Tasbih Cinta

127 5 0
                                    

Cerpen pendek

(Tasbih Cinta)

Part 3

Selepas daripada peristiwa itu hubungan Atikah dan Firdaus makin rapat. Walaupun Firdaus jenis kurang agama seperti Atikah tapi Atikah selesa apabila menceritakan masalah yang dihadapi. Firdaus jenis kelakar, memahami, suaranya yang lunak buat Atikah terbuai.
Hubungan yang rapat ini membuat mereka menjadi pasangan kekasih.

Pada suatu hari mereka mencipta pertemuan. Makan bersama, bergelak ketawa bersama, Atikah selesa dengan Firdaus. Bermula pertemuan pertama mereka merancang lagi pertemuan yang lain. Bila bercinta dunia bagai mereka berdua sahaja hingga Atikah terlupa ayahnya yang menatang dia bagai minyak yang penuh. Kasih sayang ajnabi dirasakan lagi indah daripada kasih sayang seorang ayah dan ma. Bait-bait kata ajnabi lagi menyejukkan hati berbanding bait-bait kata ayah dan ma. Inilah panahan syaitan.

Malam itu Atikah lewat balik tapi seorang ibu dan ayah yang amat menyayangi anaknya rela setia menanti dalam tangisan dan kerisauan, berfikir di mana anaknya hingga rasa mengantuk terus hilang. Dalam fikiran hanya anaknya. Seorang anak yang tidak mengenang jasa ini balik lewat malam tapi langsung tidak rasa bersalah. Inilah dinamakan cinta itu buta. Buta untuk menilai cinta yang berada di depan mata dan yang sepatutnya didahulukan.

Pintu dibuka, Atikah terperanjat apabila melihat ma dan ayahnya sedang menunggu dia;

"Atikah, kenapa lewat balik? Ma dan ayah menunggu Atikah. Kami risaukan Atikah. Nak, kenapa buat ma dan ayah begini? Apa salah kami?"

Ibunya ingin memeluk tapi terus ditolak.

Ayahnya menampar pipinya;

"Atikah, selama ini ayah dan ma berlembut tidak pernah marah bila kamu buat silap. Tapi ayah tidak pernah sangka kamu sanggup tolak mak kamu. Kamu anak yang derhaka. Ayah tahu kamu ada kekasih hingga lupa kekasih yang mengandungkan kamu, membesarkan kamu, menyekolahkan kamu. Hati kamu terlalu buta. Buta untuk menilai yang halal atau haram. Jika suatu hari nanti ma dan ayah sudah tiada baru kamu merasai betapa pentingnya kami. Ayah doakan kamu berubah. Mulai saat ini, aku tidak ada anak seperti kamu. Kamu keluar daripada rumah ini."❤❤

-siput pink-

Tasbih CintaWhere stories live. Discover now