Untuk berapa ketika aku menunduk dan terdiam. Tidak mampu untuk berkata apatah lagi melihat dua pasang mata yang sedang memandangku tajam.
Melihat aku yang pelik tepu di pintu, Reef menghampiri aku. Ketiga tetamu yang hadir di muka pintu yang belum dijemput masuk dipandangnya sekilas. Riaknya juga terkejut dengan pa dan mama Sofea. Turut berada di situ kakaknya, Elnina.
"El-, pa, mama."
Reef menyapa gagap. Terkejut dengan kehadiran dua orang tua mentuanya itu.
Pa dan mama dihadapan mata membuatkan aku teringat kembali peristiwa yang sumpah menjadi sejarah hitam aku ketika ditangkap khalwat, diherdik pa dan mama dan dipaksa berkahwin dengan Reef Putera.
"Pa, Sofea tak salah pa..tolonglah percaya. Tadi tu Sofea nak ambil barang tertinggal kat rumah Mikail," bohongku cuba pertahankan diri.
Air mataku bergenang. Sudahlah ditampar papa, dimaki hamun lagi pula tu. Mama di sisi sofa terduduk mengenang nasib aku yang malang ini.
"Dasar anak tak kenang jasa!" Papa merentap lengannya dari dipegang aku. Aku ingin melutut cuba untuk menunjukan betapa aku tidak salah.
Pergi rumah lelaki, dah sah-sah itu salah.
"Papa.."
Orang tua itu mengheret tangan aku supaya segera masuk kedalam kereta. Aku masih cuba memberatkan diri. Membatu. Air mata semakin banyak. Tanganku diheret kasar sehingga aku sudah pun berada di dalam kereta Toyota Camry.
Pemandu itu terus meluncut laju meninggalkan perkarangan rumah menuju ke pejabat agama. Setiap perjalanan, aku hanya ditemani kesedihan, sedih dan pedih. Itu yang aku rasa.
Jam menunjukan 9.30 malam dan akhirnya aku berjaya diijab kabulkan pada jam 10.10 malam dengan dua kali lafaz yang berwakil walikan tok imam dari pejabat agama itu bersama beberapa orang saksi.
Aku memandang suami yang baru aku nikahi seminit lalu. Wajahnya tenang namun disembunyikan kerana tercalit satu perasaan puas dalam hatinya.
Entah! Aku tak dapat nak gambarkan.
Melihat kedua belah bahagian yang dari tadi senyap, Reef memulakan drama. "Sayang, kenapa tak jemput parents you masuk," katanya lembut.
Bahagian. Aku dan Reef di belah selatan manakala mereka pula di bahagian timur.
Aku terpampang. Sayang? Sudah lama aku tidak digelar seperti butir bicara itu ketika bersama Mikail dulu. Namun tidak disangkal, hatiku sedikit berbunga walaupun ianya cuma satu lakonan.
"Aa-ye. Jemput masuk pa, ma. Kak--" aku berhentikan butir bicara. Bukan sebab apa, tapi sebab aku tidak tahu nama kakak Reef. Aku cuma tahu perempuan ini pernah menuduh papa cuba ingin memperkosa dia.
"Elnina," bisik Reef ke telingaku.
Aku mengangguk.
Ketiga-tiga tetamu masuk dengan muka yang masam mencuka. Sinis tidak lekang dari bibir masing-masing.
Aku menuju ke dapur siapkan apa yang patut sementara Reef yang cuba melayan mereka dengan sopan.
"Bila pa dan mama sampai?" Soal Reef sekadar berbasi. Kakaknya di sebelah sudah buat muka menyampah. Tak tahulah menyampah pada siapa, pada adiknya atau pada adik iparnya.
Lagipun tujuan utama dia mengikut pa dan mama kesini pun aku tak tahu.
"Aku takda masa nak berborak. Sekarang ni apa yang aku tahu perkara yang aku nak cakapkan ni adalah penting!"
