Kawan

30 3 1
                                    

     Aku dilahirkan dengan satu anugerah yang aku sendiri kurang pasti akan baik buruknya. Namun aku perlu menerima anugerah ini dengan penuh kesyukuran kerana aku tahu aku adalah antara manusia yang terpilih oleh Yang Maha Esa untuk memilikinya.

     Ayahku seorang ustaz manakala ibuku pula sering mengajar budak-budak mengaji dimalam hari. Ilmu agamaku tidak pernah kurang malah sentiasa dititikberatkan oleh kedua ibu bapaku. Yela, siapa tak sayang anak oi.

     Walaubagaimanapun, aku tidak boleh lari dari diganggu oleh benda yang aku rasa tidak perlu untuk aku huraikan dengan lebih lanjut. Mungkin kerana dengan adanya anugerah yang aku miliki, aku terpaksa berhadapan dengan benda-benda ini.

     Seperti kebiasaan di penghujung semester, pelbagai tugasan dan juga projek yang perlu disiapkan. Masa ni la kawan-kawan sekumpulan kita tue menunjukkan belang. Kalau nak disenaraikan masalah kerja berkumpulan ni, memang sampai kesudah tak habis. Tapi bukan kawan yang ni yang nak diceritakan.

     Malam tue, ahli kumpulan aku ajak aku buat perbincangan tentang projek kitorang. Aku pun iye kan aje la. Selepas isyak, aku bertolak ke perpustakaan kolej dari rumah. Ye, rumah aku dekat je dengan kolej. Tambahan, disediakan dengan kenderaan sendiri, memang tak la aku nak duduk kat asrama.

     Bincang punye bincang, jam pun dah menunjukkan pukul 11 malam. Kami pun pakat nak balik. Aku pun mula menghidupkan enjin kereta. Masa tue, aku dah dapat rasa yang macam ada benda yang tak kena je. Tapi malas la nak ikutkan perasaan. Jom balik!

     Perjalanan nak ke rumahku memang agak menyeramkan. Lampu jalan memang takde. Rumah orang kampung pun jarak-jarak. Tapi bila difikirkan, ini kampung aku sendiri, buat apa aku nak takut.

     "Dah kenapa kereta ni macam berat semacam je? Pancit ke?"

     Aku pun teruskan je perjalanan. Memang takkan la aku nak berhentikan kereta sebab nak periksa tayar aku waktu-waktu cenggini. Berat pun berat la.

     "Sepohon kayu daunnya rimbun~ lebat buahnya serta bunganya~..", telefonku berbunyi.

     "Assalamualaikum. Ye ummi?"

     "Wa'alaikumussalam. Kau kat mana ni? Tak balik lagi ke?"

     "Nak balik la ni ummi."

     "Balik cepat sikit tau. Dah lewat dah ni. Kang apa-apa jadi nanti..."

     Sambil aku dengar bebelan ibuku, aku cuba untuk betulkan cermin pandang belakang.

     "Ummi, saya nak kena hantar kawan saya balik dulu. Lepas tue baru saya balik rumah ye."

     "Kawan? Kawan kau yang mana ni?"

     "Ala adalah ummi. Assalamualaikum."

     "Wa'alaikumussalam."

     Dengan kekuatan yang ada, aku teruskan jugak perjalanan. Aku tahu ni semua dugaan. Tubuhku mulai berpeluh walau dalam kereta yang ada penghawa dingin. Siapa yang tak kecut perut kalau berada dalam situasi aku ni.

     "Kalau aku tanya, dia jawab tak?", desis hatiku.

     Aku cuba untuk berkomunikasi.

     "Siapa itu?"

     Senyap.

     "Siapa itu?"

     Selagi lagi, senyap.

     "Boleh awak jangan ganggu saya? Saya nak balik ni."

     "Tidak!"

     Tangannya mencekik aku dari belakang. Aku cuba untuk lepaskan diri namun dia terlalu kuat. Kereta masih memecut laju.

     "Kawan mesti sentiasa bersama!"

     "Tidak!!!!!", jeritku buat kali terakhir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siapa Itu?Where stories live. Discover now