Cerpen Pendek
(Tasbih Cinta)
Part 14
Atikah meletakkan air di luar rumah untuk umi dan ida, dia meminta diri untuk naik ke tingkat atas.
Saat itu, dia berada di birai katil, air mata yang ditahan merembes keluar. Dia tahu dia jahat, tidak solat, anak derhaka, al-Quran tidak mahu belajar, dia pendosa, gambar-gambar dia yang dipost menjadi daya tarikan, betapa dia mencipta fitnah untuk kaum adam, dia bukan muslimah yang betul-betul solehah. Dia cuba bukak al-Quran dibaca tafsiran surah al-Isra';"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"-al-Isra' : 32
Dia teringat hubungan dia dengan Firdaus, walaupun tidak melakukan zina tapi dia mendekati zina. Dia menangis teresak-esak. Bunyi pintu dibuka, Ida melihatnya menangis, terus mendapatkannya dan bertanya;
"K. Tikah, kenapa ni? Kenapa akak menangis? Cuba beritahu Ida akak. Jangan buat Ida risau."
Atikah hanya menggelengkan kepala, lalu memberitahu permintaanya untuk ke pantai mencari sedikit ketenangan. Ida menggangguk sambil tersenyum.
Petang keesokannya Atikah dan Ida ke pantai. Atikah duduk di sebelah Ida dan berkata;
"Akak suka pantai. Dia bagi akak ketenangan. Ida tahu kenapa?"
Ida menggeleng sambil tersenyum menunggu bibir Atikah menuturkan bicara.
"Akak suka pantai, akak suka lihat ombak, akak suka kutip siput yang cantik coraknya. Bagi akak pantai ini memberi banyak ibrah. Cuba Ida tengok ombak itu dia gigih kan? Tetap juga menghampiri pasir walaupun terpaksa ke tengah laut kembali. Batuan yang ada di pantai tetap kuat di situ walau ditolak oleh air. Kadang-kadang akak lemah dik tapi akak cuba bangkit. Akak cuba baiki diri akak. Akak sayangkan abang Firdaus, akak hanya nak dia berubah dan halalkan akak. Akak rindu ma dan ayah. Akak cuba untuk tahan perasaan ini. Sekarang, akak selalu pening, tidak tahu kenapa. Akak tidak mahu susahkan umi dan abi, akak tanggung sendiri dik. Mungkin sakit ini satu cara Allah ampunkan dosa-dosa akak. Adik doakan akak tetap kuat ye. Terima kasih sebab adik banyak bantu akak. Kak Tikah harap hubungan ini kekal hingga ke Syurga."
Mereka saling berpelukan. Ida menangis. Dia tahu kak Atikah di hadapan dia bukan kak Atikah yang dulu lagi. Betapa banyak ujian yang Allah bagi. Kak Atikah adalah insan yang terpilih. Allah sayangkan kak Atikah.
Ida dan Atikah bermain air di pantai. Sambil bergelak ketawa rupa-rupanya ada insan lain yang memerhati iaitu ayah Atikah. Dia gembira tengok pakaian Atikah dah berubah. Dia ingin mendekati anak gadisnya tetapi dia takut anak gadisnya melarikan diri. Cukuplah doa yang mengiringi anaknya.❤❤
-siput pink-
YOU ARE READING
Tasbih Cinta
Short StoryMengisahkan seorang gadis dan lelaki yang diberi nama Atikah dan Firdaus. Hanya insan biasa yang penuh noda tapi apabila hidayah Allah menyapa sekelip mata boleh berubah. Cinta itu buta. Dunia bagai mereka berdua. Suatu saat bila diri kecewa ada dua...