Chapter 2

60.6K 490 7
                                    

Aku menghirup cappocino panas yang terhidang di cafe HardRock terkemuka di ibu kota. Sementara menunggu ketibaan mama yang telah dijanji, aku menghantar mesej kepada Mikail.

To:Mika Love
Time:12.30 p.m.
Babe, I miss you. Damn!

Isyarat 'anak panah' send ditekan di papan kekunci. Tidak lama text dibalas Mikail. Tidak sibuk lah tu!

From:Mika Love
Time:12.32 p.m.
I always miss you too! Shit--'

Aku tersenyum. Isyarat kasar yang ditunjukan Mikail betul menunjukan betapa kerinduannya. Bukan sekadar rindu cinta tapi turut juga rindu belai sentuhannya.

Belum sempat mesej dibalas, aku disapa seseorang. Aku menoleh. Mama!

Aku perbetulkan duduk. Telefon di tangan diletakkan kemas di sudut meja. Coffee kegemaran mama yang telah aku order tadi dihulur kepada mama. Dia hanya tersenyum. Tapi hati aku masih tertanya-tanya.

"Kenapa mama nak jumpa ni?" Soalku tiba-tiba.

Riaknya masih tenang. Dia seperti menyembunyikan sesuatu dari aku. "Papa dah kahwin lain,"

Mata aku membulat besar. What? How shit! Damn truth! Bitch!

Isyarat mata mama seolah memberi isyarat agar aku berlaku tenang. Tapi aku dah tak boleh nak tenang dah ni.

Aku mengetuk perlahan meja dihadapan ini agar tidak didengari orang. "Melampau!" Aku masih menjerit kecil dan cukup boleh buatkan orang di keliling ini dengar. Peduli apa aku!

Mama cuba menenangkan api kemarahan aku. "Sofea, sabar papa kan ada hak!"

Aku memandang mama tidak percaya. Mama seolah suka dengan pernikahan yang bakal berlangsung papa ni? "Hak?"

"Ya, hak. Sofea dah lupa mama kan dan bercerai dengan papa Sofea."

Kini giliran Pn. Rawiyah pula menjerit kecil. Melihat air mata mama merembes keluar, hatiku menjadi semakin sebak. Air mata kini mengalir. Inikah berita setelah hampir setahun aku pulang?

Aku baru saja lepas berjumpa dengan papa hujung bulan lepas, tiada pula papa menunjukan tanda ingin berkahwin lain. Aku sedih.

Aku memandang sekeliling. Mereka semua memandang drama kami. Tanpa menunggu masa lagi, aku ingin angkat kaki. Beg di kerusi aku capai dan terus berlalu meninggalkan mama yang memanggil namaku namun langkah terus aku daki.

Telefon di tangan aku capai. Nombor seseorang didail. "Hello.."

Belum sempat aku menyahut panggilan di talian, telefonku dirampas. Aku cuba menoleh bagi mengamati gerangan mana yang berani berbuat begitu.

Lelaki itu.

Air mata di pipi aku kesat. Tidak mahu orang perasan. "Kau nak apa?" Soalku kasar.

Dia memandangku tajam. Kemudian, Reef menarik tanganku kasar supaya membontotinya sehingga dia berhenti di belakang stor tempat sedikit tersorok selang dua kedai dari kafe tadi. Aku membantah. Cuba menepis namun apalah sangat kudrat ini.

Air mataku kembali bertakung. Takut jika dia melakukan perkara tidak senonoh. Memang aku sudah terbiasa bersama Mikail, namun perkara itu lain dari erti perkataan rogol. Aku tidak suka dipaksa sebegitu. Hanya godaan Mikail saja mampu merobohkan imanku.

Air mata dikesat sekali lagi apabila tanganku direntap dan dilepasnya kasar. Sakitlah gila! Namun hati aku lebih sakit.

"Pengecut!"

Pengecut? Aku memandangnya hairan. Apa maksud dia dengan pengecut? Aku betul tak faham.

Melihat aku tiada respons, Reef menjerit kuat dan rambutnya diraup kasar. Dinding di belakang aku di 'pukul'nya kasar. Aku yang terkejut berasa takut. Apa kena dengan dia ni? Dia nak belasah aku ke? Matilah.

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now