"Well, I hope you all can understand and learn what I explained earlier, especially not the part of the key. Till we meet again after the holidays." Madam Chay memberi kata akhir sebelum kelas bersurai.
Mereka semua terpusu-pusu mengemas peralatan muzik dan sedia pulang. Aku saja yang masih membisu dek teringat hal rumah yang sudah tiga hari menyepi. Bukan setakat rumah, Reef juga. Setiap kali aku mengendapnya setiap malam dia akan pulang selewatnya jam 2 pagi ke rumahnya.
Sejak notis penjualan aset yang diarahkan papa, Reef tetap dengan kelakuan samanya. Dia tidak langsung ingin bertegur dengan aku lagi bersemuka. Hanya membatu di rumahnya.
Aku pula terkontang-kanting ingin mencari rumah baru dengan segera. Bukan tidak mahu meminta tolong Reef sebagai suami, tapi ego aku sangat tinggi ingin bertanya.
Entah.
Madam merenungku dari jauh. Aku pula langsung tidak menghiraukan pandangan itu. Amanda pula tiada. Dia MC kerana dia perlu ke halaman kampungnya di Ipoh disebabkan kesakitan neneknya di sana.
Aku bukan tidak campur orang tetapi harini mood tidak menginzinkan.
"Ariana Sofea," panggil Madam sambil memandang kearahku.
Aku terkejut dengan sapaan itu dan terus menoleh wanita cina yang sedikit berumur itu.
"Ya Ma-dam!"
"Kamu termenung?" Soalnya. "Kenapa tidak pulang lagi?" Sambungnya lagi.
Aku menggeleng sambil mengemas muzik yang ada di tempat yang betul. Fail fakulti dengan setiap bait not aku simpan di locker yang dikhaskan setiap orang satu. Aku memasukkan kemas dan menguncinya.
"Saya nak balik lah ni," aku tersenyum tawar kearah Madam seraya berlalu pergi.
Madam Chay hanya menggeleng dengan telatahku.
AKU membelek website demi website yang terkandung disini. Semua jenis link sudah aku bookmarks maklumat terperinci serta kandungan spesifik setiap rumah-rumah ini.
Semuanya aku decide dengan baik kerana dari segi duit, even aku dan Reef tidak bersapa dia tetap menyerahkan duit simpanan ke akaun aku walaupun baru tiga hari kami bermasam muka.
Entah apa silapnya!
Pintu diketuk dan loceng berbunyi dari luar. Aku segera bangun ingin membuka pintu kerana disangkakan Reef yang akan datang. Tapi telahanku hampa kerana wajah sugul yang aku tidak sangka akan muncul yang tercongok di depan pintu sambil senyuman tidak lekang.
Aku mengeluh.
"Ariana," wajah dan mulut Mikail mula bersuara.
"Sofea!" Muncul pula orang kedua iaitu Hanif yang bersembunyi di sebalik dinding pintu.
Konon suprise?!
Aku tersenyum sinis. Pantas tanganku bermain peranan memeluk tubuh. Muka mereka tersenyum nakal. Aku mengangkat kening.
"What?" Soalku sedikit tidak selesa dengan pandangan mereka yang sangat mengjengkelkan.
"Nothing. Just miss you," Mikail berkata manja sambil mencuit daguku.
Aku mengeluh berat lagi. That's all?
"I busy." Jawabku sepatah.
"Aik. Macam tahu-tahu je yang kiteorang nak ajak keluar, alih-alih busy je ye sayang?" Giliran Hanif pula bersuara.
"Kalau takda apa-apa korang boleh balik!" Tangan Mikail dan Hanif menghalang pergeranku untuk menutup pintu.
"Wait! I nak tanya you sorang je ke?" Nada Mikail seperti tegas sedikit.
YOU ARE READING
Gadis Red Lips (18SX)
RomanceGadis yang mempunyai perangai jelik yang tidak mampu diubah dengan berbuat apa-apa melalui sikap fizikal dan mentalnya. Jelik. Ariana Sofea, keras kepala dan tidak kisah dilabel 'anak' yang tidak berguna. Keluar malam bersama Mikail umpama rutin har...