Cerpen Pendek
(Tasbih Cinta)
Part 12
Atikah merasakan ketenangan yang tidak dapat dia gambarkan sebelum ini. Sedikit demi sedikit dia cuba tingkatkan ilmu untuk menjadi wanita yang solehah. Ida membawa dia ke majlis-majlis ilmu. Ajarkan dia membaca al-Quran. Aurat ditutup langkah demi langkah. Umi banyak memberi nasihat untuk dia menjadi lebih kuat. Walaupun serumah dengan Firdaus dia cuba menjaga batas pergaulan. Jika bertemu mata, pandangan ditundukkan. Dia amat mencintai Firdaus. Perasaan itu hadir saat perkenalan pertama lagi, saat debaran itu dirasakan. Walaupun Firdaus masih tidak berubah tetapi Atikah tahu Firdaus boleh berubah kerana dia seorang yang baik. Seperti kata Ida;
"Jangan kita pandang keburukan seseorang, jangan kita menilai seseorang itu tidak boleh berubah. Benci kepada dosa bukan pendosa. Kita bukan dilahirkan untuk menghukum tapi mengajak."
Petang itu, umi, Atikah, dan Ida sedang mengambil angin di luar rumah. Umi bersuara;
"Atikah tidak mahu jumpa ma dan ayah? Umi sayangkan Atikah, umi nak ambil Atikah sebagai menantu."
Atikah tersenyum, kepala diletak atas bahu umi sambil berkata;
"Umi, Atikah masih malu nak jumpa ma dan ayah. Atikah rindu tapi Atikah tidak kuat lagi umi. Atikah hanya mampu mendoakan mereka dari jarak yang jauh. Atikah janji bila bersedia Atikah balik jumpa mereka ye. Tentang menjadi menantu umi suarakanlah kepada Firdaus, andai dia terima Atikah, Atikah setuju je sebab Atikah dah anggap keluarga ini seperti keluarga Atikah. Sayang umi dan Ida."
Umi dan Ida tersenyum. Umi menyuruh kami memandang daun-daun yang gugur di halaman rumah. Umi bertanya;
"Atikah dan Ida tahu tidak berapa bilangan daun yang gugur itu?"
Serentak kami menjawab;
"Tidak umi."
Opsss.. sama-sama tertawa, sehati sejiwa kan.
Dalam gelak umi menyambung;
"Atikah, Ida, meh umi nak bagitahu. Daun-daun yang gugur itu hanya Allah yang mengetahui. Tidak percaya?"
Umi bacakan surah Al-An'am bersama tafsiran;
"Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. Dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidaklah berguguran sehelai daun pun melainkan Dia (Allah) mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata." (Ayat 59: Al-An'am).
Jadi, dalam langkah kehidupan kita kena ingat Allah sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan. Umi nak Atikah dan Ida jadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Jika nak buat benda jahat, pejam mata, ingat Allah. Allah Maha Mengetahui.❤❤
-siput pink-
YOU ARE READING
Tasbih Cinta
Short StoryMengisahkan seorang gadis dan lelaki yang diberi nama Atikah dan Firdaus. Hanya insan biasa yang penuh noda tapi apabila hidayah Allah menyapa sekelip mata boleh berubah. Cinta itu buta. Dunia bagai mereka berdua. Suatu saat bila diri kecewa ada dua...