidak pulang ke rumah. Marah macam mana pun tidak akan tegar untuk melihat anak gadisnya hidup terumbang ambing. Mereka hanya mengharapkan Allah mengabulkan doa itu.
Mereka berpegang kepada firman Allah;
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."-al-Ghafir: 60
Ayah Atikah mengatakan kepada isterinya;
"Sayang, kita jangan putus berdoanya. Allah itu Maha Mendengar. Allah tahu kita rindu Atikah. Kena bersangka baik dengan Allah, in shaa Allah suatu hari nanti Allah pasti pulangkan Atikah ke pangkuan kita."❤❤
-siput pink-
YOU ARE READING
Tasbih Cinta
Short StoryMengisahkan seorang gadis dan lelaki yang diberi nama Atikah dan Firdaus. Hanya insan biasa yang penuh noda tapi apabila hidayah Allah menyapa sekelip mata boleh berubah. Cinta itu buta. Dunia bagai mereka berdua. Suatu saat bila diri kecewa ada dua...