Chapter 5

42.4K 434 2
                                    

Mataku terasa berpinar. Dua kali aku menggosok mata pagi-pagi ini. Yelah, kebiasaan setelah bangun pagi aku akan menggosok mata sebelum membukanya. Takut pening.

Aku terasa seperti ada tangan yang berada di perut sedang memelukku. Aku pandang ke sebelah. Reef? Apa dia buat kat katil aku ni? Aku mencapai tangannya untuk mengalihkan dari bahagian atas perutku. Namun tangan yang sengaja dikeraskan menandakan di pemilik sudah sedarkan diri.

"Lepaslah!" Aku merungus. Tangan masih cuba untuk mengalihkan.

Reef Putera terpisat-pisat bangun. Dia memandangku. "Jangan kacau aku tidur boleh tak?" Dia mengurut matanya. Mungkin sedikit pening dek cahaya matahari samar-samar dari balkoni bilik tambah lagi langsir di situ sedikit terdedah menghulur cahaya bergerak lurus masuk.

"Awak yang kacau saya!" Aku menepis. Tidak mahu kalah. Aku ada ego sendiri. Aku segera bangun dan mencapai tuala di penyidai besi tersedia dan masuk ke bilik air. Reef hanya memandang setiap gerak geri langkahku. "Btw, siapa benarkan awak masuk bilik saya?"

Dia membuat muka selamba. Baginya, soalanku itu cukup bodoh untuk dijawabnya. "Suka hati akulah!"

Aku memeluk tubuh. Muka Reef dipandang dengan riak marah. "Tapi rumah awak dekat sebelah," aku menundingkan jari telunjuk kearah kiri dimana arah rumah Reef disebelah berada.

Dia bangun dari katil dan segera mendekatiku. Tanganya juga berpeluk tubuh. Tubuh kananya disandarkan di dinding kerana malas mahu meyimpan tenaga berdiri secara tegak. Dia memandang tepat ke anak mataku.

Aku menunduk malu. Tak biasa dipandang begini.

"Rumah aku, rumah akulah. Rumah kau, rumah aku juga!" Tempiknya lagi.

Dahiku berkerut. Eis! Suka hati dia je nak jadikan rumah ni milik dia. "Asal pulak?" Soalku tidak puas hati.

Reef meraih tuala di tanganku kasar dan selamba. Cemberut terkejut dan marah aku dibiarkan saja. "Aku nak mandi. Bilik air ni, bilik air aku juga kan? So, tak perlu nak minta izin,"

Dia terus berlalu masuk kebilik air dengan membawa tuala merah jambuku yang bercorakkan Hello Kitty! Melampau! Aku menghentak kaki. Pintu bilik air aku ketuk kuat tanda protes. Aku menjerit sekuat hati nama Reef Putera.

Didalam bilik air, Reef tertawa lucu melihat gelagatku. Gelagat isteri tidak dikenali yang baru dinikahi semalam.

Gadis jelik, katanya.

AKU meletakkan sekeping sandwich keatas pinggan leper yang dibeli sewaktu di Singapore. Tengok! Betapa prihatinnya sampai pinggan pun nak eksport dari luar negara. Pinggan tadi aku seret ke hadapan meja makan dimana kerusi untuk Reef duduk sarapan.

Reef melabuhkan duduknya di hadapanku dengan memakai t-shirt ketatnya yang aku yakin baju basahan di rumah dan seluar pendek paras lutut yang lelaki gemar memakainya terutama lelaki bergaya seperti Reef.

Aku memandangnya atas bawah pelik. Dia perasan renunganku itu. "Awak tak kerja ke?" Soalku.

Dia hiraukan pertanyaanku sebaliknya sibuk menguyah roti itu. Aku memandangnya tekun. Kacaknya dia walaupun tengan makan. "Aku tahu aku hensem," Reef yang perasan akan pandangan itu dari mata sisi segera menegurku.

Aku berpura memandang tempat lain. Pada hakikatnya malu gila kot! Reef tersenyum yang disembunyikan dari aku.

"Anyway, awak kerja apa ya?" Soalku berpura menyimapan malu.

"Tukang cuci." Jawabnya sepatah.

Aku membeliakkan mata. Yek yek je suami aku ni? Eis! Takkan suami kau pun kau tak kenal.

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now