Aku menghempas remort control keatas sofa bertentangan. Bosan! Tiada siaran yang menarik perhatian langsung.
Telefon diatas kabinet tv berdering. Aku segera mengangkat gagang telefon. Tertera nombor tak dikenali. Uknown! Aku teragak untuk menjawab. Tapi setelah panggilan itu berulang selama dua kali, akhirnya aku terpaksa juga answer.
"Hello!"
Tiada sahutan dihujung talian. Aku mendegus.
"Hello." Suaraku sedikit mendatar. Aku membuat muka menyampah. Dah telefon orang lepastu tak nak jawab.
Panggilan aku matikan. Aku ke bilik. Ingin bersiap. Namun langkahku terus mati tatkala mendengar deringan telefon selama 5 saat. Mesej dari uknown tersebut!
From: Uknown
Time: 12.45 p.m.
Hye, dear!Aku mengerutkan dahi. Si tak dikenali ni, salah orang ke? Malas mahu ambil pusing lagi. Aku terus kebilik dan bersiap. Reef bekerja jadi aku terpaksa berjalan seorangan saja. Amanda pula ada kelasnya.
Dress bertali halus yang labuh sehingga menutupi tubuh badan tersarung. Cuma menampakan dada gebu yang sedikit terdedah hingga menampakan sedikit ruang buah dada. Aku menyarungkan juga pakaian yang menutupi dada dan bahu itu. Beg galas berbentuk trendy aku pakai di bahu dan rambut keperangan yang dipintal di salon dibiarkan tanpa diikat.
Sekali nampak, seperti budak remaja yang suka bergaya. Lagipun tubuh genit Ariana Sofea ni kecil dan rendah jadi untuk meneka dia seorang yang berumur 20 tahun agak sukar.
Perfume Lavender sudah melekat haruman di setiap fabrik ini. Ni wangian kegemaran yang ditempah online dan dieksport dari Milan.
Aku segera ke kabinet kasut dan mencapai sepasang Roshe hitam dan menyarungkan di kedua belah kaki. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu. Sempat aku mengerling kearah pintu di rumah sebelah dimana elok tertutup dengan lampu merah yang menyala di peti kata laluannya menandakan rumah dikunci.
Reef ada memberitahu kata laluan rumahnya jadi mudahlah untuk aku menceroboh nanti. Lagipun harini genap seminggu usia perkahwinan kami.
Picanto kesayangan aku meluncur laju dari perkarangan parkir kondominium mewah ini.
Tanpa aku sedari, sepasang mata yang sedang ligat memerhatikan aku.
Aku berhentikan kereta di hadapan kedai kek Bakeries di jalan Ampang.
Sementara menunggu kek yang dipesan, aku duduk diatas meja yang tersedia dan bermain dengan telefon. Saja untuk nampak sibuk.
Tiba-tiba kerusi dihadapan aku ditarik seseorang. Aku menoleh. Lelaki itu! Lelaki yang mengacau aku dan Reef semasa di Starbucks mall haritu. Lelaki itu tersenyum kearahku menampakan lesung pipitnya di sebelah pipi. Senyum kat perempuan lain bolehlah cair, tapi bukan aku.
Dipandang dua kali, Reef sepeluh kali ganda lebih kacak. Eh, terpuji suami sendiri pula.
"Hye, dear! Miss me?" Katanya senyum meleret.
Aku membatukan diri. Takut nak bercakap dengan orang tak dikenali ni. Tambah lagi teringat kata-kata Reef haritu. Lelaki ni kawan Mikail dan juga merupakan orang upahan mama dan pa.
Melihat aku tiada respons, lelaki itu semakin mendekatiku. "My name Hanif. For you dear, you can call me Han." Jawabnya.
Aku semakin gelisah. Tak tahu respons apa yang patut diberikan. Sudahlah lelaki ni tiba-tiba saja menyerang. Aku jadi tidak keruan.
"Strawberry Moischa!" Jerit si bakeri itu.
Aku menoleh. Lega! Mujur akak bakeri ni penyelamat keadaan. Jadi takdalah aku nak menghadap lelaki yang bernama Hanif ini. Aku segera bangun. Mendapatkan kek yang dipesan. Selepas membuat pembayaran aku segera berlalu dari situ dengan segera.
YOU ARE READING
Gadis Red Lips (18SX)
RomanceGadis yang mempunyai perangai jelik yang tidak mampu diubah dengan berbuat apa-apa melalui sikap fizikal dan mentalnya. Jelik. Ariana Sofea, keras kepala dan tidak kisah dilabel 'anak' yang tidak berguna. Keluar malam bersama Mikail umpama rutin har...