Papa terus bersuara lantang. Tiada lagi istilah lembut. Aku menatang sedulang air yang tak berapa dan menuju ke ruang tamu. Suara mereka masih aku boleh kedengaran walaupun kondo mewahku agak besar.
Aku meletakkan secawan demi cawan blackcurrent diatas meja dengan berhati-hati. "Pa nak cakap apa?" Soalku mengambil duduk disebelah Reef.
Muka mereka sangat ketat sehingga boleh menimbulkan urat di leher. Terutama kakak Reef.
Pa menghulurkan sehelai kertas yang dicetak kepadaku. Aku mengambil dan membaca setiap satu bait-bait ayat yang terkandung bermula dari tajuk besarnya.
Notis Penjualan Rumah
Aku terkedu. Apa yang papa cuba untuk lakukan. Nak jual kondo aset penjualan ni?
"Pa-pa nak ju-jual?" Soalku gagap.
"Ye," jawab pa tanpa memandangku.
"Habistu Sofea nak duduk mana?"
Mama mengerutkan dahi. "Jadi, apa fungsi laki kau kat sebelah ni?"
Mama dah mula menyampuk. Suaranya sedikit meninggi dan tegas. Tidak seperti dulu. Aku mengerling kakak Reef. Entah apa fungsi dia kesini pun aku tak tahu.
"Tapi, ini kan rumah yang pa hadiahkan kat Sofea." Aku menunduk.
"Tu dulu. Sekarang sejak kau-"
"Sejak apa pa? Sejak Sofea kena tangkap basah dulu? Pa dah tak terima Sofea sebagai anak pa ke?" Soalku sedikit meninggi.
Encik Ifrad mengangguk. Jiwaku semakin terseksa melihat anggukan itu.
"Anyway, El dah cakap yang rumah Reef dekat sebelah ni je right? So apa yang perlu dirisau lagi?" Sampuk Puan Rawiyah pula.
Oh patutlah perempuan ni ada. Nak tunjuk rumah Reef rupanya.
"Patutlah boleh kena tangkap basah. Rupanya rumah sebelah-menyebelah je," giliran El pula bersinis. Dia berkata perlahan namun aku masih aku didengari begitu juga Reef.
Aku terkejut. Hati aku semakin panas. Aku bangun dan satu tamparan hinggap di pipi perempuan itu. Kurang ajar!
El pun turut terkejut dengan tindakan drastik aku itu. Melihat pergelutan yang berlaku, mereka semua cuba menenangkan. Reef meleraikan kakaknya manakala pa meleraikan tangan aku yang sudah pun menarik rambutnya yang mengurai tu.
"Sudah!" Jerit mama.
Aku terus berlalu ke pintu dan menguaknya kasar. Pergelangan tangan membuat isyarat supaya 'keluar'. Muka aku jangan cakap. Ketat habis.
Mereka semua berlalu dengan sumpah meranah sesama sendiri. Aku terduduk di tepi pintu sambil menangis. Pandangan mata aku dan Reef bersatu. Matanya tajam menikan anak mataku. Surat tadi dingenggamnya dan kemudian meronyokkan sehingga menjadi bulat yang sangat ronyok.
Dia terus berlalu ke bilik. Setelah beberapa minit, aku lihat Reef sudah lengkap dengan pakaian-pakaiannya yang ada dirumahku dan berlalu meniggalkan aku terkontang-kanting di rumah yang bakal dijual ini.
Aku membelek semula tarikh di surat. Dimana tarikh penjualan beroperasi.
Tak lama! Lagi seminggu saja. Mana aku nak dapat rumah baru dalam masa seminggu? Reef mesti tak benarkan aku tinggal bersamannya. Tapi kenapa? Aku kan isteri dia.
Next
YOU ARE READING
Gadis Red Lips (18SX)
RomanceGadis yang mempunyai perangai jelik yang tidak mampu diubah dengan berbuat apa-apa melalui sikap fizikal dan mentalnya. Jelik. Ariana Sofea, keras kepala dan tidak kisah dilabel 'anak' yang tidak berguna. Keluar malam bersama Mikail umpama rutin har...