Cerpen Pendek
(Tasbih Cinta)
Part 7
Di rumah yang sederhana itu hati seorang ayah risau memikirkan anak gadisnya, makan dia, tidur dia. Dia berasa bersalah terhadap anaknya. Cuba dihubungi tetapi hp anaknya tidak aktif. Dia ambil ayat-ayat cinta Allah, hanya dibuka mengikut rasa hati tiba-tiba dia terasa Allah seperti berbicara tentang ujian ini untuk dia harungi dengan lebih tabah.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ; "Kami beriman," dan mereka tidak diuji?-Al-Ankabut: 2
"Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta"-Al-Ankabut: 3
Allah. Dia terasa dia khilaf. Dia terasa hati dia dijentik Allah untuk kembali kuat. Sesungguhnya Allah memberi ujian ini untuk diukur tahap keimanannya. Anak isteri adalah ujian. Dia harus harungi jua kerana dia tahu Allah bersama dia. Para Nabi dan sahabat telah diuji dahulu daripada dia. Moga ada hikmah yang akan dia temui di sebalik peristiwa ini. Itu doa dia di dalam hati.
Dia bersiap-siap untuk menemani isterinya di hospital. Dia tahu Atikah renggang dengan ibunya kerana ada satu peristiwa dahulu tetapi sekarang isterinya sudah berubah. Sudah menjadi isteri yang solehah dan ibu yang bertanggungjawab tetapi mungkin Atikah tidak dapat melupakannya. Dia memahami perasaan anaknya itu.
Setelah sampai di hospital, isterinya memandang sayu dan berkata;
"Abang, mana anak kita? Dia marahkan saya ke? Abang, saya sayangkan dia, saya nak jumpa dia untuk kali terakhir. Saya takut saya tidak sempat. Saya nak minta maaf dengan anak kita."
Seorang suami cuba untuk kuat tetapi tetap jua menitiskan air mata sambil menuturkan kata;
"Sabarlah sayang, Atikah ada di rumah. Emosi dia tidak stabil. Nanti abang bawa dia. Awak sekarang kena cepat sembuh ye, nanti kita balik rumah pujuk Atikah, kita bawa dia pergi jalan-jalan ye. Abang akan cuba rapatkan kembali hubungan kita semua. Sayang sabar ye. Jangan banyak berfikir. Tidur ye. Kena cukup rehat. Abang sayangkan awak dan Atikah."❤❤
-siput pink-
YOU ARE READING
Tasbih Cinta
Short StoryMengisahkan seorang gadis dan lelaki yang diberi nama Atikah dan Firdaus. Hanya insan biasa yang penuh noda tapi apabila hidayah Allah menyapa sekelip mata boleh berubah. Cinta itu buta. Dunia bagai mereka berdua. Suatu saat bila diri kecewa ada dua...